Thursday, August 7, 2008

indahnya muafakat

Intisari Khutbah Jumaat "Indahnya Muafakat"


Written by Unit Pendidikan Islam kml
Friday, 27 June 2008


Sebagai seorang insan ya
ng sememangnya tidak lari daripada kehidupan bermasyarakat, kita sewajarnya bersyukur kepada Allah kerana dengan taufik dan hidayahnya kita masih lagi dianugerahkan suasana kehidupan yang aman damai dan bersatu padu walaupun negara kita mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, berlainan budaya dan agama. Suasana begini hendaklah sama-sama dipelihara dan sentiasa berusaha kearah mengekalkannya bagi memastikan masyarakat kita sentiasa stabil, kukuh dan harmoni selaras dengan tuntutan agama agar menjadikan perpaduan dan permuafakatan sebagai benteng yang kuat dan kukuh agar tidak mudah dicabar dan diganggu-gugat oleh anasir-anasir yang sentiasa ingin menghancurkan ummah.

Sebagai seorang insan yang sememangnya tidak lari daripada kehidupan bermasyarakat, kita sewajarnya bersyukur kepada Allah kerana dengan taufik dan hidayahnya kita masih lagi dianugerahkan suasana kehidupan yang aman damai dan bersatu padu walaupun negara kita mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, berlainan budaya dan agama. Suasana begini hendaklah sama-sama dipelihara dan sentiasa berusaha kearah mengekalkannya bagi memastikan masyarakat kita sentiasa stabil, kukuh dan harmoni selaras dengan tuntutan agama agar menjadikan perpaduan dan permuafakatan sebagai benteng yang kuat dan kukuh agar tidak mudah dicabar dan diganggu-gugat oleh anasir-anasir yang sentiasa ingin menghancurkan ummah.


Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 103 bermaksud:
“Berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhan (semasa jahiliah dahulu) lalu Allah menyatupadukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kejahilan kamu semasa jahiliah) lalu Allah telah selamatkan kamu dari neraka itu (kerana nikmat Allah).”
Justeru, kita hendaklah sama-sama menghayati dan menyuburkan semangat permuafakatan, saling hormat- menghormati,sayang- menyayang serta bantu -membantu seperti mana yang dituntut oleh Islam.Dalam konteks ini, umat Islam dituntut supaya menjalinkan hubungan baik dan harmoni dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih sayang, berkasihan belas dan menaruh simpati adalah seperti satu tubuh. Apabila salah satu anggota ada yang sakit, maka seluruh anggota tubuh akan merasakannya seperti demam dan tidak dapat tidur malam.”


Pepatah Melayu juga menyebut “Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat”.Pepatah ini amat sinonim dan selaras dengan tuntutan Islam kerana ianya mampu menjadi satu formula atau kunci kearah pembentukan perpaduan sejagat lebih-lebih lagi, bekerjasama di dalam setiap perkara kebaikan.
Firman Allah dalam Surah Al-Maidah yang bermaksud: “Dan tolong- menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong -tolongan dalam berbuat dosa dan permusuhan .”


Diantara ciri-ciri wujudnya semangat muafakat yang baik dalam sesebuah masyarakat adalah seperti berikut:
1) Sentiasa mengambil berat dan bantu- membantu antara satu sama lain

2) Bersatu hati dalam menghadapi perkara-perkara yang ada kepentingan bersama.
3) Tidak menyakiti hati dan perasaan orang lain4) Sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan dan kebenaran.

Kesimpulannya marilah kita sama-sama terus mengekalkan keharmonian dan keimanan yang kita kecapi ini melalui penghayatan hidup bermuafakat sebagaimana yang dituntut oleh Islam kerana melalui landasan inilah negara kita akan beroleh kemakmuran dan keamanan sekaligus mendapat keberkatan dan keampunan daripada Allah yang Maha Esa.Wallahu a’lam.