Sunday, August 15, 2010

Kembara...Lumut Perak


Bismillah..Allahuakbar...

sebelum ke Boustead Naval Shipyard

Kembaraku kali ini membawaku ke LUMUT, PERAk... Kembara selama 2 hari 2 malam bersama sahabat2 GMM, di iringi Ketua Jabatan, Dr Shahrizal Sunar dan Ms Nur Saadah bersama 3 orang pelajar master Abang Khalid, Abang Ku Faizal dan Abang Hakam. Kembara kami membawa nama GMM, memikul amanah FSKSM,UTM.


Perjalanan bermula selepas sahaja solat isya’ berjamaah dan sedikit taklimat daripada Dr Shah.


taklimat ringkas dan amanat oleh Dr Shah, KJ GMM

“...dengan bermusafirlah kamu akan dapat kenal rakan kamu...”

Begitulah antara pesanan yang diberikan oleh Dr Shah.


Perjalanan yang sangat panjang di malam yang sunyi... Kesian dengan pakcik bas yang terpaksa memandu sepanjang malam. Beberapa kali berhenti di RnR untuk rehat bagi menjamin keselamatan kami semua. Tanpa mereka tayar bas tak kan bergolek...

Hampir waktu subuh, kami tiba di LUMUT, PERAK. Berhenti di masjid(lupa nak tengok nama masjid) untuk membersihkan diri, mandi dan solat subuh berjamaah. Selepas bersarapan, perjalanan diteruskan denagn agenda utama permusafiran kami ini.

Boustead Naval Shipyard; mereka sangat mengalu-alukan kedatangan kami..Penerangan mengenai apa yang mereka buat, projek2 terbaru mereka dan macam2 lagi yang menarik..



Bersama kakitangan Boustead Naval Shipyard yang peramah

“...kapal2 ni dipanggil “she” sebab kapal ni umpama seorang wanita atau seorang ibu yang melindungi anak2 kapal. Dan wanitalah yang melancarkan kapal2 yang siap dibina. Inilah penghormatan yang di beri kepada wanita...”

Antara penerangan yang begitu menarik perhatianku. Selama ni tau kapal kena panggil “she”. Tapi tak tau sebab apa.


antara kapal yang berada di pelabuhan

Kami di bawa untuk mendengar taklimat dan menonton video korporat Boustead Naval Shipyard.. serba sedikit pengetahuan yang tak pernah aku tahu selama ni...

Kemudian dengan menaiki bas UTM diiringi staf Boustead, kami dibawa melawat ke pangkalan yang menempatkan kapal2 yang sedang dibina...terpegun sekejap tengok cruise 9 tingkat yang sudah siap rangkanya... antara projek yang sedang mereka siapkan... Menariknya lagi staf2 kat sini menggunakan motor dan basikal untuk bergerak di seluruh kawasan pangkalan ni..



Cruise 9 tingkat yang sedang dalam pembinaan

Lepas tu kami dibawa melihat simulasi yang mereka gunakan...dan berpeluang mencuba sendiri...

simulasi perkapalan

Selepas check in hotel dan menunaikan solat, aktiviti sesi petang di Teluk Batik. Lamanya tak jumpa pantai. Macam-macam permainan telah disediakan oleh abang Ku Faizal.. Kitorang pun menurut perintah jer..main dengan sepenuh hati..

IQ test dengan main silang2 tangan..waktu percubaan grup kitorang paling last. KALAH.. pastu waktu main betul2 sekali lagi grup kitorang paling lambat waktu persediaan menyusun tangan Tapi bila kiraan bermula kamilah JUARA... kerana mulanya kami KALAH tapi BERSRATEGI=)



IQ test: silang tangan dan UTM anthem oleh grup yang didenda=)

Pastu main angkat2.. sakit segala tulang2 aku yang dah lama x bekerja keras..


ujian fizikal dan ketahanan

Pastu permainan yang ditunggu2..GALAH PANJANG..entah berapa lama dah x main benda ini..seronok2.. paling seronok bila tengok geng otai lawan ngan juara bertahan...hebat..

strategi untuk merempuh benteng lawan

otai vs juara bertahan..MANTAP!!!

Last sekali buat istana pasir...jadilah juga istana tu last2.. walaupun permainan ni suma macam budak2 tapi ada sentimental value nya tersendiri kalau kita main sambail berfikir apa yang kita main, kenpa kita main...


idea dan kreativiti

Bila pusing ke laut, tengok mereka bertiga ni dah seronok berenang2..mula2 dok kat tepi2 je..x nak la basah2..

bile dah jumpa laut...

BANANA BOT; teringin nak naik, mieza ajak terus setuju..kempunan nak naik jetski tym kat Labuan.. lamanya tunggu turn nak naik bot ni. Tiba2...


Banana Bot...

“...Dr Shah cakap pakcik bas merajuk, die dah tinggalkan kite sebab janji balik kol 6...”

Terdengar satu suara...aku pusing belakang nak pegi sana tapi pusing balik ke laut...huhu..niat asal mesti diteruskan..seronok naik BANANA BOT...round2 kat laut tu...kemuncaknya kena baling dalam laut...tekapai2 kejap..hilang segala skil berenang yang x habis menuntut lagi..basah jugak akhirnya..

Dah seronok2 tiba tensen... hp hilang.. macam2 aku pk. Mcm mana nak kontek org sane ni??? Satu nombor x da dalam kepala..

Cerita punye cerita...kena prank Dr Shah...huhu..x pe2 akhirnye dapat jugak hp n dapat jugak selesaikan kerje2 yang aku tinggalkan=)

Malam round kawasan sekitar ngan rumet dan jiran dan adik2 ni...terasa nak p pangkor je...xpe belom rezeki.. esoknye balik..sempat p shopping jap beli hasil laut...

Tahniah kepada semua kerana Berjaya dalam permusafiran ini..terutama kepada Dr Shah (The Mastermind), Ms Saadah(very nice kakak), Abang2(yang sporting) sahabat(yang pelbagai ragam dan karenah) dan terpenting sekali dalam kembara ini Pakcik bas(yang menyebabkan tayar bergolek)...
Dr Shah The Mastermind

Ms Saadah

Trio Master

Warga GMM yang terlebih ceria..



Sesungguhnya sangat banyak yang kudapat dapat dalam kembaraku kali ini...Bumi Tuhan yang tersangat indah(yang perlu dihayati untuk mendapat makna disebaliknya), ragam dan karenah sahabat(yang perlu diraikan sebab kita ada kerana mereka ada), pengalaman dan pengetahuan(yang berbeza dalam setiap langkah kita), ilmu(yang x kan pernah habis hingga hujung usia) dan sesuatu yang x terungkapkan...hanya Dia yang tahu...


Poster yang sangat menarik d salah sebuah RnR
picture by Ieqa, Nazirul, Mieza

No comments:

Post a Comment