***************************************************************************************
Disini ana ingin kongsikan sebuah cerita yang berlaku pada diri ana sendiri. cerita ringkas yang bukan niat ana untuk berbangga-bangga atau menyatakan tentang kebaikan diri tetapi ana ingin berkongsi sesuatu yang ana dapat hari ini dengan harapan agar sahabat-sahabat yang ana sayangi kerana Allah juga dapat sama-sama merasa apa yang ana rasa.
Petang tadi ana dapat mesej daripada seorang sahabat. Sahabat ana beritahu bantuan kewangan diperlukan untuk membantu melancarkan gerak kerja Islam. Mereka memang sangat-sangat memerlukan bantuan tersebut. Dan ana ingin membantu. Ingin sama-sama berkongsi.
Tapi ana tersedar dalam keadaan kewangan ana yang sangat membimbangkan sekarang. Cukup ana katakan untuk habiskan baki hari sebelum bermulanya cuti semester pun mungkin tidak mencukupi. Tambahan ana bercadang tidak mahu pulang ke kampung halaman pada cuti semester kali ini kerana banyak perkara yang ana perlu selesaikan disini.
Ana memang ada sedikit simpanan yang kalau boleh memang taknak kacau simpanan tersebut. Itu pun hasil nasihat ibu ana yang menyuruh ana simpan walaupun sedikit jika ada apa-apa kecemasan berlaku. Dan ana terfikir boleh saja ana gunakan simpanan tersebut untuk teruskan kehidupan, sebab keadaannya memang kecemasan. Duit tu pun ana boleh cover balik bila dapat elaun nanti.
Jadi ana membulatkan tekad, tak apa, ana akan bagi juga walaupun sedikit. Semoga dengan sedikit bantuan ana, gerak kerja tersebut dapat berjalan lancar. Tiba-tiba, henset ana berbunyi sekali lagi menandakan ada mesej masuk. Ana buka dan baca...
“kak chik, kak long ada bankin duit kat akaun. Abah bagi tadi...”
Alhamdulillah...apa yang dapat ana katakan? Allah sangat pemurah. Ana baru berkira-kira nak bagi, ana belum bagi lagi tapi Allah dah ganti dulu duit tu. Maknanya ana tak perlu nak kacau duit simpanan ana. Benarlah, janji Allah untuk orang yang membelanjakan harta mereka ke jalan Allah. Allah permudahkan segalanya..
Kita kadang-kadang rasa berat nak bekorban. Bekorban masa, bekorban tenaga, bekorban harta pada jalan Allah. Tapi fikirkanlah sahabat-sahabat yang ana sayangi, janji Allah dalam surah Muuhammad ayat 7 yang bermaksud;
“wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”
Sama-sama kita koreksi diri kita. Semoga apa yang ana ceritakan ini dapat menjadi teladan kepada diri ana dan sahabat-sahabat ana.
*************************************************************************************
aku pernah bergerak kerja mencari penajaan bagi program GOP. dalam program tersebut, aku mendapat sesuatu. kisah selengkapnya akan aku ceritakan kemudian. tapi aku hanya ingin memetik sedikit sahaja.
Ustaz Ismail yang bagi aku rata-rata mahasiswa UTM mengenal beliau. Aku petik nasihat-nasihat yang beliau berikan pada kami tentang memberi, bersedekah dan infak.
Kata beliau kalau kita kesusahan berpanjangan, sedekahlah insyaAllah kesusahan akan bertukar jadi senang, kalau sakit yang berpanjangan, bersedekahlah insyaAllah sakit kita akan sembuh. kalau ingin orang memberi pada kita, kita yang memberi dahulu. bersedekahlah...
No comments:
Post a Comment