Saturday, October 30, 2010

Fikir dan fikir-alkisah di kelas Workplace Communication

Bismillahirrahmanirrahim...


8/10/2010

Pagi ni awal2 pagi lagi ada kelas BI...slalunya kelas bi la yang aku paling malas nak masuk walaupun setakat ni x pernah lagi eskep dengan sengaja.. tapi kelas bi kitorang ni sangat best. Workplace Communication. Sebenarnya x pernah terfikir nak ambik subjek ni sebab before ni lebih berminat dengan career search. Tapi tulah, perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan. Kitorang berempat tercampak masuk kelas ni lepas turun naik jabatan bahasa gara2 x da tempat untuk kelas BI. Intro yang terpanjang sikit.

Lecturer BI kitorang sangat best menyebabkan kelas ni jadi sangat best. Walaupun kelas seawal 8 pagi, boleh je datang dengan semangat. Selaian menjadi pensyarah, lecturer kitorang ni merupakan seorang trainer. Jadi beliau memang dah biase dengan keje2 nak train manusia ni. Bab2 psikologi ni memang dah dalam tangan orang kate. Sebab tu kelas tu boleh hidup dari awal sampai akhir...

Kisah yang nak dikisahkan sebenarnya pasal kelas pagi ni. Di hujung kelas tadi, lecturer ni bawak satu game. Yang terlibat main Cuma 14 orang. Yang lain jadik pemerhati je. Dan aku salah sorang yang terpilih untuk main. Tajuk die FOKUS...

Cara main dia kitorang duduk dalam bulatan la kirenye. Atas kerusi. Dan ada sebijik gunting yang tugasnye sebagai alat untuk kite focus.


macam ni lebih kurang cara duduk dia

Lecturer kitorang merangkap orang pertama pas gunting tu kepada org sebelah die. Sambil cakap mcm ni “orang sebelah(sebut namela), saye bg gunting ni kat awak cross”. Keadaan gunting tu x cross. Pastu yang seterusnye pun pas sambil sebut ayat tadi cumenye tukar sama ada cross atau x. dan lecturer punye keje akan cakap salah atau betul.

Berkali2 die sebut kat kitorang focus pade gunting.

Tym pas gunting tu ramai je yang dapat betul dan ramai juga yg dapat salah. Beliau pesan lagi focus pada gunting. Main 3 pusingan.

Pusingan pertama aku betul.. dalam hati cakap kebetulan. Pusingan kedua betul lagi. Aku rasa dah dapat rentak. Pusingan ketiga betul lagi. Aku konfiden dah macam mana nak main...sedangkan ramai lagi kegkawan lain yang tersalah2..

3 pusingan pastu abis...pastu en lecturer pun tanya dapat tak ape bende?? aku segan la nak jawab. Maka aku simpan la sorang2..hahaha..

Pastu beliau kate. Perasan x saya dah tipu kamu?? Haaa??? Masih x percaya. Saya suruh kamu focus kat gunting. YE!! Memang aku betul2 fokus pada gunting sampai aku dapat rentak. Memang mengikut arahan sungguh2 la.

“tapi kamu tau x apa yang menyebabkan kamu betul ke salah??” Aku mula goyah dengan keyakinan tadi..

Sebenarnya saya tengok kaki kamu waktu kamu pas gunting tu. Kalau kamu kata cross tym pas gunting tu dan kaki kamu cross betul la. Kalau kaki kamu x cross dan kamu kata x cross pon betul. Tapi kalau sebaliknya salahla”

Dush333...

Serius memang aku x terpikir, x perasan kaki aku mcm mana, aku main pas ikut logic yang aku dapat dan betul ketiga2 secara kebetulan..

Pastu en lecturer cakap:

  1. Kita ni terlalu focus pada satu benda sampai kita x tengok keliling. Padahal waktu tu la ramai sangat nak kena kan kita.
  2. Kita x sedar yang kita telah dipasakkan dalam otak kita benda tu dan kita rasa betul sedangkan kebenaran nya lain.

Yang aku dapat, betulla tu yang en lecturer cakap pastu aku nak tambah ikut suka hati aku.

  1. Benda yang dalam kotak kita nampak, benda yang luar kotak kita x nampak.
  2. Orang cakap macam ni macam ni, kita angguk dan setuju. Sedangkan kebenarannya??

No comments:

Post a Comment