Tuesday, November 2, 2010

Sekitar Presentation PSM

Bismillahirarhmanirrahim..

Alhamdulillah... apa lagi yang mampu aku katakan. Lega..banyak lagi kerja2 yang belum selesai sebenarnya. Documentation Image Processing tak buat lagi, final projek Data visual tak sentuh lagi, TSK pun x usik lagi.. tapi lepas present PSM tadi, memang rasa macam dah siap semua kerja. Keadaan semalam yang makan tak kenyang, tidur tak lena tapi mandi tetap basah. Macam tak logic pula mandi tak basah..hehe

Aku sebagai presenter pertama dengan bersemangatnya datang awal. Selalu sebelum present memang dah sejuk satu badan. Tapi tadi tak sempat nak sejuk disebabkan aku presenter pertama. Masuk-masuk bilik presentation, terus kena present.

Dalam hati cakap “Ya Allah permudahkan urusanku...Allahumma yassir wala tuassir..” aku dok ulang-ulang dari semalam sampai la ke saat aku nak present. Dan presentation aku berjalan lancar tanpa sedikit pun kena interrupt oleh examiner. Rasa macam kejap je present.

Lepas tu bab Q&A..waktu ni la. Kena jugak sikit-sikit. Dan seperti yang ku agak memang kena part yang aku memang x berapa nak faham. Owh supervisor ku...tolong222... Prof G merangkap supervisor aku pulak ade jauh di tanah seberang.. huhu.. Aku main belasah je jawab dengan harapan jawapan aku betul. Keadaannya tadi seperti aku pernah lalui satu waktu dahulu..hurm dimana ya?

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kawan-kawan segrup aku semua dah present. Kena macam-macam juga. Lebih kurang je kami semua. Penilai-penilai adakan sedikit mesyuarat kecil dan kami disuruh keluar dari bilik presentation.

Tak lama, kami di panggil masuk balik.

“Nur..........., awak presenter pertama....” aku angguk-angguk je.

“ok.......awak LULUS” Puan Aida bagi keputusan dengan senyuman manis.. Alhamdulillah......ya Allah perasaannya macam terlepas satu beban yang tersangat-sangat berat.

macam ni agknya batu yang baru terlepas pergi

“Awak tak perlu nak betulkan apa-apa. Nanti awak cari nak focus kat mana pastu datang jumpa saya, bagi tau kat saya” Dr Mad Sah merangkap penilai utama aku pula memberi jawapan.

.....dan kami semua di bilik itu lulus....

Syukur sangat-sangat.. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya.

4 comments:

  1. Alhamdulillah... pdhal sy xtau pun apa kau buat.. ehehe... tumpang hepi ja lah.. sy pula bru dpt tugas baru yg lagi berat. meteor jatuh lah katakan.. time dkt exam ni dia dtg.. meting+meting+EXAM. uwaaa~~ terasa meteor yg jatuh itu sgt bsr.. huhu.. mudah-mdahan dipermudahkan segalanya... Good luck exam lynn!

    ReplyDelete
  2. PSM tu nama panjang dia projek sarjana muda.. kalau tempat kamu panggil apa?? FYP ka?? final year projek??
    Gud lak juga..paper aku ada dua b4 raya..pas raya suma yg tough2..

    ReplyDelete
  3. En Mad Sah? :D:D bes2..haha..thniah..

    ReplyDelete
  4. supervisor ko kan plak..ok la tu..bagus en mad sah..dia x tembak ganas2..

    ReplyDelete