Wednesday, November 3, 2010

Kembara..Haramain Syarifain

..:PART 1:..

Bismillahirrahmanirrahim...

Rasa-rasanya belum terlambat untuk aku rakamkan pengalaman ku dalam permusafiran yang teramat bermakna sepanjang usiaku di bumi Tuhan ini..permusafiran yang kunamakan cinta sang kembara di bumi barakah... haramain syarifain..

Mendapat berita daripada Ketua Jabatanku tentang program ini, rasa excited teramat sangat. Tapi, macam2 halangan, dugaan dan cabaran akhirnya keputusan di buat untuk menggabungkan program Road To Jeddah’10 dengan program ketanah suci bersama Pusat Islam akhirnya menjadilah program ES-GLOBE’10..

Besarnya hikmah disebalik penggabungan dua program ini, bermulalah segala gerak kerja secara serius disamping final exam yang perlu ditempuh.. Forum Amal, ceramah amal, gotong-royong amal, beriani amal, seminar pendakwah muda, kursus IT dan pelbagai lagi program kami jalankan semata-mata untuk mengumpul lebih kurang setengah juta untuk menjejakkan kaki ke Tanah suci ini..

Gotong-royong amal di Sekolah Agama UTM


Kemanisan yang masih terasa bila mana sahabat2 berkumpul di bawah satu bumbung, tidur, makan, begerak kerja bersama hampir sebulan...berkampung di Masjid Sultan Ismail, beriktikaf, diisi dengan amalan2 yang mendidik jiwa, motivasi daripada ustaz dan ustazah, membersihkan jiwa sebelum menjejakkan kaki ke bumi penuh barakah..

Iktikaf di Masjid Sultan Ismail-Ukhuwah terbina tersimpul erat

Betambah manisnya bila mana para peduduk sekitar johor baharu malahan daripada seluruh tanah air yang begitu dermawan, menyokong sepenuh hati program ini..teringat kembali kata2 seorang pakcik di kangkar pulai yang memberi pelbagai pesanan dan memohon didoakan keluarga beliau ketika bergotong royong disana..sangat terharu bila memikirkan balik..doa2 mereka mengiringi kami..

Gotong-royong amal di Surau Kangkar Pulai

Akhirnya detik2 yang dinantikan.. seawal pagi, telah bersiap untuk meninggalkan bumi UTM..wajah2 penuh ceria yang sempat dirakamkan..dalam hati hanya Allah yang tahu..bercampur baur, x dapat digambarkan... Ya Allah terimalah kami semua menjadi tetamuMu ya Allah... Layakkah aku?? Allah terimakah doa aku?? Tapi teringat pesanan Ustaz..Jangan berlaku zalim terhadap Allah(x silap ayat nya begini)...maksudnya, Allah akan terima doa2 hambanya, kita yakin Allah terima doa kita, doa org yang bermusafir antara doa yang mustajab..apatah lagi doa kita di bumi Barakah ini(belum sampai lagi)...


Sebelum berangkat pergi...

Taklimat daripada petugas Tabung Haji @ KLIA

....to be continue

Tuesday, November 2, 2010

Sekitar Presentation PSM

Bismillahirarhmanirrahim..

Alhamdulillah... apa lagi yang mampu aku katakan. Lega..banyak lagi kerja2 yang belum selesai sebenarnya. Documentation Image Processing tak buat lagi, final projek Data visual tak sentuh lagi, TSK pun x usik lagi.. tapi lepas present PSM tadi, memang rasa macam dah siap semua kerja. Keadaan semalam yang makan tak kenyang, tidur tak lena tapi mandi tetap basah. Macam tak logic pula mandi tak basah..hehe

Aku sebagai presenter pertama dengan bersemangatnya datang awal. Selalu sebelum present memang dah sejuk satu badan. Tapi tadi tak sempat nak sejuk disebabkan aku presenter pertama. Masuk-masuk bilik presentation, terus kena present.

Dalam hati cakap “Ya Allah permudahkan urusanku...Allahumma yassir wala tuassir..” aku dok ulang-ulang dari semalam sampai la ke saat aku nak present. Dan presentation aku berjalan lancar tanpa sedikit pun kena interrupt oleh examiner. Rasa macam kejap je present.

Lepas tu bab Q&A..waktu ni la. Kena jugak sikit-sikit. Dan seperti yang ku agak memang kena part yang aku memang x berapa nak faham. Owh supervisor ku...tolong222... Prof G merangkap supervisor aku pulak ade jauh di tanah seberang.. huhu.. Aku main belasah je jawab dengan harapan jawapan aku betul. Keadaannya tadi seperti aku pernah lalui satu waktu dahulu..hurm dimana ya?

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kawan-kawan segrup aku semua dah present. Kena macam-macam juga. Lebih kurang je kami semua. Penilai-penilai adakan sedikit mesyuarat kecil dan kami disuruh keluar dari bilik presentation.

Tak lama, kami di panggil masuk balik.

“Nur..........., awak presenter pertama....” aku angguk-angguk je.

“ok.......awak LULUS” Puan Aida bagi keputusan dengan senyuman manis.. Alhamdulillah......ya Allah perasaannya macam terlepas satu beban yang tersangat-sangat berat.

macam ni agknya batu yang baru terlepas pergi

“Awak tak perlu nak betulkan apa-apa. Nanti awak cari nak focus kat mana pastu datang jumpa saya, bagi tau kat saya” Dr Mad Sah merangkap penilai utama aku pula memberi jawapan.

.....dan kami semua di bilik itu lulus....

Syukur sangat-sangat.. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya.