Friday, February 25, 2011

Saat Wehdah Bergema

Bismillahirrahmanirrahim...



PRK terakhirku di bumi UTM(insyaAllah) diakhiri dengan laungan wehdah yang menggegar.. yang membangunkan jiwa-jiwa yang lesu, yang membangkitkan semangat yang kian merundum, yang menceriakan wajah-wajah yang sedang kecewa, yang menjadi penawar segala duka, yang menggentarkan mereka yang hanya memandang..

Ketahuilah kita tidak pernah kalah dalam perjuangan, biar kata mereka kita tidak menang tapi bukan kemenangan menurut mereka yang kita cari. Kita menang kerana kita ada Allah disisi.. kita menang bila mereka mengangguk setuju dengan kita tanpa mereka sedari. Kita menang bila mereka tersenyum ikhlas kepada kita tanpa mereka sedari, kita menang bila saat hati mereka terdetik “mereka benar” tanpa mereka sedari…

Kulihat wajah-wajah yang lesu dikiri dan kananku, di hadapan dan belakangku… dan saat itu Allah mengirimkan semangat tepat pada masanya. Wehdah itu bagai memujuk, wehdah itu bagai air di saat sedang dahaga, wehdah itu umpama penawar ketika sakit, wehdah itu seperti makanan ketika lapar… wehdah itu membuatkan wajah-wajah keleseuan kembali serinya.wehdah itu menyambut kemenangan sahabat-sahabat kita di bumi lain... perjuangan kita tidak sekadar berhenti disini….

Tuesday, February 22, 2011

Berakhir Laungan PRK

Bismillahirrahmanirrahim…



Tahniah dan takziah di ucapakan kepada YB-YB yang telah berjaya mengisi kekosongan kerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM bagi sesi 2011-2012. Tidak kira sama ada YB daripada Pro-Mahasiswa ataupun daripada Evolusi. Ingatlah janji-janji yang anda taburkan semasa berkempen. Sesungguhnya tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada anda perlu dilaksanakan sepenuhnya dan bakal di persoalkan kelak jika anda tidak menunaikan janji-janji anda.

Sedikit berkisar tentang hari pengundian semalam. Mengikut statistik yang dikeluarkan malam tadi sejumlah 80% ++ (x sempat nak tangkap berapa jumlah sebenar) mahasiswa keluar mengundi. Seawal jam 9.00 malam, usai sahaja menunaikan solat Isya’ secara berjamaah, mahasiswa mula membanjiri Dewan Sultan Iskandar UTM(DSI) untuk mendengar pengumuman wakil-wakil mahasiswa yang bakal mengisi kerusi-kerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa.

Undian tertinggi milik Naimah wakil daripada evolusi dan dikuti oleh Ayu Ngadimin wakil Pro –Mahasiswa. Bagi UTM IC calon-calon menang tanpa bertanding kerana hanya lima orang calon dinamakan untuk menduduki lima kerusi.

Di akhir majlis, usai sahaja TNC membuat penguguman, pengerusi Pro-Mahasiswa UTM ,Leftenen Muda Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid yang juga merupakan mantan ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM 2010-2011 membuat sedikit ucapan di hadapan penyokong dan perwakilan Pro-Mahasiswa. Dalam ucapannya, beliau meminta YB-YB meneruskan legasi Pro-Mahasiswa dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa dan menonjolkan akhlak yang baik. Pro-Mahasiswa juga menuntut keadilan supaya tidak ada pembuangan kolej, pembuangan JKM atau pembuangan PALAPES selepas berakhirnya minggu pilihanraya kampus ini.

Dewan digegarkan dengan laungan doa Wehdah yang padu oleh Pro-mahasiswa dan diakhiri dengan doa penutup sebelum mahasiswa bersurai ke kolej kediaman masing-masing. Diharapkan YB-YB yang menduduki kerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa ini dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan sepenuh hati dan bekerjasama tanpa mengira sama ada mereka itu Pro-mahasiswa ataupun Evolusi dalam menjaga kebajikan mahasiswa seterusnya memartabatkan nama UTM di persada antarabangsa.

Nota: Nama ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa 2011-2012 yang berjaya akan di publishkan kemudian insyaAllah..

Tuesday, February 15, 2011

MESTI BACA!!!

Bismillahirrahmanirrahim…

Menyahut seruan Kak Sunah. Jom kempen ramai-ramai.



14 Febuari semakin hampir. Mesti ramai yang tahu ada apa dengan 14 Feb. Yang tak tahu, lebih baik tak payah tahu. Yang tahu jangan pula buat-buat tak tahu sejarah Valentine ni lalu dengan selamba menyambutnya tanpa sebarang perasaan bersalah. Malah seronok untuk mempromosikan hari ni kepada kawan-kawan yang lain. Valentine Day. Banyak versi di sebalik hari Valentine ni. Tapi walaupun macam-macam versi, pokok ceritanya tetap sama. Hari memperingati Saint Valentine, seorang paderi Rom. Kalau nak baca sejarah lebih lanjut boleh cek sini. Banyak lagi sumber. Tanya je dekat Pak Cik Google mesti dia ada jawapan beribu-ribu.

“Valentine tu hari kasih-sayanglah. Salah ke nak sambut? Bukan sambut dengan boyfriend ke, dengan girlfriend ke. Saya sambut dengan mak, dengan ayah, dengan adik beradik, dengan suami, dengan isteri, dengan Tok Wan, dengan opah, dengan kawan-kawan….” Timbul soalan-soalan yang macam-macam demi nak sambut jugak Valentine tu. Mari saya tolong jawab.

“Erk? Awak sayang mak awak, ayah awak, adik beradik awak, suami, isteri, tokwan awak segala sehari je ke setahun? Saya tak. Hari-hari saya sayang mak saya. Hari-hari saya sayang ayah saya. Hari-hari saya sayang adik beradik saya. Hari-hari saya sayang atuk nenek saya. Hari-hari saya sayang semua orang. Awak? Takkan sehari je?” Hehe..Sape nak bantah lagi?

Monday, February 14, 2011

Cintaku Ya Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahim…

Jom ramai-ramai ke Taman-taman syurga bertemu kekasih Allah

Masih segar di ingatanku saat itu. Saat aku berada betul-betul di hadapan Makam Kekasih Allah. Air mata seakan tidak mahu berhenti mengalir. Sebak didada seakan tidak mampu ku tahan. Alhamdulillah, Allah izinkan kakiku menjejak tanah itu. Ingin ku bawa mereka-mereka yang ku sayang ke sana satu hari nanti insyaAllah..

15 Febuari 2011 bersamaan 12 Rabiul Awal 1432 H. Pastinya semua tahu tarikh ini. Tarikh keputeraan Baginda Nabi saw. Baginda yang terlalu sayangkan umatnya sehingga ke nafas terakhir masih menyebut ummati..ummati..ummati… Kita? Adakah masih ada baginda dalam ingatan kita? Astagfirullahalazim… Bangunlah wahai jiwa yang terlupa, bangkitlah wahai hati yang masih lena. Bangunlah dan berilah peringatan. Kita adalah mata-mata rantai perjuangan Rasulullah…

Disini ku lampirkan khutbah terakhir Nabi Muhammad saw untuk tatapan sahabat-sahabat yang ku sayang. Hayatilah wahai sahabat-sahabatku. Ini pesan Nabi kita. Jika bukan kita yang mengikutinya siapa lagi?

Khutbah ini telah disampaikan pada 9 Zulhijjah 10 H di Lembah Uranah Gunung Arafah

"Wahai manusia , dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir.

Wahai manusia, sepertimana kamu mengaggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik. Berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

Dan hak kamu ke atas mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sunguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama. Tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan megikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.

Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."





Pemergianmu
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team

(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Senilagu : Frizdan Senikata : Frizdan Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Penerbit : Fizarahman Zainal Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Friday, February 11, 2011

"Sejarah" Kota Melaka Bukan Mengikut Silibus Buku Teks

Bismillahirrahmanirrahim..

Berlegar-legar di sekitar Bandar Hilir sebelum kembali semula ke Melaka Sentral, kemudian aku dan sahabat-sahabat menuju ke Pasar Besar Melaka. Kami berpecah untuk mencari sedikit rezeki buat juadah berbuka puasa petang nanti. Langkah dihayun menuju ke kedai menjual beraneka jenis keropok ikan. Berulang-alik di luar kedai tersebut pasti menimbulkan kehairanan di minda pakcik penjaga kedai. Tidak ada keberanian sebenarnya. Setelah berfikir masak-masak, akhirnya kami mengambil keputusan untuk menapak ke kedai tersebut.

“Pak cik, kami dari kem..bla…bla..bla…” lancar mulutku menuturkan keadaan kami yang sebenar. Kemudian sahbat-sahabat disisi juga sempat memyampuk sana-sini ayatku yang tunggang langgang. Pakcik yang mendengar hanya tersengih.

“Anak-anak.. untuk menjadi manusia yang baik kita kena jaga solat. Solat ni umpama kepala kita. Kalau tak de kaki, boleh hidup tak? “ Tanya pakcik kepada kami.

“Bolehh…” aku menjawab perlahan sambil mengangguk-angguk kepala. Reaksi yang sama juga dari sahabat-sahabat di sebelahku.

“kalau tak de tangan boleh hidup tak?” Tanya pakcik sekali lagi.

“Boleeehhh…”

“Kalau tak da kepala boleh hidup tak?”

“Erk…tak boleh pak cik” Jawab sahabatku. AKu masih berfikir tak boleh ea? Lambat sikit otak nak proses kali ni.

“Macam tu jugak dengan solat. Kalau tak solat tak hidup la kita.” Pakcik membuat rumusan.

“Selain tu kita kena jaga amanah yang diberi. Dan lagi satu jaga ukhuwah. Kalau kita jaga tiga benda ni, insyaAllah kita jadi manusia yang baik” Tambah pakcik.

“Kalau kita belajar, buat yang ni. Bersugi, Baca al-Quran, Bangun malam solat dan baca al-Quran, dan makan limau manis. InsyaAllah mudahlah urusan kita belajar” Nasihat pak cik lagi. Aku dan sahabat-sahabat menggangguk-angguk kepala.

“Tu je yang pak cik mampu beri dekat kamu” Akhiri pakcik dengan senyuman yang masih tak lekang dari tadi. Makcik kat sebelah juga mengukir senyuman.

“Terima kasih pakcik… InsyaAllah akan kami sampaikan pesanan pak cik ini.” Jawab kami lalu berniat untuk mengatur langkah kembali.

“Anak masuk ambikkan pakcik keropok yang besar tu” Kata pakcik sebelum kami sempat beredar sambil menundingkan jari ke dalam kedai.

“Yang ni pakcik?” Tanya sahabatku. Pak cik mengiyakan sambil menganggukkan kepala.

“Pak cik bagi ni. Ni bukan sedekah, ni hadiah dari pakcik..” Kata pakcik sambil menghulurkan bungkusan keropok tersebut. Kami menerima dengan mata yang bersinar-sinar.

“Terima kasih banyak-banyak pakcik…”

Pak cik dan mak cik menghantar kami dengan pandangan serta senyuman yang masih tak lekang. Alhamdulillah. Murah rezeki kami. Bukan sahaja dapat keropok malah dapat ilmu yang tak terjangkakan yang akan kami perolehi dalam keadaan yang demikian. Benarlah rezeki dan ilmu Allah itu berada di mana-mana. Petang itu, keropok ikan tersebut menjdi juadah berbuka buat kami dan sahabat-sahabat yang lain.

‘Sejarah’ itu yang ingin ku jejak kembali semasa menjejakkan kaki sekali lagi di bumi Melaka ini. Ajakan teman-teman sekelas dan teman-teman yang berpraktikal bersama untuk menghabiskan cuti Tahun Baru Cina tidak kutolak. Menapak dari satu tempat ke satu tempat di Bandar Hilir mengingatkan aku dengan ‘sejarah’ itu. Walaupun hanya sebahagian ia tetap menjadi sejarah yang tak mungkin kulupakan insyaAllah..

Berkongsi sedikit kenangan dalam pencarianku menjejak ‘sejarah’ di Bumi Melaka baru-baru ini. Hampir seluruh Melaka kami jejak(erk..) Bermalam di Batu Berendam. Nasib baik ada Pak cik Salman(Pak cik Kak Sal) sekeluarga yang sudi meminjamkan rumah lengkap dengan kereta sekali sepanjang berada di sana. Terima kasih tidak terhingga. Berpusing di seluruh Bandar Hilir, menjejak ikan bakar di Umbai, menjejak laut di Pantai Tanjung Bidara sebelum pulang semula ke Johor. Dan terima kasih kepada Wan(classmate kak Sal yang intern kat Melaka) dan Baihaqi(UTEM) yang menjadi driver merangkap tourist guides sepanjang berada di sana.

Di Replika Menara Berkembar dalam Taman Buaya sebelum disergah
pengawal sebab tak boleh masuk kawasan ni sebenarnya^_^

Muziaum Samudera

Semasa naik River Cruise bawah jambatan Hang Tuah tak silap


Sempat-sempat menyinggah RFC sementara tunggu
'Tourist Guides' n co Solat Jumaat

Pandangan atas Taming Sari

Pandangan atas Taming Sari

Parameswara Terbaik

Menu pilihan...

@Pantai Tanjung Bidara. Destinasi terakhir sebelum balik

Nota: Barulah rasa diri ni macam orang Melaka. Sempat terserempak dengan Razman dan Fareed dekat Mydin. Kalau nak cerita tentang ni kena buat satu entri khas… Hehe..

Thursday, February 3, 2011

Carca Marba

Bismillahirrahmanirrahim...

Kenapa carca marba? Sebab tak tahu nak tulis apa. Baik tak payah tulis, buang masa kata orang. Tapi nak tulis juga. Cuma nak share macam-macam benda sebab tu jadi carca marba.

Gambar ni di ambil masa outing ke Melaka dengan grup ko-Q fotografi

Esok berangkat ke Melaka bersama sahabat-sahabat sekelas dan sahabat-sahabat yang 'intern' sekali. Menjejak kembali 'sejarah' itu. Sejarah yang tercipta di kota Melaka tanak kelahiranku. Harap-harap la tak ada orang Melaka yang cam muka selepas peristiwa bersejarah di sekitar Bandar Hilir. hehe..hanya yang merasa memahaminya...

Menghitung masa, detik demi detik...


Header yang berjaya dihasilkan semasa bosan

Hari ni masa terasa sangat lambat berjalan. Kebosanan yang tahap tak tahu nak kata apa masa duduk dalam office. Mungkin sebab esok cuti jadi semangat kerja dah tak ada. Maka kebosanan yang melampau ditambah sakit kepala menghadap coding menyebabkan aku berjaya menghasilkan header baru dia atas. Comel kan. Tak apa kalau orang tak suka. Minta maaf boss. Lain kali saya kerja elok-elok. tak buat lagi..


A part of bunga api. Gambar ihsan pak cik Google.

Malam ni dengar bunyi bunga api berdentum-dentum di ruang udara sekitar UTM ni. Keliling UTM bunga api berlumba-lumba nak naik. Happy Chinese New Year kepada rakan-rakan sekelas yang chinese. Rakan-rakan tak sekelas pun. Tak lupa pada Kiat, roomate yang sporting masa kat matrik dulu.

Semoga cepat sembuh kepada Azrini aka jinie yang baru lepas accident dan dapat mc sebulan. Baru tau hari ni jugak. Berhati-hati kepada pengguna jalan raya terutamanya yang bawa motor. Sekarang musim hujan maka jalan adalah licin.


Revolusi Mesir..

Semoga saudara-saudaraku yang berada di Bumi Mesir pula sentiasa selamat dan dalam perlindungan Allah. Sentiasa mengikuti perkembangan mereka di Krisis Mesir. Semoga perjuangan mereka berhasil. Semoga Islam tertegak di seluruh muka bumi ni. Semoga lahir jiwa Muhammad Al-Fateh atau jiwa Salahuddin Al-Ayubi juga jiwa Zainab Al-Ghazali di zaman ini.

Itu sajalah coretan carca marba pada hari ini. InsyaAllah akan datang tak carca marba lagi dah. Semoga segala urusan dipermudahkan...

Tuesday, February 1, 2011

Mendengar sambil Berfikir

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini aku ingin berkongsi lagu. Lagu ni memang dah ada dalam laptop dan memang menjadi lagu pilihan bila aku nak dengar lagu. Tapi selama ni hanya mendengar sahaja mungkin kadang-kadang menghayati liriknya tapi tak sepenuhnya. Tapi bila aku terjumpa lagu MUHASABAH CINTA dalam blog arwah Mas Afzal, aku dengar balik dan hayati liriknya. Lirik yang menurut arwah mempunyai erti bagi dirinya di saat-saat beliau hampir mengalah.

Dan lagu HIKMAH KEMBARA ini aku jumpa dalam novel Rooftop Rant oleh Hlovate. Mempunyai maksud yang sangat mendalam. Lagu ini megajak kita berfikir. Tapi bagiku lagu ni sendiri mampu membuat aku berfikir.

Semoga terhibur dan mendapat makna disebalik lagu ini...

Hikmah Kembara oleh Mirwana



Di sini kau berdiri
Berpijak di bumi
Menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
Alam penuh rahsia
Anugerah Yang Maha Esa

Berjalan,bermusafirlah
Melihat kebesaran Tuhan
Yang diciptakan untuk
Mereka yang berfikir
Dan bersyukur di atas nikmat
Dan Kurnianya
Nilai harganya,iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
Yang ada hanya insan yang lemah
Dengan satu tujuan mencari keredhaan
Dan berbudi di bumi Tuhan

Fikirkanlah..kemana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
Menuju kasih
Buktikan cinta kita..
KepadaNya..
Ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
Untuk melihat kebesarannya
Lantas berfikir dan bersyukur
Diatas nikmat dan kurnianya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia

Muhasabah Cinta oleh Edcoustic



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

nota: lagu juga mampu buat kita berfikir, semoga kita tak hanya sekadar mendengar