Saturday, June 23, 2012

Hari Terakhir : PERSADA : MISTI

Bismillahirrahmanirrahim...

Selesai tugasan terakhir saya di JB sebelum memulakan hidup baru di Kula Lumpur. Bermula Hari Selasa dan sepatutnya berakhir pada Hari Isnin depan berlangsungnya Minggu Sains dan Teknologi Negeri Johor bertempat di PERSADA JOHOR. Namun saya perlu mengundurkan diri pada esok hari disebabkan ada perkara yang perlu diutamakan.

Berkenalan dengan ramai orang yang berjiwa besar dan berpandangan jauh. Team dari UTM Abang Ku, Kak Mas, Najib, Ibrahim, Kak Awin, Naim, Zurai, Ayien, Nana, Ain, Jen, Luqman dan Iwan. Tidak lupa Syed dari USTICT yang bertanggungjawab menjaga kami, walaupun macam-macam masalah yang timbul, diharapkan semuanya tidak disimpan didalam hati.

Berjalan-jalan disekitar dewan pameran juga menemukan saya dengan ramai orang. Hari pertama semasa perasmian terjumpa dengan tiga orang ex-box semasa latihan industri, juga terjumpa dengan Dr Norma, ex-bos saya semasa di Ibnu Sina. Sempat bekerja dibawah beliau selama seminggu dan juga mereka-mereka yang dibawah bimbingan beliau. Hari terakhir berjalan-jalan terjumpa dengan sekumpulan adik-adik dari fakulti kimia yang sangat cool. Semoga ketemu lagi dengan kamu semua dan kekalkanlah sikap kamu yang sungguh cool itu. Hari terakhir juga bertemu dengan Shafiqah(Kawan yang sedang LM).

Booth kami sangat dipenuhi orang tidak mengira usia. Antara tarikan nya ialah Game Boboiboy, Kihect, X-box dan Guitar Hero sampaikan perlu dkawal dengan penuh diplomasi dan tegas bagi mengelakkan sebarang perebutan dan penguasaan berterusan oleh yang tidak sepatutnya. 

Hari terakhir juga saya mendapat nasihat dan pandangan jauh kehadapan yang membuka mata dan minda saya dari seorang yang saya hormati. Hari terakhir juga bertemu dengan orang yang mencipta alasan untuk kesenangan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain(sedikit emosional dengan orang macam ni) dan hari terakhir juga dapat berkenalan dengan adik-adik yang seangkatan. 

Semoga semuanya tidak berakhir di sini. Saya sangat menghargai kamu-kamu yang saya kenali di PERSADA ini. Walaupun tak dapat bersama-sama hingga ke akhir program, saya mendoakan agar kesemuanya berjalan lancar. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kesilapan secara sengaja atau tidak sengaja. Semoga kita dipertemukan lagi di lain pertemuan yang lebih baik.

Nota:
Mengharapkan pengurusan sesuatu program supaya lebih tersusun
Jadilah seorang ketua yang  menjaga kebajikan nak buah kamu
Bergembiralah dan ikhlaslah dalam setiap apa yang kamu lakukan.

Saturday, June 16, 2012

Seindah Ukhuwah

Bismillahirrahmanirrahim....

Akhirnya dapat ketemu dengan saudara-saudaraku selepas pelbagai perancangan yang dibuat. Atas kesibukan dan tanggungjawab masing-masing, amat payah untuk mengumpulkan kesemua 98 nama. PSM, Final Exam, Meeting dan pelbagai lagi tanggungjawab lain yang perlu diutamakan daripada bertemu mata dengan sahabat-sahabat ini. 

Pada awal pengumpulan nama hanya 20 yang menyatakan kesanggupan untuk hadir namun malamnya, sangat terharu melihat yang hadir lebih daripada yang 20 nama itu. Sesungguhnya Allah mengikat hati-hati kami untuk mencuri sedikit masa yang sangat berharga demi sebuah ikatan ukhuwah yang telah lama terjalin.

Tersentuh hati mendengar bingkisan setiap yang hadir. Bila lagi dapat mendengar suara kamu semua, bila lagi dapat melihat wajah-wajah kamu. Walau dilanda kesibukan, tetap mampu menyediakan sebuah hadiah buat sahabat tercinta. Hadiah paling berharga dari seorang teman buat temannya. Ya Allah sungguh indah. Saya tahu tidak ramai yang membeli hadiah yang baru, tetapi ramai yang memberi  koleksi kesayangan peribadi khusus buat seoarang sahabat.

Juga rezeki yang sangat murah malam tersebut. Ada yang membawa air, ada yang membawa keropok, coklat, sate, ayam kfc, dominos pizza dan pelbagai lagi. Saya tertanya-tanya bagaimana pertemuan sesingkat itu mampu diisi dengan sangat bermakna? Semuanya kerana Allah campakkan rasa kasih dan sayang dalam hati kami. 

Kata saya buat kamu:

"Terima kasih sahabat2 ku sekalian. Seramai itu kamu hadir. Terima kasih Salmuh atas bingkisan yang menarik. Kepada Diana, jaga dia baik-baik ya. Dia memang ditakdirkan untuk kamu. Bagi kamu yang tidak terdengar tadi - KELEBIHAN ORANG LAIN AKAN MENYEMPURNAKAN KEKURANGAN KITA  - Kepada kamu yang tidak hadir jasadnya, hati kamu tetap bersama. Semoga ketemu lagi InsyaAllah"

Semoga ukhuwah ini membawa kita menuju redha Allah. Amin.