Saturday, November 22, 2008

Megi OH maGGi


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Nak share pengalaman berharga sikit. waktu ne aku dan azma baru pindah pergi rumah tumpangan kat kolej dia kat UKM. pastu petang tadi dengan semangatnya kami turun p kafe mo carik makan. sekalinya... tutuplah pulak ni kafe. Ya Allah.. laparnya.. pa mo di makan ni. pastu singgahla kedai beli megi..

nilah megi yang jadi mangsa kami yang tengah kelaparan

Ni yang lawak pasal megi ni. c azma simpan semua barang-barang dia. jadi terpaksalah makan megi macam kat plkn dulu waktu ikhtiar hidup tapi rasanya kami ni lagi terukla.. nasib baik ada heater..masakla air panas pastu tuang dalam plastik megi. dah tu makan pakai tangan.. bayangkanlah macam mana. tapi sebabkan lapar abis jugakla..kenangan betul la..

Pengajaran kat sini,rezeki Allah tu ada kat mana-mana. cuma terpulang kat kita macam mana nak manfaatkan rezeki yang Allah da bagi tu. lagi satu...


Terima kasih megi sebab muncul di saat kami kelaparan(syukur kepada Tuhan)

Terkenang kat saudara-saudara kita yang dalam kesengsaraan kat palestin,afganistan.. macam mana agaknya dorang??? mesti lagi terukkan.. betapa beruntungnya diri kita ni(walaupun makan megi dengan tangan) yang kat Malaysia ni tapi tak pandai nak bersyukur.. komplen jak tau. insaf aku seketika. moga keinsafan ini berterusan..
ameen...

Pesanan Buat Diriku

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah sekadar untuk memuhasabah diri,meluahkan rasa hati dan berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang ada dalam diri tanpa berniat untuk membincangkan isu-isu semasa yang berat. Bukan kerana tidak mahu tetapi kerana aku rasakan diri ini tidak mampu untuk berbuat demikian. Aku serahkan kepada yang lebih layak.
“sampaikanlah apa yang kamu tahu dan jangan menokok tambah apa yang tidak jelas bagimu”
Apa yang aku harapkan ada hati yang tersentuh, ada jiwa yang terdetik untuk mula berhijrah menjadi yang lebih baik… dan apa yang aku lakukan mungkin menjadi titik mula kepada penghijrahan yang lebih baik. Dan dengan adanya titik mula ini akan lahir para dai’e yang mampu menjadi teras kepada kebangkitan ummah.
p/s: harapan buat diri yang lemah ini jugak.

Tuesday, November 18, 2008

Kisah Semut Dalam Gula


Kenapa kita buang semut dalam air atau dalam gula?? Siapa2 yang x pernah buat air tu kompom x pernah merasa nak keja di dapur…hehehe… tym kita nak buat air tetiba ternampakla semut dalam gula. Jadi secara spontan mestilah kita buang semut itukan… halau semut tu… mcm2 cara nak halau semut tu kan supaya semut tu xda dlm gula tu lagi… (ni orang da expert wat air teh…hehehe..). kita buang semut dalam gula tu sebab jika terminum air bersemut dapat memberi kesan negatif kat manusia..


Secara saintifik, semut ni mempunyai sejenis cecair dalam badannya yang boleh melemahkan ingatan manusia jika kita terminum minuman yang mengandungi semut… tapi apa yang saya nak gitau pasal semut ni, tetiba rasa kesian pula dengan semut yang cari makanan tu. Sedang syok si semut tu makan gula, kita tiba-tiba halau semut tu, jentik semut tu, alihkan semut tu dari dalam gula tu… kalaulah kita bole mendengar semut tu mengerang kesakitan, sebut ’adoiiiii’ ka, may be x jadi nak halau semut tu sebab kesian…


Cuba bayangkan kalau kita tak buang semut tu, kita buat ja air yang bersemut… mati kelemasan lah semut tu dalam air kan..cian.. ada juga sifat sayang kita kat semut tu ya… hehehe… begitu juga dengan kehidupan kita.. betapa Allah kasih dan sayang dengan kita.. kadang-kadang Allah sengaja beri kesakitan, bukan bermakna benci tapi sebab sayang, suruh ingatkan kita ni siapa.




Dalam hidup ni macam-macam dugaan sengaja ditimpakan pada kita sebab Allah nak bagi nikmat yang lebih baik atau Allah nak selamatkan kita dari bencana yang lebih besar. Dalam kesulitan tu, Allah nak ingatkan juga kita bahawa keseronokan bukanlah kekal..jadi ingat2 la setiap dugaan tu ada hikmahnya. Lihatlah si semut tu, seronok sendiri ja memakan gula tapi tidak terfikir pun masalah manusia… manusia pun begitu.. jika kita lalai, Allah akan bagi dugaan kat kita supaya kita sedar, cek balik diri apa yang telah kita buat selama ni.. begitulah kehidupan untuk menuju ke syurga Allah… jadikan dugaan sebagai jalan untuk mencari redha Allah.. ingatlah bahawa Allah sangat kasih dan sayang ngan kita.. (”,)


semut o semut!!!

sumber:nad-kecik.blog.friendster.com

Monday, November 17, 2008

Relevankah Aku di Hatimu???

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Lagi satu aku nak cerita bila aku jumpa satu kisah di saat2 aku punya otak tak berapa nak betul… aku explore dan explore laptopku ne… sekali di sebalik folder2 ne aku jumpa la satu dokumen terselit, yang amat sangat menarik perhatianku.. aku pun bukakla.. novel rupanya. Panjang pulak tu.. tapi aku baca jugak.. bila dah mula baca tak boleh stop pulak dah.. aku baca satu persatu sampai la ke ayat terakhir.. sedar tak sedar aku habiskan masa lebih kurang 5 jam depan laptop semata-mata nak abiskan cerita tu…

Kisah yang amat menyentuh jiwaku yang tengah kosong tengah gersang ne..huhuhu… pastu aku pikir2.. nak share benda ne ngan kawan-kawanku yang sejiwa ne.. lantas aku pun bagi tau la kat sahabatku yang kat ums ne.. aku pilih dia sebab aku tau dia ne sejiwa ngan aku(betulka??? Ko sendiri la jawab kalo ko baca ya..hehe..) pastu dia pun jadi cam aku.. terpengaruh ngan cita tu.. tak kisahla apa-apa pun.. aku rasa nak bagi jak cita ne kat suma orang… mana tahu ada hati yang tersentuh, ada jiwa yang terdidik sebagaimana yang aku rasa…

Friday, November 7, 2008

Tuhan..aku kembali padaMU

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Setelah sekian lama aku tak menulis, hari ni aku gagahkan diri jugak untuk menulis. Esok paper math, tapi tak boleh nak study.. dengan buku math aku hilang menambahkan sebab kenapa aku tak boleh nak study. Sebab tu aku ambik keputusan nak menulis ni..

Lama dah rasanya aku tak muhasabah diri.. rasa diri ni makin jauh dengan Tuhan. Lama tak dapat pengisian. Solat pun aku rasa lebih kurang ja.. astagfirullah.. betapa jauh aku terpesong.. tak tahu kenapa sejak beberapa lama ni aku rasa jiwa aku ni kosong.. kosong sangat2.. bergembiralah syaitan dan suku sakatnya kerana telah berjaya mengganggu ketenteraman jiwa aku ni.. sesungguhnya aku berlindung pada Allah daripada syaitan yang direjam...

jom renovate sekarang

Sampai satu tahap tu sampai aku rasa nak lari dari perjuangan ni.. nak lari dari semua-semua ni.. tapi berkat daripada sedikit tarbiyah yang pernah aku lalui dan daripada pembacaan kisah-kisah tentang perjuangan membuat aku rasa insaf… sememangnya aku amat perlukan perjuangan ni.. dan teringat pula pada satu ayat yang memang ku pegang dan akan meniti bicaraku bila aku memperkatakan tentang perjuangan..

sesiapa yang membantu agama Allah nescaya Allah akan membantunya”

Kerana ayat ini membuatkan aku sedar yang Allah sentiasa berada disisiku dan sentiasa mendengar setiap bicaraku.. maha suci Allah yang Maha Mendengar…

jihad..ALLAHUAKBAR!!!

Semalam waktu aku study untuk paper hubungan etnik, aku rasakan aku tak kan dapat jawab soalan untuk hari ini sebab malam tadi baru aku nak buka buku etnik tu. Tapi bila aku jawab tadi aku rasa dapat jawab. Tak setimpal dengan usahaku.. Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang sentiasa mem bantu hambaNya di saat susah.. bila ku pikir2 balik.. aku rasa ni semua berkat doa mama. Sebelum exam aku cakap kat mama doakan aku.. sesungguhnya doa seorang ibu tiada hijab dengan Allah.. banyak dosa aku ngan mama tapi mama masih nak doakan kejayaan aku.. sedey2..huhu.. janganlah sekali-kali buat dosa pada ibu kita kerana syurga letaknya di bawah tapak kaki ibu..

tanpa ibu siapalah kita


Berbalik pada kisah perjuangan, aku selalu bagi nasihat kat orang selalu cakap macam tu macam ni tapi aku sedar kadang2 aku sendiri tak mampu nak buat.. baru tadi petang aku terbaca satu ayat yang amat menarik hatiku ini..

"Jangan bicara soal perjuangan jika gentar akan kekalahan. Jangan bicara soal cinta jika bimbang akan kehilangan."

(ni pun aku sambung ari ni sebenarnya) Dan dengan itu aku sahut kembali cabaran.. setelah aku pikir2.. aku rasa nak bermula semula.. mula dari awal.. aku tak kan larikan diri dari perjuangan ni.. insyaAllah..dengan izin Allah semoga aku tak terkeluar dari perjuangan berlandaskan Al-Quran dan as-Sunnah..

perjuangan belum selesai
selagi nyawa di badan selagi itu Islam dijulang...TAKBIR!!!

Alhamdulillah.. Allah masih memberi peluang untuk aku menulis hari ni setelah semalam aku tinggalkan begitu saja.. rupanya ada hikmah di sebaliknya.. subahanallah Maha Suci Allah.. memang cantik sekali aturan Allah.. tak perlu kita nak ragukan lagi.. aku sambung kisah semalam.. aku tidur tanpa baca apa2 tentang math.. Ya Allah.. macam mana la aku nak masuk exam esok.. tapi malam tu dengan kuasa Allah aku terbangun tengah-tengah malam.. lalu aku tunaikan solat dua rakaat(yang begitu jarang sekali aku buat) astaghfirullah… lalaikah aku??? Pastu aku ambil buku sahabatku yang ditinggalkan atas katilku.. betapa cantik Allah aturkan supaya aku dapat jugak study walau tiada buku..

Pukul 8.30 pagi… aku dan sahabat-sahabatku berjalan perlahan ke dewan exam.. waktu tu lah dorang tegur aku.. “kenapa aku tengok ko tenang je?? Dah la tak study.. kitorang ni dah cuak dah..” begitulah antara teguran sahabat2ku.. aku hanya mampu tersenyum.. dan hanya aku tahu kenapa.. nak tau kenapa??? sebab lepas aku bangun tidur dan keluar bilik, aku dah serahkan nasibku, jiwaku,hidupku keseluruhannya kepada Allah.. tak kisahla pa jadik semua tu dah di tentukan.. aku terima jak la sebab usaha aku pun tak seberapa..


Waktu exam aku lebih banyak berfikir pasal hidup aku,pasal diri aku.. mengenang dosa2 lalu dan merenung masa depan.. alhamdulillah dapat jugak aku jawab (tak la ku yakin betul tapi tak la aku tinggalkan paper tu kosong macam selalu) walaupun tengah berangan.. dan sekali lagi aku sedar ni semua bantuan dari Allah yang memberi aku ilham di saat aku kebuntuan.. syukur sangat2… teringat pulak kisah 3 orang sahabat yang terkurung dalam sebuah gua lalu mereka bercerita tentang kebaikan masing2 sehingga mereka dapat kluar dari gua tersebut.. macam tu kot situasai aku(^^,)
Tu jak lah kisah aku di pagi exam paper math….

Wednesday, October 8, 2008

teman perjuanganku telah pergi...

Bila masuk kat blog http://sitiaisyahbakri08.blogspot.com/ aku pun rasa terpanggil nak tulis sesuatu pasal arwah. Tahun 2006, kat surau al-irfaan, time tu nak solat magrib kalau tak silap. Aku slalu pegi surau ngan nanad(nad kecik). Pastu terjumpalah ngan sorang sahabat ne. tengok dia sorang2, aku tegola.. pastu beliau pun memperkenalkan diri dengan nama aisyah. pastu cakap dah dua tahun kat situ. aku pun cakap "owh, kakak la ni", pastu die cakap "takdalah,saya lahir taun 88" kat situlah bermulanya perkenalan aku ngan sahabat ne. kalau solat kat surau mesti jumpa ngan die. aktiviti pun die rajin join.. aku gik tau ngan nanad, nanad pun jadik kawan die gak. lepas matrik,die sambung stady kat ums ngan nanad. nanad slalu cter pasal die. memang orangnya baik sangat. tak pernah nak sakitkan hati orang.


sampailah satu hari,waktu tu aku baru balik beraya dari kampung, tengah ym ngan amani, die cakap ko kenal aisyah x? die accident,kritikal. aku pikir2 aisyah yang mana ni erk??? amani cakap zai @ iman yang gik tau kat die. terus ym nagn iman gak. iman cakap, ko kenal tak?? puas aku pikir tapi tak ingat yang mana satu. tiba2 nanad msg,aisyah accident,kritikal. kasi doa dia ya. Ya Allah, time tu baru aku tepikir pasal aisyah yang pernah aku kenali ne.. malam tue dapat msg lagi die dah stabil.. lega sikit perasaanku time tue. tapi, sebelum subuh pagi esoknya,nanad msg lagi, aisyah dah meninggal. innalillah.. aku tak balas pun msg nanad, tak tau nak cakap apa.

sampai petang tue baru aku tanya, nanad cita suma. aku cakap ngan nanad, jangan nangis, cian kat arwah, terseksa nanti dia. tapi hakikatnya, aku pun tak dapat nak tahan. air mata ne laju jak turun.. terasa sangat kehilangannya... nanad cita satu persatu kat aku.. pastu nanad cakap pasal blog tue. aku pegila tengok.. lagi la aku tak dapat nak tahan.. hilang sorang teman perjuangan.. perjuangan aku ngan arwah sama jak sebenarnya.. dia pernah lalui apa yang aku lalui.. dia salah seorang yang menguatkan semangat aku nak sambung stadi sebenarnya...

Allah lagi sayang kat arwah. kita yang hidup ne banyak2 doa kat arwah.. dan teruskan perjuangan yang arwah tinggalkan.. perjuangan ne tak pernah selesai...
Al-Fatihah...

Tuesday, October 7, 2008

berita harian,7 oktober 2008

Jurutera UMS maut, tiga cedera nahas

PAPAR: Seorang jurutera Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut manakala tiga penumpang, iaitu adik dan dua sepupunya cedera selepas kenderaan jenis Perodua Kenari yang dipandunya terhumban ke dalam gaung di Kilometer 41 Jalan Keningau-Kimanis, di sini malam kelmarin. Mangsa, Nur Khairiah Singka, 27, dari Tawau meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya, Nur Syafika, 16, serta sepupunya, Nur Shahirah Aziz, 20, dan Siti Aishah Bakri, 20, cedera ringan. Pemangku Ketua Polis Daerah Papar, Asisten Superintendan (ASP) S Saravanan, berkata dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa dalam perjalanan dari Tenom ke Kota Kinabalu.
Katanya, kenderaan terbabit hilang kawalan ketika menaiki bukit sebelum terhumban dalam gaung dan tersangkut pada sebatang pokok. Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Papar mengambil masa enam jam untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan terbabit. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Papar untuk bedah siasat manakala adik dan dua sepupunya hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama," katanya.

perginya seorang mujahidah..

Ketika itu kami sedang beraya di Papar. Jam menunjukkan pukul 4.00pm. Rumah itu rumah pertama yang kami singgahi. Rumah keluarga angkat Mustaqim dari Kampung Himbaan, Bundu Tuhan. Tiba-tiba Hafiz bertanya samada aku mendapat mesej tentang Aisyah. Mesej berbunyi "Siti Aisyah Bakri sedang berada di dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Papar. Minta doakan beliau. Sebar." kami terus mengatur rancangan untuk menziarahi beliau. Tetapi tidak lama kemudian mesej beru masuk. Rupanya Aisyah telah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Rancangan raya dibatalkan. Ahli rombongan seramai 10 orang bersetuju untuk bergegas ke Hospital QE untuk menziarahi Aisyah.

Ramai muslimat yang telah terlebih dahulu berkumpul di HQE. Kami yang agak ramai tidak menjenguk Aisyah dan hanya menunggu berita daripada jauh walaupun Kak Jannah berkali-kali memberitahu bahawa dibolehkan untuk kami menjenguk pesakit dengan izinnya. Bukan apa, kami bimbang kalau-kalau kami menimbulkan ketidakselesaan kepada Aisyah. Agak lama di situ, loceng menandakan masa melawat telah tamat berbunyi. Seorang pakcik berkopiah dan berjanggut panjang menghampiri kami. Rupanya beliau adalah abang sepupu kepada Aisyah. Namanya Haji Hasan dan umurnya dalam lingkungan 30an atau 40an. Beliau menceritakan apa yang berlaku. Berikut merupakan kronologi kemalangan yang menimpa Aisyah sebagaimana diceritakan Haji Hasan, dan seterusnya apa yang dilalui sendiri oleh penulis sehingga ke saat beliau diuruskan.

4 Oktober 2008

11.00 pagi
Konvoi seramai 6 buah kereta bertolak dari Tawau untuk pulang ke Kota Kinabalu setelah beraya di sana selama beberapa hari. Kenari yang dinaiki Aisyah merupakan kereta yang ketiga. Konvoi memilih untuk melalui jalan Keningau kerana mendapat maklumat yang jalan tersebut lebih cepat. Kereta yang dinaiki Aisyah dipandu oleh kakak saudara beliau, dengan beliau duduk di hadapan dan dua lagi ahli keluarga duduk di belakang. Kakak saudara Aisyah merupakan kakitangan JPP di UMS.

8.00 malam
Kereta yang dinaiki Aisyah terbabas di jalan Papar-Kinarut di selekoh tajam dan . Walaubagaimanapun, kereta tersebut terlanggar sebatang pokok dan tidak terjatuh ke dalam gaung. Kakak saudara Aisyah tidak sedarkan diri sementara 3 orang lagi masih dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

8.07 malam
Salah seorang ahli keluarga Aisyah yang duduk di belakang kebetulan sedang memegang telefon bimbit dan dalam keadaan cedera sempat menelefon ayahnya di Tawau memaklumkan tentang kemalangan tersebut sebelum talian terputus. Cubaan untuk menghubungi beliau semula tidak berjaya. Tidak jauh daripada tempat kejadian, 'brake disc' salah sebuah kereta yang lain di dalam konvoi tersebut terbakar dan konvoi berhenti di tepi jalan untuk membaiki kenderaan tersebut. Ketika ini ketiadaan kereta yang dinaiki Aisyah disedari. Haji Hasan cuba berpatah balik untuk mencari kereta mangsa tetapi kenderaan beliau pula tidak dapat dihidupkan.

11.00 malam
Bantuan polis dikerah untuk mencari kereta yang dinaiki Aisyah. Polis dua kali berulang-alik mencari di jalan yang baru dilalui konvoi tersebut tetapi tidak ada sebarang kesan atau bukti apa-apa telah berlaku ditemui. Ahli keluarga yang lain mengambil inisiatif memohon bantuan daripada orang alim di kampung tempat mereka berhenti dan akhirnya kereta tersebut ditemui. Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Papar. Dua mangsa yang duduk di belakang cedera dengan agak parah, sementara Aisyah mengalami pembengkakan di muka. Kakak saudara beliau meninggal dunia.

5 Oktober 2008

3.00 pagi
Aisyah dikejarkan ke Hospital QE untuk menjalani scan. Keputusan scan mendapati beliau tidak mengalami apa-apa kecedaraan dalaman.

3.00 petang
Sahabat-sahabat yang baru mendapat berita tentang keadaan Aisyah mula berkumpul di Hospital QE. Ada yang telah sampai lebih awal lagi. Aisyah dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Berpuluh-puluh orang datang menziarahi Aisyah sehinggalah melewati waktu melawat.

6 Oktober 2008

4.46 pagi
Saya dikejutkan oleh Azizul. Beliau memaklumkan yang Aisyah baru sahaja meninggal dunia. Kami segera menunaikan solat dan bergegas ke hospital. Di hospital, jenazah telah dibungkus dengan kain putih tetapi belum diurus. Haji Hasan memaklumkan yang Aisyah mula sesak nafas sekitar jam 3.00 pagi dan mereka yang hanya dibenarkan untuk menunggu di luar dipanggil masuk oleh Atiqah yang menjaga Aisyah. Doktor telah cuba memulihkan pernafasan Aisyah tetapi tidak berhasil. 5 minit sebelum azan Subuh berkumandang, Aisyah menghembusakn nafasnya yang terakhir.

9.00 pagi
Aisyah menjalani post-mortem dan keputusannya mendapati yang beliau meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas akibat pembengkakan yang berlaku pada saluran pernafasan beliau.

11.30 pagi
Aisyah diurus dan disolatkan oleh puluhan ahli keluarga dan sahabat-sahabat di tempat menyembahyangkan mayat Hospital QE. Beliau kemudian dikejarkan ke Terminal 1 untuk menaiki penerbangan jam 1.15 tengahari untuk dihantar pulang ke Tawau untuk dikebumikan.

Innalillah wa Inna Ilaihi Rajiiun.Al-Fatihah....

( Pohon dimaklunkan tentang sebarang kesilapan fakta pada posting ini untuk diperbetulkan segera. Terima kasih. )
dipetik daripada http://nurilhakim.blogspot.com/

Sunday, October 5, 2008


"Dalam diri manusia ada seketul daging,jika baik daaging itu maka baiklah ia,jika buruk daging itu maka buruklah ia"

Friday, September 26, 2008


bertemu CINTA teragung



Thursday, September 25, 2008

selamat tinggal ramadhan...

(tok aku copy dari urang.. atas keizinan)
Bila ngenang balit bulan ramadhan nak habis, rasa sedih pun ada. Ney ndak, bulan penuh berkat sik lamak agik da nak habis. Tyme tok la urang bizi ngan raya and lagu raya pulak boleh dengar di seluruh Negara.

Pasti hepi bila raya datang. Fez sebab dapat cuti balit kampong. Pastu dapat makan-makan (qada makan kiranya tem bulan puasa arya), dapat baju raya baru, paling bes dapat duit raya mungkin… aku pun suka.. (“,)

Kalu beberapa hari gik nak raya, kompom orang polah kuih raya, baju raya. Ada gik ngan hari 7 lekornya. Nang bz la.. sebelum syawal datang da rasalah kehangatan hari raya ya..

Tapi cuba kita piker jap,10 malam terakhir ramadhan nak ke malam lailatul qadar. Mun la kita isi 10 malam terakhir yan dengan polah ibadah banyak2, betapa beruntung kita umat islam tok. Mun bole cuba guna kesempatan ya dengan sebaik mungkin. Bukan selalu pun ramadhan datang.

Mungkin tok luahan hati orang nak sik balit raya. Huhuhu… Bila kita dok sorang2, beruzlah, kita may be akan terpikir juak camney khabar iman kita tok. Bukan selalu keadaan ya datang.. jadi asanya, kiranya boh sia-siakan hari terakhir ramadhan tok.

Selamat Hari Raya.. (“,)

Thursday, August 7, 2008

indahnya muafakat

Intisari Khutbah Jumaat "Indahnya Muafakat"


Written by Unit Pendidikan Islam kml
Friday, 27 June 2008


Sebagai seorang insan ya
ng sememangnya tidak lari daripada kehidupan bermasyarakat, kita sewajarnya bersyukur kepada Allah kerana dengan taufik dan hidayahnya kita masih lagi dianugerahkan suasana kehidupan yang aman damai dan bersatu padu walaupun negara kita mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, berlainan budaya dan agama. Suasana begini hendaklah sama-sama dipelihara dan sentiasa berusaha kearah mengekalkannya bagi memastikan masyarakat kita sentiasa stabil, kukuh dan harmoni selaras dengan tuntutan agama agar menjadikan perpaduan dan permuafakatan sebagai benteng yang kuat dan kukuh agar tidak mudah dicabar dan diganggu-gugat oleh anasir-anasir yang sentiasa ingin menghancurkan ummah.

Sebagai seorang insan yang sememangnya tidak lari daripada kehidupan bermasyarakat, kita sewajarnya bersyukur kepada Allah kerana dengan taufik dan hidayahnya kita masih lagi dianugerahkan suasana kehidupan yang aman damai dan bersatu padu walaupun negara kita mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, berlainan budaya dan agama. Suasana begini hendaklah sama-sama dipelihara dan sentiasa berusaha kearah mengekalkannya bagi memastikan masyarakat kita sentiasa stabil, kukuh dan harmoni selaras dengan tuntutan agama agar menjadikan perpaduan dan permuafakatan sebagai benteng yang kuat dan kukuh agar tidak mudah dicabar dan diganggu-gugat oleh anasir-anasir yang sentiasa ingin menghancurkan ummah.


Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 103 bermaksud:
“Berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhan (semasa jahiliah dahulu) lalu Allah menyatupadukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kejahilan kamu semasa jahiliah) lalu Allah telah selamatkan kamu dari neraka itu (kerana nikmat Allah).”
Justeru, kita hendaklah sama-sama menghayati dan menyuburkan semangat permuafakatan, saling hormat- menghormati,sayang- menyayang serta bantu -membantu seperti mana yang dituntut oleh Islam.Dalam konteks ini, umat Islam dituntut supaya menjalinkan hubungan baik dan harmoni dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih sayang, berkasihan belas dan menaruh simpati adalah seperti satu tubuh. Apabila salah satu anggota ada yang sakit, maka seluruh anggota tubuh akan merasakannya seperti demam dan tidak dapat tidur malam.”


Pepatah Melayu juga menyebut “Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat”.Pepatah ini amat sinonim dan selaras dengan tuntutan Islam kerana ianya mampu menjadi satu formula atau kunci kearah pembentukan perpaduan sejagat lebih-lebih lagi, bekerjasama di dalam setiap perkara kebaikan.
Firman Allah dalam Surah Al-Maidah yang bermaksud: “Dan tolong- menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong -tolongan dalam berbuat dosa dan permusuhan .”


Diantara ciri-ciri wujudnya semangat muafakat yang baik dalam sesebuah masyarakat adalah seperti berikut:
1) Sentiasa mengambil berat dan bantu- membantu antara satu sama lain

2) Bersatu hati dalam menghadapi perkara-perkara yang ada kepentingan bersama.
3) Tidak menyakiti hati dan perasaan orang lain4) Sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan dan kebenaran.

Kesimpulannya marilah kita sama-sama terus mengekalkan keharmonian dan keimanan yang kita kecapi ini melalui penghayatan hidup bermuafakat sebagaimana yang dituntut oleh Islam kerana melalui landasan inilah negara kita akan beroleh kemakmuran dan keamanan sekaligus mendapat keberkatan dan keampunan daripada Allah yang Maha Esa.Wallahu a’lam.