Wednesday, October 8, 2008

teman perjuanganku telah pergi...

Bila masuk kat blog http://sitiaisyahbakri08.blogspot.com/ aku pun rasa terpanggil nak tulis sesuatu pasal arwah. Tahun 2006, kat surau al-irfaan, time tu nak solat magrib kalau tak silap. Aku slalu pegi surau ngan nanad(nad kecik). Pastu terjumpalah ngan sorang sahabat ne. tengok dia sorang2, aku tegola.. pastu beliau pun memperkenalkan diri dengan nama aisyah. pastu cakap dah dua tahun kat situ. aku pun cakap "owh, kakak la ni", pastu die cakap "takdalah,saya lahir taun 88" kat situlah bermulanya perkenalan aku ngan sahabat ne. kalau solat kat surau mesti jumpa ngan die. aktiviti pun die rajin join.. aku gik tau ngan nanad, nanad pun jadik kawan die gak. lepas matrik,die sambung stady kat ums ngan nanad. nanad slalu cter pasal die. memang orangnya baik sangat. tak pernah nak sakitkan hati orang.


sampailah satu hari,waktu tu aku baru balik beraya dari kampung, tengah ym ngan amani, die cakap ko kenal aisyah x? die accident,kritikal. aku pikir2 aisyah yang mana ni erk??? amani cakap zai @ iman yang gik tau kat die. terus ym nagn iman gak. iman cakap, ko kenal tak?? puas aku pikir tapi tak ingat yang mana satu. tiba2 nanad msg,aisyah accident,kritikal. kasi doa dia ya. Ya Allah, time tu baru aku tepikir pasal aisyah yang pernah aku kenali ne.. malam tue dapat msg lagi die dah stabil.. lega sikit perasaanku time tue. tapi, sebelum subuh pagi esoknya,nanad msg lagi, aisyah dah meninggal. innalillah.. aku tak balas pun msg nanad, tak tau nak cakap apa.

sampai petang tue baru aku tanya, nanad cita suma. aku cakap ngan nanad, jangan nangis, cian kat arwah, terseksa nanti dia. tapi hakikatnya, aku pun tak dapat nak tahan. air mata ne laju jak turun.. terasa sangat kehilangannya... nanad cita satu persatu kat aku.. pastu nanad cakap pasal blog tue. aku pegila tengok.. lagi la aku tak dapat nak tahan.. hilang sorang teman perjuangan.. perjuangan aku ngan arwah sama jak sebenarnya.. dia pernah lalui apa yang aku lalui.. dia salah seorang yang menguatkan semangat aku nak sambung stadi sebenarnya...

Allah lagi sayang kat arwah. kita yang hidup ne banyak2 doa kat arwah.. dan teruskan perjuangan yang arwah tinggalkan.. perjuangan ne tak pernah selesai...
Al-Fatihah...

Tuesday, October 7, 2008

berita harian,7 oktober 2008

Jurutera UMS maut, tiga cedera nahas

PAPAR: Seorang jurutera Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut manakala tiga penumpang, iaitu adik dan dua sepupunya cedera selepas kenderaan jenis Perodua Kenari yang dipandunya terhumban ke dalam gaung di Kilometer 41 Jalan Keningau-Kimanis, di sini malam kelmarin. Mangsa, Nur Khairiah Singka, 27, dari Tawau meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya, Nur Syafika, 16, serta sepupunya, Nur Shahirah Aziz, 20, dan Siti Aishah Bakri, 20, cedera ringan. Pemangku Ketua Polis Daerah Papar, Asisten Superintendan (ASP) S Saravanan, berkata dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa dalam perjalanan dari Tenom ke Kota Kinabalu.
Katanya, kenderaan terbabit hilang kawalan ketika menaiki bukit sebelum terhumban dalam gaung dan tersangkut pada sebatang pokok. Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Papar mengambil masa enam jam untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan terbabit. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Papar untuk bedah siasat manakala adik dan dua sepupunya hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama," katanya.

perginya seorang mujahidah..

Ketika itu kami sedang beraya di Papar. Jam menunjukkan pukul 4.00pm. Rumah itu rumah pertama yang kami singgahi. Rumah keluarga angkat Mustaqim dari Kampung Himbaan, Bundu Tuhan. Tiba-tiba Hafiz bertanya samada aku mendapat mesej tentang Aisyah. Mesej berbunyi "Siti Aisyah Bakri sedang berada di dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Papar. Minta doakan beliau. Sebar." kami terus mengatur rancangan untuk menziarahi beliau. Tetapi tidak lama kemudian mesej beru masuk. Rupanya Aisyah telah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Rancangan raya dibatalkan. Ahli rombongan seramai 10 orang bersetuju untuk bergegas ke Hospital QE untuk menziarahi Aisyah.

Ramai muslimat yang telah terlebih dahulu berkumpul di HQE. Kami yang agak ramai tidak menjenguk Aisyah dan hanya menunggu berita daripada jauh walaupun Kak Jannah berkali-kali memberitahu bahawa dibolehkan untuk kami menjenguk pesakit dengan izinnya. Bukan apa, kami bimbang kalau-kalau kami menimbulkan ketidakselesaan kepada Aisyah. Agak lama di situ, loceng menandakan masa melawat telah tamat berbunyi. Seorang pakcik berkopiah dan berjanggut panjang menghampiri kami. Rupanya beliau adalah abang sepupu kepada Aisyah. Namanya Haji Hasan dan umurnya dalam lingkungan 30an atau 40an. Beliau menceritakan apa yang berlaku. Berikut merupakan kronologi kemalangan yang menimpa Aisyah sebagaimana diceritakan Haji Hasan, dan seterusnya apa yang dilalui sendiri oleh penulis sehingga ke saat beliau diuruskan.

4 Oktober 2008

11.00 pagi
Konvoi seramai 6 buah kereta bertolak dari Tawau untuk pulang ke Kota Kinabalu setelah beraya di sana selama beberapa hari. Kenari yang dinaiki Aisyah merupakan kereta yang ketiga. Konvoi memilih untuk melalui jalan Keningau kerana mendapat maklumat yang jalan tersebut lebih cepat. Kereta yang dinaiki Aisyah dipandu oleh kakak saudara beliau, dengan beliau duduk di hadapan dan dua lagi ahli keluarga duduk di belakang. Kakak saudara Aisyah merupakan kakitangan JPP di UMS.

8.00 malam
Kereta yang dinaiki Aisyah terbabas di jalan Papar-Kinarut di selekoh tajam dan . Walaubagaimanapun, kereta tersebut terlanggar sebatang pokok dan tidak terjatuh ke dalam gaung. Kakak saudara Aisyah tidak sedarkan diri sementara 3 orang lagi masih dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

8.07 malam
Salah seorang ahli keluarga Aisyah yang duduk di belakang kebetulan sedang memegang telefon bimbit dan dalam keadaan cedera sempat menelefon ayahnya di Tawau memaklumkan tentang kemalangan tersebut sebelum talian terputus. Cubaan untuk menghubungi beliau semula tidak berjaya. Tidak jauh daripada tempat kejadian, 'brake disc' salah sebuah kereta yang lain di dalam konvoi tersebut terbakar dan konvoi berhenti di tepi jalan untuk membaiki kenderaan tersebut. Ketika ini ketiadaan kereta yang dinaiki Aisyah disedari. Haji Hasan cuba berpatah balik untuk mencari kereta mangsa tetapi kenderaan beliau pula tidak dapat dihidupkan.

11.00 malam
Bantuan polis dikerah untuk mencari kereta yang dinaiki Aisyah. Polis dua kali berulang-alik mencari di jalan yang baru dilalui konvoi tersebut tetapi tidak ada sebarang kesan atau bukti apa-apa telah berlaku ditemui. Ahli keluarga yang lain mengambil inisiatif memohon bantuan daripada orang alim di kampung tempat mereka berhenti dan akhirnya kereta tersebut ditemui. Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Papar. Dua mangsa yang duduk di belakang cedera dengan agak parah, sementara Aisyah mengalami pembengkakan di muka. Kakak saudara beliau meninggal dunia.

5 Oktober 2008

3.00 pagi
Aisyah dikejarkan ke Hospital QE untuk menjalani scan. Keputusan scan mendapati beliau tidak mengalami apa-apa kecedaraan dalaman.

3.00 petang
Sahabat-sahabat yang baru mendapat berita tentang keadaan Aisyah mula berkumpul di Hospital QE. Ada yang telah sampai lebih awal lagi. Aisyah dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Berpuluh-puluh orang datang menziarahi Aisyah sehinggalah melewati waktu melawat.

6 Oktober 2008

4.46 pagi
Saya dikejutkan oleh Azizul. Beliau memaklumkan yang Aisyah baru sahaja meninggal dunia. Kami segera menunaikan solat dan bergegas ke hospital. Di hospital, jenazah telah dibungkus dengan kain putih tetapi belum diurus. Haji Hasan memaklumkan yang Aisyah mula sesak nafas sekitar jam 3.00 pagi dan mereka yang hanya dibenarkan untuk menunggu di luar dipanggil masuk oleh Atiqah yang menjaga Aisyah. Doktor telah cuba memulihkan pernafasan Aisyah tetapi tidak berhasil. 5 minit sebelum azan Subuh berkumandang, Aisyah menghembusakn nafasnya yang terakhir.

9.00 pagi
Aisyah menjalani post-mortem dan keputusannya mendapati yang beliau meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas akibat pembengkakan yang berlaku pada saluran pernafasan beliau.

11.30 pagi
Aisyah diurus dan disolatkan oleh puluhan ahli keluarga dan sahabat-sahabat di tempat menyembahyangkan mayat Hospital QE. Beliau kemudian dikejarkan ke Terminal 1 untuk menaiki penerbangan jam 1.15 tengahari untuk dihantar pulang ke Tawau untuk dikebumikan.

Innalillah wa Inna Ilaihi Rajiiun.Al-Fatihah....

( Pohon dimaklunkan tentang sebarang kesilapan fakta pada posting ini untuk diperbetulkan segera. Terima kasih. )
dipetik daripada http://nurilhakim.blogspot.com/

Sunday, October 5, 2008


"Dalam diri manusia ada seketul daging,jika baik daaging itu maka baiklah ia,jika buruk daging itu maka buruklah ia"