Sunday, October 31, 2010

Erti Hidup Pada Memberi

Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ini, ingin aku kongsikan sebuah kisah yang aku jumpa hari ini. kisah yang aku namakan erti hidup pada memberi. kisah yang agak terkesan di jiwaku yang ingin aku kongsikan dengan semua.

***************************************************************************************

Disini ana ingin kongsikan sebuah cerita yang berlaku pada diri ana sendiri. cerita ringkas yang bukan niat ana untuk berbangga-bangga atau menyatakan tentang kebaikan diri tetapi ana ingin berkongsi sesuatu yang ana dapat hari ini dengan harapan agar sahabat-sahabat yang ana sayangi kerana Allah juga dapat sama-sama merasa apa yang ana rasa.

Petang tadi ana dapat mesej daripada seorang sahabat. Sahabat ana beritahu bantuan kewangan diperlukan untuk membantu melancarkan gerak kerja Islam. Mereka memang sangat-sangat memerlukan bantuan tersebut. Dan ana ingin membantu. Ingin sama-sama berkongsi.




Tapi ana tersedar dalam keadaan kewangan ana yang sangat membimbangkan sekarang. Cukup ana katakan untuk habiskan baki hari sebelum bermulanya cuti semester pun mungkin tidak mencukupi. Tambahan ana bercadang tidak mahu pulang ke kampung halaman pada cuti semester kali ini kerana banyak perkara yang ana perlu selesaikan disini.

Ana memang ada sedikit simpanan yang kalau boleh memang taknak kacau simpanan tersebut. Itu pun hasil nasihat ibu ana yang menyuruh ana simpan walaupun sedikit jika ada apa-apa kecemasan berlaku. Dan ana terfikir boleh saja ana gunakan simpanan tersebut untuk teruskan kehidupan, sebab keadaannya memang kecemasan. Duit tu pun ana boleh cover balik bila dapat elaun nanti.

Jadi ana membulatkan tekad, tak apa, ana akan bagi juga walaupun sedikit. Semoga dengan sedikit bantuan ana, gerak kerja tersebut dapat berjalan lancar. Tiba-tiba, henset ana berbunyi sekali lagi menandakan ada mesej masuk. Ana buka dan baca...

“kak chik, kak long ada bankin duit kat akaun. Abah bagi tadi...”

Alhamdulillah...apa yang dapat ana katakan? Allah sangat pemurah. Ana baru berkira-kira nak bagi, ana belum bagi lagi tapi Allah dah ganti dulu duit tu. Maknanya ana tak perlu nak kacau duit simpanan ana. Benarlah, janji Allah untuk orang yang membelanjakan harta mereka ke jalan Allah. Allah permudahkan segalanya..



erti hidup pada memberi

Kita kadang-kadang rasa berat nak bekorban. Bekorban masa, bekorban tenaga, bekorban harta pada jalan Allah. Tapi fikirkanlah sahabat-sahabat yang ana sayangi, janji Allah dalam surah Muuhammad ayat 7 yang bermaksud;

“wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”

Sama-sama kita koreksi diri kita. Semoga apa yang ana ceritakan ini dapat menjadi teladan kepada diri ana dan sahabat-sahabat ana.

*************************************************************************************

aku pernah bergerak kerja mencari penajaan bagi program GOP. dalam program tersebut, aku mendapat sesuatu. kisah selengkapnya akan aku ceritakan kemudian. tapi aku hanya ingin memetik sedikit sahaja.

Ustaz Ismail yang bagi aku rata-rata mahasiswa UTM mengenal beliau. Aku petik nasihat-nasihat yang beliau berikan pada kami tentang memberi, bersedekah dan infak.

Kata beliau kalau kita kesusahan berpanjangan, sedekahlah insyaAllah kesusahan akan bertukar jadi senang, kalau sakit yang berpanjangan, bersedekahlah insyaAllah sakit kita akan sembuh. kalau ingin orang memberi pada kita, kita yang memberi dahulu. bersedekahlah...


Saturday, October 30, 2010

Fikir dan fikir-alkisah di kelas Workplace Communication

Bismillahirrahmanirrahim...


8/10/2010

Pagi ni awal2 pagi lagi ada kelas BI...slalunya kelas bi la yang aku paling malas nak masuk walaupun setakat ni x pernah lagi eskep dengan sengaja.. tapi kelas bi kitorang ni sangat best. Workplace Communication. Sebenarnya x pernah terfikir nak ambik subjek ni sebab before ni lebih berminat dengan career search. Tapi tulah, perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan. Kitorang berempat tercampak masuk kelas ni lepas turun naik jabatan bahasa gara2 x da tempat untuk kelas BI. Intro yang terpanjang sikit.

Lecturer BI kitorang sangat best menyebabkan kelas ni jadi sangat best. Walaupun kelas seawal 8 pagi, boleh je datang dengan semangat. Selaian menjadi pensyarah, lecturer kitorang ni merupakan seorang trainer. Jadi beliau memang dah biase dengan keje2 nak train manusia ni. Bab2 psikologi ni memang dah dalam tangan orang kate. Sebab tu kelas tu boleh hidup dari awal sampai akhir...

Kisah yang nak dikisahkan sebenarnya pasal kelas pagi ni. Di hujung kelas tadi, lecturer ni bawak satu game. Yang terlibat main Cuma 14 orang. Yang lain jadik pemerhati je. Dan aku salah sorang yang terpilih untuk main. Tajuk die FOKUS...

Cara main dia kitorang duduk dalam bulatan la kirenye. Atas kerusi. Dan ada sebijik gunting yang tugasnye sebagai alat untuk kite focus.


macam ni lebih kurang cara duduk dia

Lecturer kitorang merangkap orang pertama pas gunting tu kepada org sebelah die. Sambil cakap mcm ni “orang sebelah(sebut namela), saye bg gunting ni kat awak cross”. Keadaan gunting tu x cross. Pastu yang seterusnye pun pas sambil sebut ayat tadi cumenye tukar sama ada cross atau x. dan lecturer punye keje akan cakap salah atau betul.

Berkali2 die sebut kat kitorang focus pade gunting.

Tym pas gunting tu ramai je yang dapat betul dan ramai juga yg dapat salah. Beliau pesan lagi focus pada gunting. Main 3 pusingan.

Pusingan pertama aku betul.. dalam hati cakap kebetulan. Pusingan kedua betul lagi. Aku rasa dah dapat rentak. Pusingan ketiga betul lagi. Aku konfiden dah macam mana nak main...sedangkan ramai lagi kegkawan lain yang tersalah2..

3 pusingan pastu abis...pastu en lecturer pun tanya dapat tak ape bende?? aku segan la nak jawab. Maka aku simpan la sorang2..hahaha..

Pastu beliau kate. Perasan x saya dah tipu kamu?? Haaa??? Masih x percaya. Saya suruh kamu focus kat gunting. YE!! Memang aku betul2 fokus pada gunting sampai aku dapat rentak. Memang mengikut arahan sungguh2 la.

“tapi kamu tau x apa yang menyebabkan kamu betul ke salah??” Aku mula goyah dengan keyakinan tadi..

Sebenarnya saya tengok kaki kamu waktu kamu pas gunting tu. Kalau kamu kata cross tym pas gunting tu dan kaki kamu cross betul la. Kalau kaki kamu x cross dan kamu kata x cross pon betul. Tapi kalau sebaliknya salahla”

Dush333...

Serius memang aku x terpikir, x perasan kaki aku mcm mana, aku main pas ikut logic yang aku dapat dan betul ketiga2 secara kebetulan..

Pastu en lecturer cakap:

  1. Kita ni terlalu focus pada satu benda sampai kita x tengok keliling. Padahal waktu tu la ramai sangat nak kena kan kita.
  2. Kita x sedar yang kita telah dipasakkan dalam otak kita benda tu dan kita rasa betul sedangkan kebenaran nya lain.

Yang aku dapat, betulla tu yang en lecturer cakap pastu aku nak tambah ikut suka hati aku.

  1. Benda yang dalam kotak kita nampak, benda yang luar kotak kita x nampak.
  2. Orang cakap macam ni macam ni, kita angguk dan setuju. Sedangkan kebenarannya??

Monday, October 11, 2010

Kembara..Janda Baik, Pahang

Bismillahirrrahmanirrahim...

Kembara seterusnya menuju ke JANDA BAIK, PAHANG.. kali ini grup kami berjumlah 8 orang.. memulakan perjalanan pada 1 oktober 2010 selesai sahaja solat isya’. Transit sementara di bukit jalil sebelum bertolak ke tapak Kem Semanggol Janda Baik Pahang. Pelbagai dugaan dan cabaran yang ditempuhi sepanjang perjalanan. Lebih kurang jam 5.30 pagi, selamat tiba di tapak perkhemahan..


Langkah Tercipta

nota 1: hidup ini penuh dugaan dan cabaran, cumanya kita bagaimana hendak hadapi semuanya?? Mampukah kita tukarkan segala dugaan ni menjadi satu peluang kepada kita??

Adik2 muslimat di hantar ke khemah dorang dan aku, pau sama c sut naik p ruma. Konon2 mo tidur, sekali azan pula.. nda sempat la jawabnya.. lepas jak solat subuh berjamaah ada kuliah subuh dengan ustaz Nik Shahirul Apizo... bila Nampak jak ustaz ni, terus terkenang zaman kami yang jadi peserta dulu. Ketawa cam mau beguling2 jak tym ustaz bg pengisian. Maksudnya sampai, dan mampu untuk membuatkan kita menumpukan perhatian sampai habis. Kisah yang ustaz nik sampaikan, sampai sekarang aku masih ingat. Tym tu kalau jumpa asmah dgn c pau mesti bukak balik cerita yg ustaz nik sampaikan...ustaz tekankan kita berKASIH SAYANG dengan sahabat kita..mantap orangnya..

Nota 2: kasih sayang itu penting. Kasih sayang yang berpaksikan keimanan kepada Allah..akan lahir suasana yang harmonis, suasana mahabbah, suasana sakinah di sekeliling kita.

Lepas tu ada survivor. Ada 4 cek point semuanya..aku sut dgn c pau jaga cek point 4. Cek point paling last..pg la kami cari cek point ni, semangat ni jalan. Pastu jumpala kunun cek point 4. Bajet mo duduk suda situ..sekali, salah rupanya..jalan la kami lagi mencari cek point yg betul. Sampai jak sana, ronda2 cek tempat. Pastu ambik port masing2 atas batu dalam sungai..bestkan?? sudala air dia sejuk.. c pau sm c sut masuk suda dalam sungai tu..tunggu punya tunggu, adik2 ni x sampai lagi.. mata pun semakin mengantuk gara2 x cukup tidur(x berapa tidur sebenrnya).. siap tetidur lagi atas batu tu..huhu..

Nota3: indahnya alam ciptaan Tuhan ni.. bila kita hayati makna di setiap kejadian..bila kita mahu fikirkan..

adik-adik muslimin yang selamat sampai


diikuti adik-adik muslimat kemudiannya

Akhirnya..sampai jugak adik2 ni. Lupa bagi tau. Setiap cek point ni ada tugasan. Cek point kami, adik2 ni kena ambil wudu’ n solat sunat di situ. Selepas dorang solat sunat dan mendengar sedikit pengisian yang disampaikan oleh sut, dorang pun balik ke base kem. Tugasan di cek point ni sebenarnya nak tunjukkan pada dorang Islam tu mudah. Dimana2 jak boleh menunaikan solat. Walaupun berbumbungkan langit berlantaikan tanah..cewah ayat.. betulkan?? Kata sut kita ni dari tanah kenapa kita mau malu, atau segan untuk sujud di tanah?? Nanti ke tanah juga kita balikkan??

Nota4: Islam itu indah. Islam itu mudah. Islam itu cara hidup..

Hurm...benteng pertahanan @ penjaga garisan


khusyuk mendengar pengisian daripada ustaz Hendri

Balik, bersihkan diri, solat, makan dan aktiviti seterusnya ada ldk berkaitan kuliah yang disampaikan ustaz nik pagi tadi. Aku satu grup ngan kak jita dan kak a an(gitu ka eja nya kak?). Dua2 dari UM. Kenal2 kejap sama kakak2 ni..pastu masuk dalam grup. Ada 4 orang adik..nda ingat nama penuh dorang. Tapi jgn risau muka dorang mesti diingat. Echa dari IIC, as dgn miey dari KIST, dan mirah dari UTM. Berbincang dgn mereka. Pelbagai respon yg kami dapat. Alhamdulillah adik2 ni mudah mesra dgn kami. Macam2 ragam mereka=)

Nota 5: Ukhwah terjalin. Selemah-lemah ukhuwah ialah bersangka baik dengan sahabat dan setinggi-tinggi ukhuwah ialah itsar(melebihkan sahabat dari diri sendiri).. sejauh mana tahap ukhuwah kita? Selama mana hendak berada di tahap ukhuwah terendah?

Lepas ldk, ada modul lagi. Main belon. Gembira jak mereka. Modul ni pun berkaitan dengan aqidah, tajuk yang dukupas ustaz nik. Adik2 ni dapat kaitkan modul ni dengan apa yang mereka dengar dalam kuliah dan ldk tadi. Aku kira, objektif tercapai insyaAllah..

tiup2 sampai pecah=)

belon pink

Peserta dan ajk menunaikan solat sunat Taubat dan berzikir munajat..Sayu jak hati rasa.. bertambah sayu bila tiba2 hujan turun.Sesungguhnya kita merancang dan Allah juga merancang. Dan sebaik2 perancang ialah Allah. Hujan masih tetap turun menyebabkan night walk terpaksa dibatalkan. Adik2 berpindah ke rumah. Kami ada postmoterm.. ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ni.. mungkin Allah nak bagi rehat kat kami sebelum acara penting esok. Sebab tu hujan turun tepat pada masanya.. lepas jak post moterm, memang x larat dah.. habis tenaga..tinggal sisa2 jak lagi.. balik p ruma, dalam ati pk mo tidur mana ni ya??

Nota 6: Bertaubatlah kamu dengan taubat yang sebenar2 taubat.

Nampak khemah 3 biji masi tersergam indah depan ruma. Malasla mo naik ruma. Memang dari awal suda rancang2 mo mintak khemah satu..khemah tu pun kosong jak. Cek sikit2, khemah tu masih kukuh, basah sikit jak kat tepi. Siap ada tikar lagi.. apa lagi, bentang kain sarung terus landing. Nda suda mo pk apa2. Tiba2 hujan turun lagi, tersedar kejap. Belasah jakla..hujan pun hujanlah.. berserah jak supaya air x masuk. Dengn bahagianya tidur sampai ke pagi lgsung x sedar.. bangun2 dah subuh. Alhamdulillah..tecover balik tidur yang hilang semalam..

Nota 7: setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bagaimana kita memandang sesuatu kejadian itu untuk mendapatkan hikmah yang kadang2 tersurat jelas dan kadang2 tersirat yang susah untuk kita rungkaikan..

Pagi ni program dengan anak2 yatim. Program ni di handle sepenuhnya oleh adik2 peserta. Fasi Cuma memantau jak dan tolong apa2 yang patut. Seronok tengok anak2 yatim ni. Tergambar kegembiraan di wajah mereka. Semangat jak dorang main. Tengahhari tu makanan yang dihidangkan memang cemerlang, gemilang, terbilang la kata orang. Nda pernah2 aku pg kem dapat makan beriani. Fez tym la ni. Mantap ajk masakan. Boleh diimport ni kalau mau buat program. Lupa mau cerita, petang semalam puan Ainon hantar makanan yang sangat banyak.. sedap.. memang kegilaan sikit rojak tu..terima kasih puan Ainon..

Nota 8: raikanlah orang jika mahu orang raikan kita. Memberi kegembiraan kepada orang adalah sedekah. Dan sedekah itu akan menjadi kiraan amal kepada kita.

perhatian sepenuhnya.. x sempat toleh kiri kanan

Pulang jak anak2 yatim ni, ada resolusi n penutupan program IBJ. Lepas tu acara kegemaran ramai. Begambar2... macam 2 gaya la keluar. Lepas kemas2, salam2, tukar2 no telefon segala, bas pun sampai. Berangkatlah kami pulang ke tanah air masing2(silap2 tanah menuntut ilmu).. berakhirlah ISLAMIC BONEO JAMBOREE 2010..

Harapanku semoga semoga semuanya x berakhir di sini...
Terima kasih kepada adik UTM Skudai yang sudi ikut kami : mira, cahya, sahlan, azfar
Terima kasih kepada sahabat semusafiran : sut, pau, kamsar
Terimakasih kepada sahabat Marsis UTM yang tidak dapat turut serta tetapi banyak membantu permusafiran kali ini
Terima kasih kepada sahabat2 Marsis seluruh semenanjung(x tersebut sorang2)
Terima kasih yang banyak memberi dan membantu
Dan terima kasih kepada semuanya yang terlibat secara langsung tau x langsung...