Saturday, December 25, 2010

Owh Resultku...

Bismillahirrahmanirrahim….

Cek senarai tampal..Ya Allah..tersentap, terkejut, apa lagi? D- untuk subjek Computer Graphics Modeling yang mempunyai 3 jam kredit..Buntu seketika..keesokan harinya semua subjek dah keluar dekat senarai tampal. Dah boleh kira pointer. Masya Allah…bawah 2.5… tak pernah-pernah dapat result macam ni.



Akal warasku mula berfikir. Mungkinkah result itu? Macam tak boleh terima kenyataan. Tambahan melihat status sahabat-sahabat sekelas yang rata-ratanya mendapat keputusan ok. Meningkat!!! Aku YM sahabatku. Tanya dia dapat apa, aku bagi tahu result aku. Dia pun seakan tidak percaya. Dia suruh aku emel dekat En Suhaimi. Aku tak berani. Tapi dia bagi kekuatan..



Setelah berfikir panjang, apa salahnya mencuba? Aku pun emel En Suhaimi menyatakan ketidak puasan hati terhadap resultku. Dan, balasan kuterima.

“Komen dari pensyarah anda (PM Sarudin),TUGASAN 2 & 3 MISING.Tempoh Rayuan Markah 8-13 Disember 2010.”

Seperti yang kujangkakan pasti ada masalah. Lepas tu En Suhaimi suruh aku rujuk PM Sarudin. Dan sekali lagi aku memberanikan diri untuk emel PM yang berada nun jauh di Jeddah. AKu juga merujuk kepada Zaid yang ditugaskan untuk compile assignment kami. Rupanya bukan aku seorang yang bermasalah. Tak apa mungkin kesilapan teknikal di mana-mana.

Aku resah menanti balasan emel PM Sarudin. Tapi resah-resah sempat ikut kursus HPA ad hock kat Pasir Gudang. Balik saja dari kursus, perkara pertama aku buat cek emel. Dan ada balasan dari PM Sarudin.

“Nurul, Tolong hantar assignment 2 dan 3. Saya akan buat yang terbaik untuk kamu. Cepat sedikit. Saya hanya periksa apa yang diberi kepada saya”



Alhamdulillah..Terima kasih kepada dua orang pensyarahku yang sangat ingin membantu pelajar mereka ini. Dan terima kasih buat sahabatku Cik Yah yang bagi aku kekuatan untuk emel mereka. Syukur Ya Allah.. aku menanti keputusan sebenar keluar. Semoga ada perubahan.. 70% markah assignment yang aku hilang diharap dapat mengubah D- yang aku dapat tu.

Wednesday, December 15, 2010

Kisah Seorang NATRAH


Bismillahirrahmanirrahim….

Berpeluang ke Istana Budaya menyaksikan persembahan teater NATRAH… telah lama berhasrat untuk melihat teater ni dan ingin memiliki bukunya..teater ini di persembahkan semula selama 10 hari bermula 25 nov-5 dis atas permintaan ramai..

Kisah perjalanan hidup seorang natrah yang begitu menyayat hati. Ibu kandung Natrah atau nama asalnya Huberdina Maria Hortogh, Adelin menyerahkan Natrah kepada sahabatnya Aminah untuk di jaga ketika Jepun berkuasa di Indonesia. Aminah mendidik Natrah sejak kecil dengan ilmu agama dan penuh kasih sayang sehingga Natrah remaja. Namun demikian, keluarga kandungnya mencari semula Natrah.

Natrah bersama ibunya Aminah tinggal di kemaman Terengganu, sebuah negeri tidak bersekutu menyebabkan undang-undang Belanda ketika itu tidak dapat dijalankan di Terengganu. Pihak Belanda telah mempergunakan Aminah untuk membawa Natrah ke Singapura supaya undang-undang Belanda dapat dikenakan ke atas mereka.

Natrah di tahan diambil daripada ibunya dan diletakkan di sebuah rumah kebajikan(kalau x silap) yang mengamalkan ajaran Kristian. Demi menyelamatkan aqidah Natrah, Aminah telah berjumpa dengan seorang peguam dan mereka beramai-ramai hendak menyelamatkan Natrah. Aminah menang kes dan Natrah kembali padanya.

Tetapi, keluarga kandung Natrah tidak berpuas hati dan membuka kembali kes Narah. Natrah dikahwinkan dengan Mansur Adabi sebagai salah satu jalan untuk menyelamatkannya apabila dia mempunyai hubugan yang sah dengan orang Islam. Namun, sedikit kesilapan berlaku kerana Natrah dinikahkan di Singapura yang mana terikat dengan undang-undang Belanda ketika itu. Maka, perkahwinan Natrah di anggap tidak sah tambahan pula dia masih di bawah umur.

Dan kes ini sekali lagi dibicarakan, keluarga kandung Natrah menang kes dan Natrah di paksa balik mengikut keluarga kandungnya ke Belanda. Berlaku rusuhan orang Melayu yang inginkan Natrah kembali menyebabkan ramai yang terkorban. Natrah di ajar dengan didikan Kristian Katolik. Usaha menyelamatkan Natrah tidak Berjaya.

Di akhir cerita, Mansur Adabi telah berkahwin dengan seorang wanita lain setelah menerima surat dripada Natrah yang sebenarnya bukan ditulis oleh Natrah mengatakan Natrah telah murtad dan berkahwin lain. Natrah hidup terumbang-ambing dan melalui kehidupannya dengan penuh kesedihan dan kekecewaan. Penyeksaan yang dihadapi oleh Natrah sangat menyedihkan dan sehingga pengakhiran hidupnya Natrah masih merindui ibunya Aminah dan bekas suaminya Mansur Adabi..

Persembahan teater ini diakhiri dengan Surah Al-An’am: 71 yang bermaksud:

" Katakanlah(Muhammad), "Apakah kita akan memohon kepada sesuatu selain Allah, yang tidak dapat memberi manfaat dan tidak(pula) mendatangkan mudarat kepada kita, dan (apakah) kita akan dikembalikan ke belakang, setelah Allah memberi petunjuk kepada kita, seperti orang yang telah disesatkan oleh setan di bumi, dalam keadaan kebingungan." Kawan-kawannya mengajaknya ke jalan yang lurus(dengan mengatakan) " Ikutilah kami." Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk(yang sebenarnya); dan kita diperintahkan agar berserah diri kepada Tuhan seluruh alam, "


Nota:
1) Natrah telah menghembuskan nafas terakhir pada Jun 2009 di usia 72 tahun.
2) Berikutan peristiwa rusuhan 1950, Prof. Dr Burhanuddin al-Helmy ditahan selama setahun.

Lagi Mengenai Natrah:

Pulanglah Natrah
Kalaulah Natrah Tahu


"Diatas Robohan Kota Melaka, Kita Bangunkan Jiwa Merdeka"

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Tahun Baru 1432 H

Bismillahirrahmanirrahim...




Di kesempatan ini aku mengucapkan Selamat Tahun Baru, Salam Maal Hijrah buat semua. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Mesti ramai yang dah buat azam baru. macam mana dengan azam tahun lalu? dah terlaksana? separuh terlaksana? sedikit terlaksana? atau tak terlaksana?

Seawal usia tahun baru ini banyak benda yang telah aku dapat. Menyambut pengakhiran tahun lepas dah permulaan tahun ini bersama sahabat-sahabat yang aku sayangi.

Di pagi tahun baru ini juga aku telah diuji bersama sahabatku Saidatul. Alhamdulillah, itu rezeki Allah buat kami seperti kata Intan. Semoga menjadi pengahapus dosa-dosa lalu sebelum meneruskan kehidupan yang bakal mendatang...Semoga cepat sembuh...

Kerana itu juga aku merasa manisnya ukhuwah.. aku merasa kasih dan sayang sahabat-sahabat.. Syukur ya Allah kerana memberi aku sahabat-sahabat ini.



Doaku semoga tautan ini berkekalan tiada akhirnya..semoga tahun ini baik2 sahaja..semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.. semoga sahabatku cepat sembuh..


"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya(yang sebenar). Penuhkanlah (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlahhati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat(pengetahuan sebenar) tentangMu. (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.. Ya Allah perkenankanlah..."