Wednesday, December 21, 2011

Lepas ni nak buat apa? Kerja? Master? PHD?

Bismillahirrahmannirrahim...

Bila tengok tajuk dah tahu nak cakap apa kan? Sebagai pelajar sem akhir, saya mula berfikir tentang masa depan. Nak kerja? Kerja kat mana? Kerja apa? Mampu ke nak kerja?
Nak Sambung belajar? Master? Macam dah tak sanggup nak sambung belajar. Bukan Tak mahu belajar tapi rasa macam tak mampu dah. PHD? Sekarang ni tak layak nak dapat peluang fast track melainkan ada rezeki Allah yang paling tak disangka. Surat tawaran salah hantar ke. hehe..

Kenapa buat entri pasal ni? Sebenarnya nak berkongsi apa yang saya dapat semasa kuliah aqidah minggu lalu. Saja nak bawa pembaca sama-sama berfikir. Kata ustaz:

"Kalau kita habiskan masa kita belajar kejar nak jadi Dr ke profesor ke sebab nak dapatkan nikmat dunia, semua tu tak ada nilainya disisi Allah. Tapi kalau kita kejar semua tu untuk martabatkan agama Allah, itulah yang dinilai oleh Allah"

Kan? dapat tak apa yang cuba saya kongsikan. Jom koreksi balik diri kita. Selama ni kita belajar kenapa? Lepas ni kita sambung belajar ke, sambung kerja ke sebab apa? Semoga apa yang kita buat ni punya nilai disisi Allah.

small note: PSM mula bercahaya sikit. Alhamdulillah...

Monday, December 19, 2011

"What you give, you get back"

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam sangat seronok. Seronok mengimbau sirah-sirah lama. Bingkisan taujihad yang dibawa jauh dari Kuala Lumpur sampai ke Skudai. Terasa macam minum limau ais di saat tengah hari yang panas terik(ok..perumpamaan yang langsung tak kena). Rentetan kisah-kisah sirah yang sering kita dengar. Tapi kata ustaz, kita selalu ingat benda-benda yang pelik. Sering ambil pengajaran pada perkara-perkara yang ajaib sedangkan apa yang hendak dibawakan adalah lebih daripada itu. Betul!! sangat terasa ..bila disebut sesuatu kisah memang perkara-perkara ajaib ini yang muncul dahulu dalam pikiran.

Ashabul Kahfi
Kisah tujuh orang pemuda yang beriman. Yang melarikan diri kedalam gua lalu ditidurkan Allah swt selama 300 + (berapa tahun ye x ingat..). Yang kita ingat ditidurkan Allah dalam gua tu.

Nabi Musa
Kisah bagaimana Nabi Musa melawan Firaun yang zalim. Tongkat bertukar jadi ular. Tongkat yang dapat membelah lautan. Again!! perkara pelik yang diingat.

Thalut dan Jalut
Kisah Bani Israel yang meminta seorang Nabi supaya melantik seorang ketua dalam kalangan mereka untuk berjuang. Dan bilamana dilantik Thalut menjadi ketua mereka menolak. Kisah orang-orang yang keciciran dalam perjuangan.

Nabi Sulaiman
Kisah Nabi Sulaiman yang memerintah kerajaan yang besar manusia, haiwan dan jin. Nabi Sulaiman yang boleh berbicara dengan haiwan. Kisah bagaimana Hud-hud terlambat datang perjumpaan. Kisah Ratu Balqis yang akhirnya tunduk kepada Allah swt.

Hijrah Rasulullah saw
Kisah penghijrahan Nabi Muhammad saw. Orang-orang hebat yang terlibat dalam penghijrahan ini.

Subhanallah..terlalu banyak yang kita dapat daripada kisah-kisah sebegini. Betul kata Ustaz, carilah makna dan pengajaran disebalik kisah-kisah ini. Bukan hanya mengingat perkara-perkara yang ajaib dan pelik sahaja.

owh lupa. Apa kaitan dengan tajuk? Sebab semalam masa dengar kisah-kisah ni ada diselitkan ayat ni.

"What you give, you get back"

Lupa kata-kata siapa. Nanti cek balik ye. Betulkan apa yang kita beri, apa yang kita usahakan, itu yang kita dapat balik. So, janganlah ragu-ragu nak berjuang. Jangan ragu-ragu nak memberi. Pastinya Allah akan balas balik setimpal dengan apa yang kita buat. Maka, berusahalah sekuat-kuatnya untuk siapkan PSM(iklan kejap). Walaupun masa dan semakin suntuk, insyaAllah semuanya dipermudahkan. Ni satu kisah yang membuktikan ayat diatas. Sila Klik.

small note: Jom baca buku-buku sirah dan buat review. seronok2..

Friday, December 16, 2011

Curi Gitar HARAM..Curi Hati Takpe=)

Bismillahirrahmanirrahim...

Di pagi Jumaat yang indah permai (eh..eh..tengah hari dah rupanya)..Di dalam lab yang tersangat sejuk, sambil-sambil menaip assignment, sambil-sambil berjalan di alam maya, sambil-sambil terjumpa video-video menarik. Let's check it out..




OLEY! Filem pendek yang penuh berisi. Rugi tak tengok..ending yang sangat comel...

"Curi gitar haram..curi hati takpe"

Next Artsy Schmartsy by Anwar Hadi. Lama dah dia ni x keluar video baru. Nak highlight ending video dia. Mungkin ada x sempat nak baca.



"...sungguh pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beriman."
[16:79]

Lastly It's Jumuah..Really2 nice song. nice lyric. Makin dengar makin sedap..Kebetulan terjumpa video ini di hari Jumaat..Subhanallah..



ni lirik dia

IT'S JUMUAH - LYRICS

5AM Waking up for Fajr
Got to make Wudu, got to pray my Sunnah
Got to make Ghusl, got to clip my nails
Looking outside, the sun is rising up in the sky
Everybody's rushing
Got to get down to the masjid
Got to say "Salam!" to the Imam

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf

12:45 the Imam's on the minbar, talking about something like "Fiqh Az-Zakat"
They're whispering, chatting from the crowd, don't they know that it's haram
I stand up, you stand up, prayer's about to start "Qad, Qaamat es-Salaah"
Foot to foot! shoulder to shoulder! Just don't step on me!

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to his mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray , Pray, Pray , Pray
Got to read Surat Al-Kahf

It's Jumuah Jumuah
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy

Nota kecil: Entry ni mungkin berat sebab banyak video..

Saturday, December 10, 2011

Serba Tak Kena

Bimillahirrahmanirrahim....

Buat benda ni tak jadi, buat benda tu tak jadi, semua serba tak kena. Design poster tak jadi, buat coding tak jadi, tulis report tak jadi, cari maklumat tak jumpa, tangkap gambar pun tak jadi. Hilang fokus sekejap. Bila dah pening-pening baru nak teringat kat ALlah. Manusia ni sentiasa lalai..Bila dah susah baru nak ingat Tuhan.

Hari tu ada dengar kuliah aqidah. Ustaz cakap, kalau kita fikir kita mampu nak buat sesuatu perkara, contohnya kita cakap "Aku ni memang tak boleh la skor benda-benda ni. Susah, aku buat macam mana pun memang tak boleh..." Kita tak sedar benda-benda yang kita cakap ni boleh rosakkan aqidah. Allah akan bagi kat kita setimpal dengan usaha kita. Kalu dah tak usaha memang la tak dapat nak buat kan?

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"
(Al-Ankabut : 2)

Apa yang kita cakap itu yang akan diuji keatas kita. Sebab telinga orang yang bercakap ni lagi dekat dengan mulut dia berbanding telinga-telinga lain kan? Tapi adakah sebab tu, kita tak nak cakap?

Akhir sekali, sangat suka memetik ayat dari surah al-Insyirah. Selalu kita petik ayat 5 dan 6 tapi hari ni nak petik ayat 7. Kat sini pun Allah dah suruh kita fokus, sungguh-sungguh la buat sesuatu perkara tu.

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. "
(Al-Insyirah: 7-8)




Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday

Bismillahirrahmanirrahim...

walaupun wordless tapi nak cakap jugak
RINDU sangat-sangat kat tempat ni

Tuesday, December 6, 2011

Mencari Makna Sebuah Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim.....

People change..Berubah ke arah kebaikan.. setiap detik pasti ada hati yang ingin berubah, berubah mencari makna sebuah kehidupan. But how? How to change? Hidup ni macam puzzle..perlu disusun berhati-hati, kekadang ada yang hilang, tercicir entah dimana-mana. Hidup ni macam rubix cube, susah untuk diselesaikan, tapi penghujungnya pasti ada jawapan..biarlah analogi mana yang diumpamakan, jawapan tetap satu..Return to Allah...Back to the basic, kembali pada fitrah kehidupan, fitrah kejadian seorang insan..

Hidup kita punya MATLAMAT..Jangan difikirkan kenapa semua ini terjadi, tindakan lanjut penentu matlamat, dan MATLAMAT MESTI JELAS.

Bila terlupa, ada sahabat mengingatkan, bila keseorangan ada sahabat menemani, bila terluka, ada sahabat datang merawat, bila gembira, ada sahabat turut sama tersenyum, bila bersedih ada sahabat menangis bersama...Sahabat bukan kawan yang meninggalkan dikala susah, hadir disaat ketawa, tapi sahabat ialah teman berduka, teman gembira, temah ketika susah, teman ketika senang, teman yang yang sanggup menegur walaupun amat pahit untuk diterima...

tribute to sahabat dari hati seorang sahabat...


PSM dihatiku..Hijau dihatiku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ni lah projek yang semakin memeningkan kepala..Bilalah nak siap?
Ya Allah permudahkanlah urusan kami,
berikanlah kefahaman kepada kami,
kurniakanlah ilham disaat kebuntuan...Amin..

nota kaki: Tiba-tiba rasa gabungan warna hijau dan putih ni cantik. Pujilah poster sendiri..haha

Friday, December 2, 2011

Pilihan Kita

Bismillahirrahmannirrahim...

Kita punya pilihan di tangan. Jalan mana yang kita pilih itulah kita nanti. Jalan kebenaran penuh berliku atau jalan kebatilan penuh keseronokan. Selalu kita fikir saat lafaz "AKU TERIMA NIKAHNYA" betapa beratnya tanggungjawab yang perlu ditanggung. Benar!! tapi pernah tak kita fikir lafaz SYAHADAH setiap kali solat? Beratnya tanggungjawab membawa kalimah suci itu maka disitulah perlunya mujahadah. Mujahadah yang amat payah, amat berat..Kuatlah wahai sahabat..Ingatkan aku bila terlupa, kejutkan aku bila terlena, tarik aku bila terhanyut.. Jangan terlalai dengan dunia..

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah swt.



Wednesday, November 30, 2011

Alahai PSM!!!

Bismillahirrahmannirrahim...

Sepatutnya PSM dah siap. Dah presentation pun. Tapi sebab tak siap jadi kena present semula. 3 minggu dah berlalu dengan sia-sia selepas presentation hari tu. Dengan kondisi laptop yang menunjukkan tanda-tanda hendak sakit. Ya Allah..Engkau peliharalah kesihatan laptopku sehingga segala-galanya selesai...Amin..

Esok dah masuk Disember. PSM masih diawang-awangan..Ya Allah Permudahkanlah segala urusan..

"Kerana sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain"

(94:5-7)

Sunday, November 27, 2011

1 Muharam - Detik Menyusun Semula Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim..

Terasa kaku jari-jari ni nak menaip disini walhal jari-jari ni jugak yang digunakan untuk menaip lambakan assignmet yang tak pernah nak siap.

1 Muharam 1433 Hijrah

Akhirnya mempunyai kesempatan dan kekuatan untuk menulis semula di ruangan ini. Ruangan yang telah lama dibiarkan kosong. Sedang menyusun semula kehidupan yang kucar-kacir dan terumbang-ambing. Kebetulan yang sebenarnya memang telah disusun cantik oleh Allah swt, Tuhan yang Maha Mengetahui.

Bingkisan taujihad dari teman-teman seperjuangan menyuci semula hati yang semakin hari semakin lalai. Tepat pada masanya, diawal Muharam supaya satu lembaran baru dapat dibuka dan diisi dengan lebih baik dari lembaran sebelumnya.

Patutlah kerja- kerja sebelum ini banyak yang terkandas di pertengahan ataupun selesai dengan tidak sempurna. Rupanya Allah nak tunjuk yang diri ini semakin jauh. Semoga permulaan yang baik ini berkekalan malahan bertambah baik pada hari-hari mendatang.

Alhamdulillah dikurniakan sahabat-sahabat yang baik, walauapun tanpa mereka sedari telah menyelamatkan sahabat mereka yang kian karam di pertengahan perjuangan. ALhamdulillah atas nikmat yang tidak terhingga..

Alhamdulillah...Allahuakbar..Subhanallah..

Thursday, July 14, 2011

Seminggu Senafas

Bismillahirrahmanirrahim…

Seminggu ni sungguh packed sampai tak cukup nafas(ye je tak cukup nafas~~Allah dah bagi oksigen yang cukup untuk kita bernafas). Cerita hujung minggu lalu. Jumaat petang semasa dalam kelas ada demo stage pertama game development. Sambil-sambil demo Dr bagi tahu apa yang pelu dibuat. Jadi inilah ringkasan kerja yang sungguh menyesakkan nafas. Rasa sangat tak mampu nak buat.

Jumaat | 8/7/2011 | -> Semua tugasan berkenaan game diberikan. Tugasan adalah seperti berikut.

Game Industry Report - 20 page – Hantar Isnin
Game Programming Gems – 2 paragraph setiap subtopic – hantar Rabu
Game Development Presentation – Khamis
Game Portfolio – Hard cover – masukkan semua assignment – CD – hantar Jumaat

Ok, iutlah tugasan yang diberikan semasa petang Jumaat itu. Semput sekejap.
Dan ini adalah ringkasan dan perkara yang saya lakukan sehingga hari ini:

Jumaat | 8/7/2011 | -> Pre-presentation Game development + segala bagai tugasan diberi

Sabtu | 9/7/2011 | -> Update peristiwa BERSIH sepanjang hari. Kerja langsung tak sentuh

Ahad | 10/7/2011 | -> Mula buat Game industry report (mulanya pun dah petang)

Isnin | 11/7/2011 | -> Pagi-Game industry Report 20 page done. Petang game industry presentation. Malam siapkan psm.

Selasa | 12/7/2011 | -> Pagi-Presentation PSM. Petang-Sambung carik model. Malam- model + report

Rabu | 13/7/2011 | -> Pagi – model lagi, report lagi. Petang – Gems(inilah paling rasa x mampu buat antara semua), ambik gambar group, done (my part). Malam – layan bola streaming (Malaysia vs Arsenal), Kena tambah model~~buat model lagi (seronok buat model)

Khamis | 14/7/2011 | -> Pagi -Siap kerja bahagian saya. Sekrang dah tak tau nak buat apa~~~maka update blog, Petang – Game Presentation | foyer FSKSM | Jom datang tengok. Malam – Main masak-masak~~

Begitulah ceritanya assignment seminggu. Berkat selalu buat kerja last minute, maka dapat juga menyiapkan segala kerja yang rasa macam dah tak mampu nak buat. Alhamdulillah, semua ok. Presentation PSM 40% berjalan lancar. Thanks to Ayien sebab presentkan bagi pihak saya ^^,. Good Luck kepada semua untuk presentation petang ni. Kita mampu sebenarnya. owh lupa, Dr Shah postpone tarikh hantar semua kerja. Jumaat depan last. Jadi siap nak balik awal hantar lah cepat. Esok kita main air ye~~



Ni lah model yang dibuat lepas tengok bola. Simple je sebab mereka memang nak yang simple. Menggunakan google sketch up


Model ni dapat dari abang master. Tak mampu lagi nak buat macam ni,
Menggunakan 3D max.


Inilah hasil model di atas selepas di render. Model MASJID UTM yang menjadi kebanggaan

Nota:
1)Semalam bulan penuh dengan cantiknya betul-betul depan tingkap bilik. Subhanallah..Tergamam sampai tak sempat nak capture gambar. Pukul 4.40 pagi lebih kurang.
2)Tak lama lagi Ramadhan bakal menjelma. Tak sabar~~~
3)Jatuh cinta dengan Google Sketch up. 3D Max tersangatlah berat. Kesian En Lappy bekerja keras seminggu ni.
4)Banyak lagi model tapi itu je yang dapt di upload.
5)Pesan Cik Mie cuba tahan senafas, mesti boleh buat InsyaAllah.. Sekian...

Thursday, July 7, 2011

Entri Pendek

Bismillahirrahmanirrahim...

Entri pendek..ea? Tengah tunggu kain dalam mesin basuh siap. Minggu depan nak balik rumah dah. Sampailah awal September baru balik kolej semula. Dalam otak dah mula merancang macam-macam. Rancangan utama nak mencuba segala bagai resepi baru yang aku baru jumpa. Excited tengok resepi-resepi ni. Tak sabar.. tunggu ye orang-orang kat rumah. Bersiap sedialah nak jadi tester untuk segala resepi.

Tapi...PSM kena siapkan. Ayok!! Sempat ke tak nak mencuba segala resepi disamping nak buat PSM. Ramadhan pun dah dekat. Tak sabar nak tunggu ke Ramadhan. First time selepas 11 tahun dapat puasa penuh dekat rumah.

Nota Kaki :
1) Esok presentation game stage 1, minggu depan presentation PSM stage 1 presentation game (final). Semoga dipermudahkan segala urusan.
2) Minggu depan balik rumah. hoyeayy..
3) Hujung minggu ni sejarah bakal tercipta..Semoga dipermudahkan juga segala urusan.
4) Sekarang dah pakai Google+. Adakah FB bakal terkubur? Perang Social Network bakal tercipta?

Sunday, July 3, 2011

Pokok

Bismillahirrahmanirrahim....

Semakin aku pusing lagu ni semakin aku tak faham. Apa fikiran penulis semasa menulis lirik ni. Dia nak cerita pasal apa? bila aku google macam-macam cara orang translatekan lagu ni. First time dengar lagu ni time balik rumah kakak aku kat KL. Tapi tak perasan pun lagu ni sebab time tu macam tak best. Minggu lalu Risz bagi dengar lagu ni. Macam best didengar. Lepas tu aku tengok lirik, biasala tu kalau nak dengar lagu mesti nak faham lirik dia kan? Tapi tak faham. Lepas tu tanya Cik Amani apa maksud lirik ni sebab dia ni berjiwa sastera sikit. Kata Cik Amani..

"Yg saya faham lagu ni pasal orang yang punya impian, dia kejar impian dia, tapi dia lupa apa yang ada sekeliling dia. sampai masa dia jatuh lepas tu dia bingung, lepas tu dia masih ada masa untuk memilih impian lain agaknya"

Begitulah pendapat Cik Amani. Hurm..Boleh diterima.. Lupa pulak. Lagu ni tajuk dia POKOK oleh Meet Uncle Hussain. Kebiasaan lagu indie memang ada sesuatu disebalik lagu yang nak diceritakan oleh mereka-mereka (lagu lain pun ada jugak..haha). Lagu ni mengimbau balik lagu Tanya Sama Pokok yang kita belajar waktu tadika dulu.




OK, Ini lirik dia. Siapa-siapa nak ulas dipersilakan.

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

Nota Kambing : Aku semakin tak memahami sastera bila sasterawan dan cendekiawan pun dah semakin tak dihormati

Saturday, July 2, 2011

Tips Menjadi TENANG

Bismillahirrahmanirrahim...


Percaya atau tidak dengan ayat kat atas? Ayat Al-Quran tu. Janji Allah pada kita. Dengan mengingati Allah hati menjadi tenang. Kalu tak percaya cubala. Kalau tengah stress gila-gila sebab kerja berlambak tak siap, atau kebuntuan tak tau nak buat apa, atau hilang arah tak jumpa jalan, ingatlah Allah. Back to basic. Return to Allah. Pasti hati jadi tenang. Kalau dah hilang arah, jadikan Al-Quran tu kompas. Segala macam petunjuk ada dalam tu. Kita ja tak tahu nak guna.

Siapa pernah masuk Petrosains? Kalau tak pernah masuk, tak rugi kalau masuk. Not bad la dalam tu. Jangan lupa bawa student card untuk dapat murah. Jumaat lalu (bukan semalam tau), aku ke Petrosains secara tak sengaja. Gara-gara tersalah tengok tiket flight, habis segala plan berterabur. Ingatkan flight JB-KL malam, rupanya pagi. Terpontenglah lab satu hari sebab minta cuti mula isnin. Dah sampai KL aku paksa Fana teman aku jalan. Sebab flight KL-Labuan 7.50 pagi esoknya(Sabtu). Jadi untuk habiskan masa pg la KLCC. Dah sampai sana, blur nak buat apa. Jadi termasuklah ke Petrosains.

Apa kaitan dengan ayat kat atas? Ada kaitan. Ada satu mainan dalam Petrosains tu (mainan ke alat pameran? atau alat uji kaji). Nama dia Brain apa entah. Tak ingat. Aku pun test la. Rupa dia macam ni.


Benda ni nak main menggunakan kuasa minda. Kita kena relakskan dan tenangkan kepala kita dari segala macam masalah. Siapa punya kepala yang lagi tenang, nanti bola tu golek-golek la ke gol lawan. Lupa dekat tepi tu ada graf minda otak kita. Benda yang kaler hitam kat kain pengikat kepala tu la yang detect otak kita bekerja. Main first time aku menang sebab tak tau cara lagi kan. Jadi aku gelak-gelak. Jadi kalau kita tengah gelak-gelak tu otak kita tak stress tapi janganlah terover gelak. Bahaya. Confirm kalah kalau terover.

Main kali kedua aku berzikir dalam hati. Time aku tengah berzikir memang bola tu golek-golek ke sebelah sana. Bila aku berhenti bola tu golek-golek balik kat aku. Sambil-sambil tu tengok kat graf yang keluar. Waktu tengah berzikir tu memang graf tu rendah. Maksudnya aku dalam keadaan tenang dan tidak stress. Maka kesimpulannya kat sini, ayat diatas terbukti secara saintifik.

DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI MENJADI TENANG.

OK itu je perkongsian hari ni. Nak masuk ke dalam mode membuat kerja-kerja tertangguh. Allahumma Yaasir wala Tuassir Ya Kareem...

Saturday, June 11, 2011

Hikayat Seribu Satu Malam

Bismillahirrahmanirrahim…

Berakhirnya hari ini bermulanya hari esok sebab jam dah menunjukkan angka 1.19 pagi. Hari ini sangat penat tapi menyeronokkan. Sedang mengikuti crash course yang di tukar nama kepada Dev Camp kerana mereka tidak mahu kami hancur berkecai diakhir kursus ini. Kursus ni di bawah subjek Game Development dan di handle sepenuhnya oleh artist-artist MyGo Solutions.Kami dipecahkan sekumpulan tiga orang. Seorang memegang jawatan sebagai programmer. Seorang sebagai sound engineer dan seorang lagi sebagai art designer dan disitulah aku. Rainbow sebagai programmer dan Junne sebagai sound engineer.

Semalam menghabiskan masa dengan berjalan-jalan mencari bunyi. Berjalan sekitar kawasan UTM di waktu petang. Subhanallah..indahnya bumi ciptaan Tuhan dengan dihiasi suara-suara alam yang sedang berzikir kepadaNya. Malamnya bersambung dengan berjalan-jalan di alam maya mencari imej-imej yang berkaitan sambil membaca segala hikayat yang ada (tak baca mana pun). Sedang bekerja untuk game bergenre sejarah dan lagenda.



Hari ni dipecahkan mengikut pipeline. Programmer dipindahkan ke lab aras dua manakala sound engineer dan art designer kekal dalam KPU7. Maka bermulanya hidup sebagai seorang artist. Bayangkan.. Task pertama diminta melukis satu karakter pahlawan memegang senjata. Masing-masing mula menunjukkan bakat yang macam ada macam tak ada. Cabaran sungguh tapi best. Sesi berakhir hampir jam 7 malam dan akan bersambung pada jam 8 malam.

Malamnya tugasan sebenar bermula. Kumpulan baru dalam kalangan artist dibentuk. Aku, Yaya, Rizs dan Irah diminta untuk melukis environment bagi karakter. Yaya untuk shapeshifter, Rizs dan Irah untuk human dan aku untuk elves. Maka mulalah fikiran berimaginasi. Bukan senang menjadi artist. Mungkin kerana selama ini kami lebih kepada programming( tapi programming pun tak hebat mana). Akhirnya terhasilah dua artwork yang entah-apa-apa. Huhu..susahnya nak mengasah bakat ni. Tapi menjadi artist ni sangat menyeronokkan. Esok sesi terakhir. Pembentangan segala artwork yang dihasilkan. Semoga di permudahkan segala urusan.







Aku termotivasi. Maka otak mula memasang angan-angan mat jenin. Terasa nak buat animation berkaitan Sirah macam animation Muhammad Utusan Terakhir dan Saladin serta Silat Lagenda. Silat Lagenda tu sejarah melayu yang dimodenkan. Ada sesiapa berminat nak merealisasikan angan-angan ni? Cik Bihah? Cik Siti Nuraini? InsyaAllah jika diizinkan dan diberi kekuatan, semuanya mungkin menjadi kenyataan.

Nota : Pandang kiri semua kepala terpasang headphone sebab mereka bebudak sound pandang kanan kepala semua tunduk ke meja dan habuk pemadam penuh kat lantai sebab mereka adalah bebudak art.

Thursday, June 9, 2011

Japanese Cheese Cake

Bismillahirrahmanirrahim…

Disebabkan banyak permintaan, hari ni nak berkongsi resepi. Resepi asal dari dapur CikTikah tapi telah diubah suai mengikut selera saya. Nak berkongsi resepi Japanese Cheese Cake. Tak tahulah kenapa nama dia macam tu. Resepi ni saya dah cuba empat kali dalam bilik saya di kolej menggunakan periuk nasi elektrik. Dan Alhamdulillah semuanya berjaya. InsyaAllah kalau ada kelengkapan yang cukup mesti lagi berjaya.

Japanese Cheese Cake (resepi ciktikah yang di ubah suka hati oleh saya)

Bahan :

A
250g cream cheese (saya guna philadelphia)
50g butter
100 mL fresh milk (saya guna low fat pun ok)

B
140g gula (saya guna 1 cawan kecil,kurangkan lagi.Cawan ni yg kecil tau macam cawan teh)
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil lemon juice (optional-ciktikah kata optional jadi saya tak guna)

C
6 biji kuning telur
1 sudu besar lemon juice (optional-yangg ni pun saya tak guna)
1/4 sudu kecil garam (yang ni tak tmbah pun tak pe sebab cheese dah natural rasa dia)
60g tepung gandum (saya guna 1 mug kecil tambah lagi sikit)
20g tepung jagung (saya guna 2 sudu besar tambah lagi sikit)

D) Topping (resepi saya)

Cheddar cheese
Susu pekat manis (jangan guna jenama giant-dah try tak sebati)

Cara :

  1. Double-boiling bahan A sampai sebati dan cair semuanya. Ketepikan.
  2. Campur telur dan lemon sampai foamy. Kemudian, tambahkan gula, pukul sampai soft peak. Nak tau soft peak ke tak, lepas kembang tu, telangkup kan bekas adunan tu kalau adunan tak jatuh, soft peak la tu. Adunan tu dah ok.
  3. Kemudian, campurkan bahan A, B dan C. Gaul rata. Masuk dalam loyang yang dah digris kan.
  4. Bakar dalam oven suhu 160c selama sejam dengan cara au bain-marie (waterbath). Masuk kan air sikit dalam satu lagi loyang lain yang lagi besar dari loyang kek tadi. Letak kan loyang kek atas tray yang dah berisi air.
Cara buat Topping:

Resepi CikTikah :
Bubuh susu pekat manis atas kek, parut cheese

Resepi Saya :
Campur susu pekat manis dengan cheese gaul sampai sebati. Kalau guna mixer dia sebati, kalau guna tngan mcm kurang nak sebati. Kalau tak ada mixer, saya double boiling kan campuran sampai sebati. Lepas tu tuang atas kek.

Pesanan dari Cik Tikah :
Kek jenis ni lagi lembut dari yang bakar tak guna air. Kalau nak kukus pun boleh. Lagi lembut kek tu. Nak tahu kek dah masak ke tak, cucuk dengan lidi kalau tak melekat masak dah tu.

Ok, selamat mencuba hingga berjaya.












Thursday, June 2, 2011

Alkisah Sebuah Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya, masuk juga ke sini semula. Memang tak boleh nak istiqamah menulis ni. Sejak-sejak cerita terakhir tentang tiket kapal terbang yang bersusun tu, kesibukan melanda. Masakan tidak minggu-minggu terakhir latihan industri. Kadang-kadang bila buka blog ni terfikir nak tukar kan jadi travelog. Maksudnya nak tulis cerita tentang perjalanan, permusafiran semata-mata. Bila buka lain kali macam nak buat sebagai dapur berkongsi resepi pula. Bila buka lain kali lagi nak buat benda lain pula. Tak tetap pendirian? Personality disorder? hurm... Jom kongsi kisah terbaru..

Kisah 1 : Berakhirnya Latihan Industri

Company tempat Praktikal 20 minggu

Alhamdulillah...Berakhirnya fasa Latihan Industri selama 20 minggu dengan jayanya. Memang best berada di Twin Systems. Banyak belajar, merasa sendiri macam mana keadaanya bila dah mula bekerja nanti. Persediaan macam mana nak bahagikan masa antara kerja dan gerak kerja. Walaupun cuma sebahagian tapi banyak mengajar dan membuatkan otak mula berfikir.

Kisah 2 : Bukit Bendera Akhirnya

Alhamdulillah...Satu lagi angan-angan menjadi kenyataan. Hari tu pergi Pulau Pinang dengan Fana tak berkesempatan ke puncak Bukit Bendera sebab tutup untuk renovation. Bila tau abang(the one and only adik lelaki yang dipanggil abang) dapat UiTM Pulau Pinang, aku pun menawarkan diri nak hantar pergi register. Habis je register dan selesaikan semua urusan di UiTM, langkah dipanjangkan ke Pulau Pinang (orang panggil Tanjung) sebab UiTM berada di seberang Tanah Besar. Akhirnya terjejak juga kaki di Puncak Bukit Bendera. Explore Pulau tu berjalan kaki. Tempat tinggal memang sangat strategik dan berbaloi.

Kisah 3 : Cheese Cake


Gambar dari dapur cik Tikah. Tak sempat nak ambil gambar sendiri punya.

Hobi baru. Mencuba pelbagai resepi. Sebenarnya hobi ni memang ada. Cumanya macam chipsmore. Kejap ada kejap kejap tak ada. Aku dapat resepi cheese cake ni dari Dapur Cik Tikah. Aku pun cubala sebab resepi dia agak senang berbanding resepi yang aku ada. Masalah yang timbul mesin pemukul tak ada jadi main pukul telur tu pakai tangan. Tahap kesabaran kena tinggi la sebab nak bagi telur tu kembang jadi meringue(putih telur yang kembang-nak tau boleh goggle). Masalah kedua penimbang tak ada. jadi aku main campak jela bahan-bahan. Masalah ketiga oven tak de nak bakar jadi aku kukus. Pengukus pun tak ada jadi aku kukus atas periuk nasi. Maklumlah buat kat asrama. Akhirnya...Alhamdulillah hasilnya memuaskan. Kali pertama tak sempat ambil gambar dah licin. Buat kali kedua bawa pergi office masa hari terakhir LI. Lepas ni nak cuba Choc Cake pula.

Kisah 4 : Review Hlovate fasa ke-2

Langsir Biji Remia-Noor Suraya

Contengan Jalanan - Hlovate

Review ke namanya? Bukan rasanya. Sebab tak baca lagi. Cerita terbaru Hlovate Contengan Jalanan. Sempat sambar kat PBAKL baru ni. Tak pergi pun. Kirim Kat Cik Irah. Bila Cik Irah nak sampai JB ni? Nak buku. Nanti dah baca boleh buat review Contengan Jalanan + Langsir Biji Remia oleh Noor Suraya. Cerita beliau pun agak best. Dah baca Nyanyian Tanjung Sepi dan Jaja & Din. Sebab masa tu tengah kering dapat yang tu jela. Sutera Bidadari (en. RAM) kena hold dulu. Sekarang nak cari Sutera Bidadari. Siapa yang sampai dulu? Sutera Bidadari atau Contengan Jalanan & Langsir Biji Remia?

Inilah antara kisah-kisah benar yang berlaku. Nanti aku kongsi resepi Cheese Cake Cik Tikah. Tapi dalam link ke blog dia tu pun ada. Kalau nak cuba bolehla. Buat kat asrama pun boleh. Dijamin jadi. IsyaAllah..Alhamdulillah diberi peluang merasai semua ini. Diberi peluang untuk mencari dan memahami makna sebuah kehidupan.

Nota:

1)Jalan kemana-mana silalah bawa kad matrik kerana anda akan merasa harga tak terduga dengan adanya Student Pass.

2)Entri ni aku tulis ari tu. dah publish tapi tiba-tiba ada malware so delete balik. Sekarang publish semula

3)Cik Irah dah balik. Dah dapat buku.

Thursday, April 14, 2011

Aku Kaya!!!

Bismillahirrahmanirrahim…

Excited tengok tajuk? Saja nak buat gempak. Sekarang tengah dalam opis. Kepala dah pening-pening, sakit perut, lambatnya hari ni berlalu. Tak boleh nak menghadap coding dan PDF dah hari ni. Tengok coding tu macam tengok tulisan alien je(macam tau je tulisan alien macam mana kan) Tengok PDF dah dekat beratus dah. Tak mampu tengok PDF lagi. Kenapa PDF banyak sangat?

Sebab aku kena edit system yang generate PDF. Jadi setiap kali edit coding dan run maka akan keluar la satu PDF. Kalau berapa banyak coding aku edit, sebanyak tu la jugak PDF akan keluar. Masuk folder yang penuh dengan PDF nak delete, ternampak pula itinerary yang juga berbentuk PDF. Jadi Excited pulak nak cerita pasal ni.

Bukan kaya pun. Tapi macam kaya. Kenapa? Sebab banyak betul tiket tahun ni. Sampai ada sembilan tiket flight dalam tangan. Empat tiket dah guna. Ada lima tiket lagi tunggu untuk diguna. Hari tu pergi Penang, naik flight. Sebab tiket sangat murah. JB-KL RM15. Murahkan? Naik bas RM31.20. Separuh harga je.

Aku dengan semangatnya sudah membeli tiket balik pada 17 dan 18 Jun. JB-KL-Labuan. Dan Labuan-KL pada 10 September 2011. Yelah..Sangat lama tak balik. Cuti sem lalu pun tak balik. Setia menemankan bumi UTM ni. Jadi excitedla nak balik. Beli tiket awal. Bila dapat je tiket, keluar berita dikehendaki mengambil short sem. Waktu tu kata wajib tapi kemudian ada kisah lain berlaku. Jadi keputusan sama ada wajib atau tak wajib tak keluar lagi. Jadi sabar jak lah. Macam lah harga tiket tu sentiasa murah macam tu jak.

Aku dah cek tiket dah. Memang akan dapat tiket murah lagi RM0.01 Firefly. Tambah tax RM 29.00. Ok la tu JB-KK harga sama dengan tiket bas JB-KL. Lepastu keluar short sem tak wajib. Tapi untuk memudahkan aku ambil juga short sem atas banyak sebab yang dah difikir baik dan buruknya. Maka belilah lagi dua tiket 25 Jun Labuan-KL dan JB-KK 17 Jun sebab aku nak balik juga 18 Jun tu. Jadi akan ponteng seminggu semasa short sem sebab nak balik Labuan. Tapi terlepas satu tiket murah. Bukan rezeki.

Tapi mengikut keadaan sekarang, belum confirm lagi la. Kemungkinan akan tambah satu tiket lagi atau kena tukar tiket sebab dengar khabar short sem tamat 22 Julai. Tiket aku 17 Julai. Huhuhu..Kalau ikut takwim short sem habis 15 Julai. Tapi harap-harapla tak betul. Semoga dipermudahkan urusan.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sebab ambil short sem aku dapat satu tawaran yang paling tak disangka-sangka. Rezeki Allah ada dimana-mana. Selagi mana kita yakin dengan janji Allah, selagi itu kita dapat hikmah disebalik kejadian=).

Ni la koleksi tiket tahun 2011. Sempat buat screenshot…









Wednesday, April 13, 2011

Kembara Pulau Pinang

Bismillahirrahmanirrahim…

Kali ini langkah dipanjangkan ke Pulau Pinang Si Pulau Mutiara. Nurul Farhana aka Fana, kawan sekelasku setia menemani dalam permusafiran kali ini. Balik sahaja kerja pada petang Jumaat tu, terus mengemas. Flight ke Kuala Lumpur pada jam 10.15 malam. Lamanya menunggu..Balai perlepasan agak sesak ditambah dengan pengumuman flight delay semakin lama kami menunggu..akhirnya nampak kelibat pesawat Airbus yang baru sampai dari KL..

Diatas awan..

Mengambil tempat duduk, memerhati sekeliling, borak-borak kejap sambung baca buku..tiba-tiba terdengar suara en Pilot mengumumkan kapal terbang dah nak mendarat. Haa..inilah penerbangan paling singkat sepanjang hidup yang aku lalui..macam tak sampai setengah jam.. baru baca 8 muka surat buku ditangan.. Keluar sahaja dari perut pesawat terus mencari tempat duduk. Maklumlah kena bermalam di airport untuk flight seterusnya menuju ke Bayan Lepas Pulau Pinang.

Macam-macam gaya duduk dah sebab kepenatan, sambil-sambil rancak berborak mata kami melilau melihat gelagat manusia yang pelbagai ragam di airport yang agak sesak. Tidak sedar rupanya ada yang turut memerhati kami. Sebenarnya baru tahu hari ni ada yang memerhati, itupun sebab Tikah mesej tanya aku balik Labuan ke sebab ada yang nampak kelibatku di LCCT. Aku tanya siapa, Tikah cakap Shafiq Khan.

Aish.. si Shafiq ni pun satu, dia nampak tapi tak nak tegur sebab takut tersalah orang. Kalau tak, merasa juga aku kena belanja makan oleh Pilot. Haha.. Si Shafiq ni kawan aku satu sekolah. Sekarang jadi Pilot Air Asia.

Esok pagi-pagi dah bangun selepas ‘tidur lena’ di airport, solat, mandi checkin terus naik flight menuju ke Penang. Excited.. Sebab tak pernah sampai Penang dan tak sabar jumpa Amani, sahabatku sematrik.. Sampai Penang, Amani dan Salwa ambil kat airport, tak cek in ‘hotel’ lagi terus jalan.

Driver dan co-Driver

Melawat tempat bersejarah kat Penang, tak tahulah apa namanya tempat tu. Permusafiran kali ini sedikit sukar disebabkkan hujan yang sekejap lebat, sekejap berhenti, sekejap renyai-renyai. Masuk ke Muzium Penang. No camera are allowed…owh No..Tak dapat la nak ambil gambar didalam Muzium. Kat luar pun jadila. Keluar dari muzium, hujan mula turun.

Taman Kota Lama bersama Amani dan Fana

Di luar Muzium Penang

Destinasi seterusnya menuju ke Batu Ferringhi. Keadaan jalannya sama seperti menuju ke Mersing atau ke Janda Baik? Penuh dengan selekoh tajam. Salwa pun menunjukkan kecekapannya memandu. Sepanjang perjalanan pemandangan agak menarik kerana sepanjangnya tersergam indah villa-villa yang dibina di atas bukit tinggi. Kerana terleka melihat keindahan alam ditambah dengan peta di tangan co driver cik Amani yang semakin lunyai, kami terlajak ke Teluk Bahang. Haha..Sempat menjamu selera di sana.

Selesai makan, ke Batu Ferringhi tapi tak singgah. Hanya lalu sahaja sebab belum ada apa-apa. Menurut tuan rumah batu Ferringhi meriah pada sebelah malam. Maka perjalanan diteruskan ke Masjid Terapung untuk menunaikan solat disamping melawat sekitar masjid yang cukup cantik. Kagum melihat seni bina Masjid ni. Hujan turun lagi. Kerana semangat nak ambik gambar hujan pun sanggup diredah..hehe..

Masjis Terapung di dalam hujan

Dari Masjid beralih ke Temple. Penang memang sangat banya Temple. Sepanjang perjalan juga banyak yang kami jumpa. Besarnya Temple ni. Semput juga mendaki sampai ke puncak. Fana sempat mencapai sedikit cenderahati untuk di bawa pulang.

Temple

Tempat yang paling hendak ku tuju bila menjejakkan kaki ke Penang ialah Bukit Bendera. Tapi Amani cakap Bukit Bendera tutup sebab renovation. Huhu..Tapi untuk puaskan hati pergi juga. Tengok pagar pun jadilah. Sampai sahaja di depan pagar Bukit Bendera, sememangnya tutup. Tapi terpandang landasan Cable Car yang panjang menuju ke Puncak membuatkan aku menyimpan hasrat untuk ke sana lagi. Nak naik jugak benda tu..

Kemudian pulang ke Desa Restu, USM. Kolej kediaman Amani. Tumpang bilik dia. Terus pengsan.. Selepas isya’ kami cek in dekat ‘hotel’ sebelah blok Amani merangkap blok Salwa. Layanan yang baik kami terima. Pakej lengkap bilik tu semua ada macam hotel betul-betul. Terima kasih pada Yani dan rumetnya yang sudi tumpangkan bilik dia buat kami.

Keluar makan malam, ingat nak makan di Kapitan(betul ke nama die?) tetapi meja tak ada. Sangat penuh. Akhirnya ke Johny..Lantakla, lapar kan makan ja. Lepas makan balik. Esok pagi nak sambung jalan awal-awal pagi.

Esoknya, ke Subaidah untuk breakfast. Ternampak nasi kandar tapi macam sangat awal pulak nak makan nasi. Jadi orderla benda lain. Abang tuan punya kereta sewa belum call lagi nak ambil kereta. Jadi kami gunala dulu.. hehe..jalan-jalan dalam USM. Besar, cantik, menarik.. kononnya nak melawat 10 tempat mesti dilawati di USM, tapi sempat jumpa satu ja kot. Durian Valley, yang budak-budak USM ni pun first time pergi.haha..Lupa, pagi ni Maz ikut. Lepastu tengok rumah tamu USM. Cantik dan unik rumah melayu lama.

Amani cakap Muzium USM best, tapi tutup. Jadi frust la juga sebab nak masuk juga. Jadi mereka pun bawala ke pintu muzium untuk tidak mengecewakan kami. Sampai-sampai di pintu muzium USM, nampak pintu buka. Haha..ni lah yang dikatakan rezeki. Kami pun masuk..waa..memang kagum, tergamam, jelous..macam-macam lagi perasaan masuk sini. Boleh propose kat UTM ni buat something yang macam ni.. Keluar dari muzium dengan rasa puas yang teramat sangat.. Tengok jam dah pukul 11 lebih. Abang kereta sewa pun dah call. Pulang semula ke Kolej kediaman.

Dalam Muzium USM

Banyak benda yang buat kami jelous, Kolej yang paling mahal RM 4.00. Terkejut.. biar betul? Paling mahal RM4.00? Hurm.. Lepastu bayar kereta sewa. Sewa sehari 24 jam. Itupun terlebih masa sebab pinjam dari pukul 9 Sabtu sampai 11++ Ahad RM 60. Minyak kereta isi RM 30. Waktu pulangkan masih ada dalam RM 15 kot selepas round satu Penang(yang ni percaya la sebab memang bawa slow sebab hujan lebat)…

Mendaki ke Desa paling tinggi. Desa Saujana. Terletak di bukit paling tinggi antara semua blok. Lepas tu naik ke tingkat 10..Nampak satu USM. Nampak Penang Bridge. Lepas tu tiba masa nak balik. Naik Teksi dari USM ke Bayan Lepas. Agak jauh juga. Tambang RM 16…Waaa..Baiknya pak cik teksi ni..

Pemandangan USM dari puncak tertinggi

Lepastu terbanglah pulang. Transit KL..tunggu dalam 5 jam sebelum terbang ke JB semula. Haha..panggilan terakhir menaiki pesawat.. Nasib baik nama tak sempat kena announce..Jauh la pulak kapal terbang ni parking.. Naik-naik je , tengok suma orang dah duduk.. Selamat sampai ke Lapangan terbang Sultan Ismail, Senai.. Penat tambah gembira dapat satu pengalaman menarik.. Empat kali naik Flight JB-KL-Penang-KL-JB.

Lain-lain gambar berkenaan :




















Nota:

1) lain kali nak melancong rajin-rajin cek tiket online. Mana tau dapat tiket murah..lagi murah dari naik bas..
2) Gembira jumpa Amani, yang lain jangan jealous..
3) Lama dah tulis cuma tak terupload

catatan 25 Mac 2010