Saturday, June 11, 2011

Hikayat Seribu Satu Malam

Bismillahirrahmanirrahim…

Berakhirnya hari ini bermulanya hari esok sebab jam dah menunjukkan angka 1.19 pagi. Hari ini sangat penat tapi menyeronokkan. Sedang mengikuti crash course yang di tukar nama kepada Dev Camp kerana mereka tidak mahu kami hancur berkecai diakhir kursus ini. Kursus ni di bawah subjek Game Development dan di handle sepenuhnya oleh artist-artist MyGo Solutions.Kami dipecahkan sekumpulan tiga orang. Seorang memegang jawatan sebagai programmer. Seorang sebagai sound engineer dan seorang lagi sebagai art designer dan disitulah aku. Rainbow sebagai programmer dan Junne sebagai sound engineer.

Semalam menghabiskan masa dengan berjalan-jalan mencari bunyi. Berjalan sekitar kawasan UTM di waktu petang. Subhanallah..indahnya bumi ciptaan Tuhan dengan dihiasi suara-suara alam yang sedang berzikir kepadaNya. Malamnya bersambung dengan berjalan-jalan di alam maya mencari imej-imej yang berkaitan sambil membaca segala hikayat yang ada (tak baca mana pun). Sedang bekerja untuk game bergenre sejarah dan lagenda.



Hari ni dipecahkan mengikut pipeline. Programmer dipindahkan ke lab aras dua manakala sound engineer dan art designer kekal dalam KPU7. Maka bermulanya hidup sebagai seorang artist. Bayangkan.. Task pertama diminta melukis satu karakter pahlawan memegang senjata. Masing-masing mula menunjukkan bakat yang macam ada macam tak ada. Cabaran sungguh tapi best. Sesi berakhir hampir jam 7 malam dan akan bersambung pada jam 8 malam.

Malamnya tugasan sebenar bermula. Kumpulan baru dalam kalangan artist dibentuk. Aku, Yaya, Rizs dan Irah diminta untuk melukis environment bagi karakter. Yaya untuk shapeshifter, Rizs dan Irah untuk human dan aku untuk elves. Maka mulalah fikiran berimaginasi. Bukan senang menjadi artist. Mungkin kerana selama ini kami lebih kepada programming( tapi programming pun tak hebat mana). Akhirnya terhasilah dua artwork yang entah-apa-apa. Huhu..susahnya nak mengasah bakat ni. Tapi menjadi artist ni sangat menyeronokkan. Esok sesi terakhir. Pembentangan segala artwork yang dihasilkan. Semoga di permudahkan segala urusan.







Aku termotivasi. Maka otak mula memasang angan-angan mat jenin. Terasa nak buat animation berkaitan Sirah macam animation Muhammad Utusan Terakhir dan Saladin serta Silat Lagenda. Silat Lagenda tu sejarah melayu yang dimodenkan. Ada sesiapa berminat nak merealisasikan angan-angan ni? Cik Bihah? Cik Siti Nuraini? InsyaAllah jika diizinkan dan diberi kekuatan, semuanya mungkin menjadi kenyataan.

Nota : Pandang kiri semua kepala terpasang headphone sebab mereka bebudak sound pandang kanan kepala semua tunduk ke meja dan habuk pemadam penuh kat lantai sebab mereka adalah bebudak art.

Thursday, June 9, 2011

Japanese Cheese Cake

Bismillahirrahmanirrahim…

Disebabkan banyak permintaan, hari ni nak berkongsi resepi. Resepi asal dari dapur CikTikah tapi telah diubah suai mengikut selera saya. Nak berkongsi resepi Japanese Cheese Cake. Tak tahulah kenapa nama dia macam tu. Resepi ni saya dah cuba empat kali dalam bilik saya di kolej menggunakan periuk nasi elektrik. Dan Alhamdulillah semuanya berjaya. InsyaAllah kalau ada kelengkapan yang cukup mesti lagi berjaya.

Japanese Cheese Cake (resepi ciktikah yang di ubah suka hati oleh saya)

Bahan :

A
250g cream cheese (saya guna philadelphia)
50g butter
100 mL fresh milk (saya guna low fat pun ok)

B
140g gula (saya guna 1 cawan kecil,kurangkan lagi.Cawan ni yg kecil tau macam cawan teh)
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil lemon juice (optional-ciktikah kata optional jadi saya tak guna)

C
6 biji kuning telur
1 sudu besar lemon juice (optional-yangg ni pun saya tak guna)
1/4 sudu kecil garam (yang ni tak tmbah pun tak pe sebab cheese dah natural rasa dia)
60g tepung gandum (saya guna 1 mug kecil tambah lagi sikit)
20g tepung jagung (saya guna 2 sudu besar tambah lagi sikit)

D) Topping (resepi saya)

Cheddar cheese
Susu pekat manis (jangan guna jenama giant-dah try tak sebati)

Cara :

  1. Double-boiling bahan A sampai sebati dan cair semuanya. Ketepikan.
  2. Campur telur dan lemon sampai foamy. Kemudian, tambahkan gula, pukul sampai soft peak. Nak tau soft peak ke tak, lepas kembang tu, telangkup kan bekas adunan tu kalau adunan tak jatuh, soft peak la tu. Adunan tu dah ok.
  3. Kemudian, campurkan bahan A, B dan C. Gaul rata. Masuk dalam loyang yang dah digris kan.
  4. Bakar dalam oven suhu 160c selama sejam dengan cara au bain-marie (waterbath). Masuk kan air sikit dalam satu lagi loyang lain yang lagi besar dari loyang kek tadi. Letak kan loyang kek atas tray yang dah berisi air.
Cara buat Topping:

Resepi CikTikah :
Bubuh susu pekat manis atas kek, parut cheese

Resepi Saya :
Campur susu pekat manis dengan cheese gaul sampai sebati. Kalau guna mixer dia sebati, kalau guna tngan mcm kurang nak sebati. Kalau tak ada mixer, saya double boiling kan campuran sampai sebati. Lepas tu tuang atas kek.

Pesanan dari Cik Tikah :
Kek jenis ni lagi lembut dari yang bakar tak guna air. Kalau nak kukus pun boleh. Lagi lembut kek tu. Nak tahu kek dah masak ke tak, cucuk dengan lidi kalau tak melekat masak dah tu.

Ok, selamat mencuba hingga berjaya.












Thursday, June 2, 2011

Alkisah Sebuah Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya, masuk juga ke sini semula. Memang tak boleh nak istiqamah menulis ni. Sejak-sejak cerita terakhir tentang tiket kapal terbang yang bersusun tu, kesibukan melanda. Masakan tidak minggu-minggu terakhir latihan industri. Kadang-kadang bila buka blog ni terfikir nak tukar kan jadi travelog. Maksudnya nak tulis cerita tentang perjalanan, permusafiran semata-mata. Bila buka lain kali macam nak buat sebagai dapur berkongsi resepi pula. Bila buka lain kali lagi nak buat benda lain pula. Tak tetap pendirian? Personality disorder? hurm... Jom kongsi kisah terbaru..

Kisah 1 : Berakhirnya Latihan Industri

Company tempat Praktikal 20 minggu

Alhamdulillah...Berakhirnya fasa Latihan Industri selama 20 minggu dengan jayanya. Memang best berada di Twin Systems. Banyak belajar, merasa sendiri macam mana keadaanya bila dah mula bekerja nanti. Persediaan macam mana nak bahagikan masa antara kerja dan gerak kerja. Walaupun cuma sebahagian tapi banyak mengajar dan membuatkan otak mula berfikir.

Kisah 2 : Bukit Bendera Akhirnya

Alhamdulillah...Satu lagi angan-angan menjadi kenyataan. Hari tu pergi Pulau Pinang dengan Fana tak berkesempatan ke puncak Bukit Bendera sebab tutup untuk renovation. Bila tau abang(the one and only adik lelaki yang dipanggil abang) dapat UiTM Pulau Pinang, aku pun menawarkan diri nak hantar pergi register. Habis je register dan selesaikan semua urusan di UiTM, langkah dipanjangkan ke Pulau Pinang (orang panggil Tanjung) sebab UiTM berada di seberang Tanah Besar. Akhirnya terjejak juga kaki di Puncak Bukit Bendera. Explore Pulau tu berjalan kaki. Tempat tinggal memang sangat strategik dan berbaloi.

Kisah 3 : Cheese Cake


Gambar dari dapur cik Tikah. Tak sempat nak ambil gambar sendiri punya.

Hobi baru. Mencuba pelbagai resepi. Sebenarnya hobi ni memang ada. Cumanya macam chipsmore. Kejap ada kejap kejap tak ada. Aku dapat resepi cheese cake ni dari Dapur Cik Tikah. Aku pun cubala sebab resepi dia agak senang berbanding resepi yang aku ada. Masalah yang timbul mesin pemukul tak ada jadi main pukul telur tu pakai tangan. Tahap kesabaran kena tinggi la sebab nak bagi telur tu kembang jadi meringue(putih telur yang kembang-nak tau boleh goggle). Masalah kedua penimbang tak ada. jadi aku main campak jela bahan-bahan. Masalah ketiga oven tak de nak bakar jadi aku kukus. Pengukus pun tak ada jadi aku kukus atas periuk nasi. Maklumlah buat kat asrama. Akhirnya...Alhamdulillah hasilnya memuaskan. Kali pertama tak sempat ambil gambar dah licin. Buat kali kedua bawa pergi office masa hari terakhir LI. Lepas ni nak cuba Choc Cake pula.

Kisah 4 : Review Hlovate fasa ke-2

Langsir Biji Remia-Noor Suraya

Contengan Jalanan - Hlovate

Review ke namanya? Bukan rasanya. Sebab tak baca lagi. Cerita terbaru Hlovate Contengan Jalanan. Sempat sambar kat PBAKL baru ni. Tak pergi pun. Kirim Kat Cik Irah. Bila Cik Irah nak sampai JB ni? Nak buku. Nanti dah baca boleh buat review Contengan Jalanan + Langsir Biji Remia oleh Noor Suraya. Cerita beliau pun agak best. Dah baca Nyanyian Tanjung Sepi dan Jaja & Din. Sebab masa tu tengah kering dapat yang tu jela. Sutera Bidadari (en. RAM) kena hold dulu. Sekarang nak cari Sutera Bidadari. Siapa yang sampai dulu? Sutera Bidadari atau Contengan Jalanan & Langsir Biji Remia?

Inilah antara kisah-kisah benar yang berlaku. Nanti aku kongsi resepi Cheese Cake Cik Tikah. Tapi dalam link ke blog dia tu pun ada. Kalau nak cuba bolehla. Buat kat asrama pun boleh. Dijamin jadi. IsyaAllah..Alhamdulillah diberi peluang merasai semua ini. Diberi peluang untuk mencari dan memahami makna sebuah kehidupan.

Nota:

1)Jalan kemana-mana silalah bawa kad matrik kerana anda akan merasa harga tak terduga dengan adanya Student Pass.

2)Entri ni aku tulis ari tu. dah publish tapi tiba-tiba ada malware so delete balik. Sekarang publish semula

3)Cik Irah dah balik. Dah dapat buku.