Saturday, June 23, 2012

Hari Terakhir : PERSADA : MISTI

Bismillahirrahmanirrahim...

Selesai tugasan terakhir saya di JB sebelum memulakan hidup baru di Kula Lumpur. Bermula Hari Selasa dan sepatutnya berakhir pada Hari Isnin depan berlangsungnya Minggu Sains dan Teknologi Negeri Johor bertempat di PERSADA JOHOR. Namun saya perlu mengundurkan diri pada esok hari disebabkan ada perkara yang perlu diutamakan.

Berkenalan dengan ramai orang yang berjiwa besar dan berpandangan jauh. Team dari UTM Abang Ku, Kak Mas, Najib, Ibrahim, Kak Awin, Naim, Zurai, Ayien, Nana, Ain, Jen, Luqman dan Iwan. Tidak lupa Syed dari USTICT yang bertanggungjawab menjaga kami, walaupun macam-macam masalah yang timbul, diharapkan semuanya tidak disimpan didalam hati.

Berjalan-jalan disekitar dewan pameran juga menemukan saya dengan ramai orang. Hari pertama semasa perasmian terjumpa dengan tiga orang ex-box semasa latihan industri, juga terjumpa dengan Dr Norma, ex-bos saya semasa di Ibnu Sina. Sempat bekerja dibawah beliau selama seminggu dan juga mereka-mereka yang dibawah bimbingan beliau. Hari terakhir berjalan-jalan terjumpa dengan sekumpulan adik-adik dari fakulti kimia yang sangat cool. Semoga ketemu lagi dengan kamu semua dan kekalkanlah sikap kamu yang sungguh cool itu. Hari terakhir juga bertemu dengan Shafiqah(Kawan yang sedang LM).

Booth kami sangat dipenuhi orang tidak mengira usia. Antara tarikan nya ialah Game Boboiboy, Kihect, X-box dan Guitar Hero sampaikan perlu dkawal dengan penuh diplomasi dan tegas bagi mengelakkan sebarang perebutan dan penguasaan berterusan oleh yang tidak sepatutnya. 

Hari terakhir juga saya mendapat nasihat dan pandangan jauh kehadapan yang membuka mata dan minda saya dari seorang yang saya hormati. Hari terakhir juga bertemu dengan orang yang mencipta alasan untuk kesenangan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain(sedikit emosional dengan orang macam ni) dan hari terakhir juga dapat berkenalan dengan adik-adik yang seangkatan. 

Semoga semuanya tidak berakhir di sini. Saya sangat menghargai kamu-kamu yang saya kenali di PERSADA ini. Walaupun tak dapat bersama-sama hingga ke akhir program, saya mendoakan agar kesemuanya berjalan lancar. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kesilapan secara sengaja atau tidak sengaja. Semoga kita dipertemukan lagi di lain pertemuan yang lebih baik.

Nota:
Mengharapkan pengurusan sesuatu program supaya lebih tersusun
Jadilah seorang ketua yang  menjaga kebajikan nak buah kamu
Bergembiralah dan ikhlaslah dalam setiap apa yang kamu lakukan.

Saturday, June 16, 2012

Seindah Ukhuwah

Bismillahirrahmanirrahim....

Akhirnya dapat ketemu dengan saudara-saudaraku selepas pelbagai perancangan yang dibuat. Atas kesibukan dan tanggungjawab masing-masing, amat payah untuk mengumpulkan kesemua 98 nama. PSM, Final Exam, Meeting dan pelbagai lagi tanggungjawab lain yang perlu diutamakan daripada bertemu mata dengan sahabat-sahabat ini. 

Pada awal pengumpulan nama hanya 20 yang menyatakan kesanggupan untuk hadir namun malamnya, sangat terharu melihat yang hadir lebih daripada yang 20 nama itu. Sesungguhnya Allah mengikat hati-hati kami untuk mencuri sedikit masa yang sangat berharga demi sebuah ikatan ukhuwah yang telah lama terjalin.

Tersentuh hati mendengar bingkisan setiap yang hadir. Bila lagi dapat mendengar suara kamu semua, bila lagi dapat melihat wajah-wajah kamu. Walau dilanda kesibukan, tetap mampu menyediakan sebuah hadiah buat sahabat tercinta. Hadiah paling berharga dari seorang teman buat temannya. Ya Allah sungguh indah. Saya tahu tidak ramai yang membeli hadiah yang baru, tetapi ramai yang memberi  koleksi kesayangan peribadi khusus buat seoarang sahabat.

Juga rezeki yang sangat murah malam tersebut. Ada yang membawa air, ada yang membawa keropok, coklat, sate, ayam kfc, dominos pizza dan pelbagai lagi. Saya tertanya-tanya bagaimana pertemuan sesingkat itu mampu diisi dengan sangat bermakna? Semuanya kerana Allah campakkan rasa kasih dan sayang dalam hati kami. 

Kata saya buat kamu:

"Terima kasih sahabat2 ku sekalian. Seramai itu kamu hadir. Terima kasih Salmuh atas bingkisan yang menarik. Kepada Diana, jaga dia baik-baik ya. Dia memang ditakdirkan untuk kamu. Bagi kamu yang tidak terdengar tadi - KELEBIHAN ORANG LAIN AKAN MENYEMPURNAKAN KEKURANGAN KITA  - Kepada kamu yang tidak hadir jasadnya, hati kamu tetap bersama. Semoga ketemu lagi InsyaAllah"

Semoga ukhuwah ini membawa kita menuju redha Allah. Amin.
 

Tuesday, May 29, 2012

Temuduga dan Berjejak Kasih

Bismillahirrahmanirrahim...

Minggu lepas hari Selasa, saya bergerak menuju Kuala Lumpur. Rasanya dalam bulan April dan Mei ni dah banyak kali turun naik JB-KL. Tujuan saya ke KL baru ni sebab menghadiri temuduga sebagai Pereka Grafik sambil menjejak kasih. 

Sampai KL bermalam dekat rumah kakak. Untungnya datang kali ni masa beliau gaji. Dapatla merasa makan besar percuma. Khamis bergerak ke UKM, bermalam di UKM sebab dekat dengan tempat temuduga. Lagipun Kak Long Azma nak teman pergi temuduga. Menumpang bilik Fiza, iaitu adik usrah Azma, Jumpa Sarah dekat bilik pesta konvo, berkenalan dengan Syarmila dan terjumpa adik Kak Anis Afida. 

Pergi temuduga di Jemari Seni, orang-orangnya baik dan peramah, temuduga serba ringkas dan disuruh design. Tapi saya blur, tidak mampu mengeluarkan idea yang menarik. Cuma design semampu yang boleh. InsyaAllah kalau ada rezeki saya disana, adalah. Kalau tak ada, boleh cari lagi kerja lain. Tapi pengalaman temudga tu tetap dapat.

Lepas temuduga, pergi jumpa Tikah, dia kawan baik saya masa sekolah menengah dulu. Kawan ketawa, kawan menangis, kawan bergaduh, kawan buat kes, macam-macam lagi yang kami buat. Lepas tu Sera dan Kak Yasmin datang. Sera mentee saya masa sekolah menengah dulu dan Kak Yasmin ni senior saya masa sekolah menegah dulu. Macam-macam cerita sekolah dulu kami buka. Tapi tak berkesempatan jumpa Miss Hidayah. Beliau cikgu sekolah saya masa sekolah menegah dulu dan sangat sporting. Mereka ni semua sambung belajar di UKM dan ditakdirkan duduk satu kolej. Sangat seronok.

Malam tu juga saya balik semula rumah kakak, masa dekat UKM macam-macam benda berlaku. Seperti kata Tikah sebab saya berada di crime scene. Esoknya Sabtu, kakak saya nak bertolak ke Perak sebelum balik Kelantan. Jadi saya merempat ke tempat lain pulak. Akhirnya dapt tempat menumpang rumah sewa Irah. Irah ni kawan saya masa degree dulu.Kawan masak maggi sama-sama.

Kagum tengok Irah sebenarnya. Sebab dia telah menjadi dewasa dengan jayanya. Dia dah pandai masak. Bangun awal pagi dan masakkan saya. Sangat terharu. Dulu Irah hebat buat kek atau western food je tapi sekarang dia dah pandai masak kampung style. Betul kata orang, bila kita semakin dewasa semakin bayak kita belajar tentang kehidupan. People Change. Jadi janganlah kita bersangka buruk dengan orang, satu hari mungkin dia jadi lebih baik dari kita. Hari Ahad saya selamat sampai JB semula.

small note : 
  1. Saya belajar banyak perkara dengan permusafiran kali ini
  2. Orang boleh berubah. 
  3. Mustahil nak buat semua orang suka kita tapi tak mustahil untuk kita maafkan semua orang -irah-

Monday, May 28, 2012

Kanak-kanak Yang Comel

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah..akhirnya mempunyai ruang dan peluang untuk bercerita tentang mereka. Hari Sabtu sebelum konvo bersamaan dengan 5 Mei 2012, saya telah menyibukkan diri untuk menjadi sukarelawan Sport Carnival and Family Day Tadika Ihsan Pusat Islam UTM. Macam mana saya boleh terlibat? Panjang ceritanya. Dipendekkan cerita saya diberi tugasan menjaga adik-adik Rumah Hijau iaitu Rumah Ali bersama Sut dan Kak Fina. Kerjanya nampak mudah tapi tidak semudah yang disangka. Tugas saya, sut dan Kak Fina ialah menjaga adik-adik rumah hijau, suruh mereka duduk elok-elok, nak mula acara hantar mereka ke tempat acara, selepas acara ambil mereka bawa semula ke khemah. Nampak senang kan?

Tapi, kalau dah mereka ni nampak mak ayah terus berlari-lari ke sana. Nampak benda-benda yang pelik pun berlari-lari kesana, bila disuruh duduk mereka ikut tapi lima minit kemudian bertempiaran semula, memang buat pening kepala. Tapi disebabkan mereka comel, tak jadi nak pening kepala. Kata Ustaz Hasrizal, kenakalan dan sifat ingin tahu mereka itu jangan dihalang. Hanya perlu dikawal. Sebab kalau dihalang dan dimarah nanti akan menyebabkan mereka membesar dalam keadaan pasif. Itu yang kami cuba aplikasikan.

Cukup sekadar itu ceritanya, Biarlah gambar-gambar ini menceritakan segalanya. Apa-apapun sangat seronok dapat bertemu dan menjaga mereka. 

Sut bersama Rumha Uthman

Mereka memang suka dengan kamera

Ibu Sut dan Ibu Fina dengan anak-anak mereka

Cuba teka mereka tengok apa?

Jeng jejeng...Ini lah yang mereka tengok. "Eh, kasut dia ada lampu kelip-kelip"...haha sungguh comel mereka

Dia nangis sebab tak pakai baju rumah sukan. Kesian kakak-kakak ni hilang arah nak pujuk dia

Adik-adik rumah Abu Bakar

Hidayah, Dayana dan Darine - tiga sekawan

Semangat sebelum perbarisan masuk

Mereka dengar bunyi cengkerik. Memang sifat ingin tahu sangat tinggi

Macam-macam gaya mereka ni =)

Lapar dan penat dan gembira

Fahim

Azrul - kata Sut muka dia macam pelakon juvana

Comel

Oh dia sangat comel. Dia dari Taska UTM.

Suhaimi

Syazwani

Eisya

Hidayah

Fatimah

Alamak, tak ingat nama

Yang ni pun tak ingat. Dia anak Foreigner

Dayana

Fahim lagi

Adam yang sangat hyperactive

Tak ingat nama juga

Adam

Salah satu acara yang fasi pun disuruh main...haha

Macam-macam la di buatnya si Adam ini

Anak Sabahan Mix..Comel

Adi Shah Putra - nama dia

Adik rumah biru yang minta belon. Tak ingat nama dia

Albaraa - Anak foreigner juga

Oh budak comel ini lagi. kepala dia ikut arah kamera gerak..Sangat comel

erk...Nuaym Suhaimi lagi..haha
Sekian cerita tentang kanak-kanak yang comel. Semoga satu hari nanti bertemu mereka kembali.

Monday, May 21, 2012

Anak Kandung Rimbun Bernaung

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..inilah hasilnya setelah 3 tahun setengah bergelar pelajar SCV. Banyak sangat kenangan pahit, tawar, masam, manis yang saya perolehi sepanjang masa pengajian. Disini saya menjadi saya pada hari ini. Disini saya kenal mereka, pergi sekolah sama-sama, keluar sama-sama, main masak-masak, bergaduh, bermaafan, beraya. Semua kami buat bersama. Dan kami berada di pentas ini bersama.

Konvoi Raya SCV
Masjid Putrajaya lepas kenduri Cikyah
Steamboat di Mutiara Rini selepas hantar tesis
Photoshoot untuk cover buku Multimedia Data Processing

Dengan Classmate dan ibu Sarah
Pre-Grad Photoshoot sebelum hantar tesis
Hasil penat lelah
SCV di Madinah bersama PM Daut, PM Sarudin, Ustaz Taib dan Dr Shahrizal
Sate Kajang selepas kenduri Cikyah
Bersama Chinese Student selepas keluar dewan
Juga mereka-mereka yang sentiasa di hati saya. Berprogram, berselisih pendapat, jatuh ada orang bangunkan, rebah ada orang papah, menangis ada yang pujukkan, lalai ada yang mengingatkan, terluka ada yang merawat. Walaupun tidak berada pada pentas yang sama, tapi jalan ini tetap bersama.
Depan KFC Jusco Taman U dengan adik beradik yang ramai
Tidak lupa kepada yang berusaha mendidik, membimbing membantu saya sepanjang saya menjadi anak GMM khususnya buat En Supervisor saya yang banyak membantu Prof. Dr Ghazali Sulong.
Bersama En Supervisor Prof.Dr Ghazali dan anak-anaknya
Dan setulus seikhlas hati teristimewa buat cik Puan Mama yang tidak jemu mendoakan. Tidak jemu-jemu menunggu saya tamat pengajian. Juga buat adik-beradik dan kaum keluarga saya sekalian. Special Thanks kepada semua. Semoga Allah merahmati kalian.
Bersama cik Puan Mama, Kakak, Kek ja dan Abang selepas keluar dewan. Jimah dan Adik dan ayah tak ada di tempat kejadian
Bakal Dr. Sebab jubah dah pulangkan, pinjam jubah IS Student yang tengah ambil gambar dekat gate. Dan beliau mendoakan saya juga bakal mendapat Dr.