Wednesday, January 25, 2012

Istikharah Cinta

Bismillahirrahmanirrahim...

Wooo...Tengok tajuk macam gempak je kan. Nak share satu lagu. Makin dengar makin best pulak. Lepas dengar dia punya melodi yg best tengok pula lirik dia..Pun best...



Yang ni pulak lirik die..Silalah dengar dan hayati=)


Bersaksi Cinta Diatas Cinta
Dalam Alunan Tasbih Ku Ini
Menerka Hati Yang Tersembunyi
Berteman Di Malam Sunyi Penuh Do'a

Sebut Nama Mu Terukir Merdu
Tertulis Dalam Sajadah Cinta
Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman

Istikharah Cinta Memanggilku
Memohon Petunjuk-Mu
Satu Nama Teman Setia
Naluriku Berkata

Dipenantian Luahan Rasa
Teguh Satu Pilihan
Pemenuh Separuh Nafasku
Dalam Mahabbah Rindu

Di Istikharah Cinta..

Thursday, January 19, 2012

Sebelum Berakhir..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..semalam dah pergi jilid tesis. Tinggal nak siapkan book chapter dengan cd lagi. 5 jam berkampung dekat iPrint gara-gara nak print segala bagai tesis2 itu. Highly recommended la iPrint tu kepada sapa2 yang nak pergi print apa jenis barang pun. Profesional, staf yang mantap, print pon lawa, harga pon boleh tahan, komputer laju, apa lagi? yang penting tak da VIRUS. Lepas print terus boleh hantar jilid terus...

Sebelum semuanya berakhir nanti nak buat satu post lagi pasal PSM. Post yang terakhir. Bukan sekarang..Kepada teman-teman yang masih lagi bertungkus lumus menghadap PSM, semoga urusan kalian di permudahkan. Amin..

Tuesday, January 17, 2012

Hadiah terbaik..

Bismillahirrahmanirrahim...

The best birthday present ever from Allah Subhanallah..Alhamdulillah..tiada kata yang dapat menggambarkan macam rasanya perasaan hari ni. Syukur sangat-sangat. Akhirnya borang jilid tesis ditandatangan oleh supervisor. Boleh dah pergi jilid tesis. Alhamdulillah. Percaya tak sebelum ni pernah ada rasa nak give up setelah beberapa kali ada masalah. Presentation pertama kali lulus major. Maksudnya kena present lagi sekali. Minggu leps present kali kedua, En Examiner kata mereka nak bagi major, tapi sebab dah present dua kali, mereka tolong dan diberi pilihan, sambung buat sistem sikit lagi atau tambah kat report 20 page cerita pasal benda yang tak dapat bua tu. Dan saya pilih buat sistem. Tapi semua orang yang dengar tak setuju. Mereka suruh saya pilih report. Diberi masa satu malam untuk bagi algorithm yang nak digunakan tu. Puas fikir, study menghadap laptop nak fahamkan benda tu. Sampai siap nangis lagi. Sebenarnya bukan nak nangis pun tapi perasaan dah sangat tak tenteram. Masa ada seminggu lagi. Hari tu dah hari khamis. Menghadap benda tu sampai ke malam, masih tak dapat. Janji nak emel malam tu kat en Examiner, tapi saya tak larat dah nak pikir. Esok paginya after Subuh, saya buat keputusan saya pilih report dan saya emel pada en Examiner.

Pagi Jumaat tu, jumpa pulak en SV, bagi tahu keputusan presentation semalam. Tapi beliau tak bagi saya buat report. Beliau suruh sambung, then pergi jumpa semula dengan en Examiner bagi tahu en SV tak bagi buat report. Nak tahu apa respon en Examiner?

“BAGUS!!!”

Ok, tukar balik keputusan, menghadap lagi benda tu. Tengok logic dia macam paham. Ok saya buat walaupun dah separuh nak give up. Tapi saya cakap kat diri sendiri, insyaAllah boleh buat. Try memotivasikan diri sendiri. Jeles tengok kawan-kawan yang dah lepas. Ok, saya paham sikit-sikit dan saya pun mula buat dengan bantuan cik Rumate dan cik kawan-kawan. Saya buat ikut suka hati saya dan akhirnya dia boleh run. Saya tahu benda tu tak ikut betul-betul konsep yang sepatutnya. Tapi bolehla kot. Lepas tu saya siapkan report. En Examiner kata report saya nipis, tebalkan lagi.Baik, saya pun mula mengarang, dan dapat tambah 30 page tanpa sedar. Alhamdulillah...

Pagi tadi rasa sangat cuak. Sebab nak demo dekat en Examiner. Saya dah betul-betul pasrah. Saya serahkan semuanya kat Allah. Saya doa banyak-banyak supaya hati-hati mereka dilembutkan. Sebelum pergi, saya mesej kawan-kawan supaya doakan saya. Saya mesej cik puan Mama suruh doakan saya. Sebab antara doa yang tiada hijab dengan Allah ialah doa seorang sahabat untuk sahabat dia, doa seorang ibu untuk anak-anak. Saya sangat-sangat mengharap doa-doa mereka.

Sampai sahaja terus pergi demo. En Examiner cek dan Alhamdulillah, lepas....syukur sangat-sangat. Lepas tu jumpa pulak en SV, beliau tengok abstrak, dan lepas lagi. Alhamdulillah. Cuma betulkan sikit yang BI. Lepas tu, ada dengar berita yang agak mengkalutkan diri. Betulkah konsep yang saya buat, takut nanti akan misleading orang yang baca tesis saya. Maka saya pergi jumpa lagi sorang en Examiner yang pro dalam bidang tersebut. Beliau pun terangkan kat saya algorithm tersebut. Yup, memang ada sedikit kesilapan. Beliau cakap kat saya, tak payah tukar code, just tukar nama teknik yang saya guna. Namakan je sendiri sebab teknik tu macam buat baru. Cuma similar dengan teknik yang sedia ada. Saya pun letak la nama yang beliau bagi. Dan en SV tak banyak tanya. Petang tadi hampir ke pukul 7 pm, saya berjaya dapat tandatangan en SV dan markah sekali. Beliau cakap bolehla pergi JILID. Alhamdulillah..Syukur sangat-sangat-sangat-sangat..and this is the best present from Allah for my birthday..

Small note:
  • Silalah berjuang sehingga ke akhirnya, Jangan give up tengah jalan. InsyaAllah kita boleh.
  • Serahkan segala pergantungan kita pada Allah, insyaAllah Dia tak akan mengecewakan kita
  • Sentiasalah minta mak doakan kita sebab doa mereka yang paling dekat dengan Allah. Redha Allah adalah redha mereka.
Cerita ni ditulis semalam...

Saturday, January 14, 2012

Speechless : Ya Allah sembuhkan kawan kami

Bismillahirrahmanirrahim….

Petang semalam pergi hospital melawat kawan kelas. Dia ada dekat wad neurologi. Kalau dah ada dekat wad tu boleh fikirkan dia sakit apa. Dia ni dalam kelas diam sangat. Dia bergerak slow je. Bila tengok macam kesian. Lecturer kalau nak marah pun mungkin rasa tak sampai hati tengok gaya dia. Dari first year. Ingatkan memang perwatakan dia macam tu.

Sem akhir ni, ada satu subjek yang lecturer tiba-tiba panggil suruh ambik dia masuk group kitorang. Kitorang pun ok je la terima. Assignmet satu dia bentang tu pun atas permintaan lecturer. Assignmet dua bagi dia kerja. Tapi dia cakap laptop dia rosak. Ok la, boleh terima alasan dia. Assignmet tiga memang tak minta dia buat apa-apa sebab dia dah selalu tak datang kelas.

Selalu fikir, apa masalah dia. Kenapa dia tak datang kelas? Dia buat apa kat bilik? Laptop dia kan rosak. Tanyalah kat member dia kawan-kawan kelas. Budak-budak lelaki ni kata la dia tak buat apa pun kat bilik. Macam tu jela. Tidur, bangun, tidur balik, bangun balik dan rutin dia macam tu. Macam sangat pelik. Tapi tak pernah nak fikir di luar alam.

Satu hari, member dia cakap. Budak ni kat PK, masuk air dalam badan. Orang PK(bukan Dr) cakap dia depressed. Dalam hati fikir, dia yang buat diri dia depressed. Lepas tu esok, member dia kata lagi, dia pergi PK lagi. Dr nak ambik darah. Buat blood test. Lepas tu dengar berita lagi Dr hantar dia pergi HSA. Lepas tu, semalam member kelas tanya. Tak nak melawat dia ka? Sabtu dia nak balik Penang dah. Waktu tu macam-macam versi sakit dia kitorang dengar.

Petang semalam pergi kat HSA. Waktu sampai, dia baru balik dari toilet. Dia sangat kurus, sangat tak larat. Nak angkat badan sendiri naik katil pun ketar-ketar. Sedih je tengok. Macam nak tolong je papah naik atas katil. Nasib baik lelaki. Time tu tak tahu lagi dia sakit apa tapi dah boleh agak. Pastu ada family dia. Mak, ayah dan kakak dia. Tanyalah bila makcik nak balik Penang? Mak dia kata, tunggu dorang operate dia, baru boleh balik Penang. Selagi tak operate tak boleh balik. Mak dia sebenarnya tak tahu keadaan dia macam tu selama ni. Sampaila Dr PK yang hubungi mak dia. Dia simpan sorang-sorang. Mak dia siap tanya kat roommate dia sejak bila dia jadi macam tu.

Mak dia kata, dia banyak lupa benda. Sedihnya dengar. Tiba-tiba, dia cakap kat mak dia. Dia ni budah Sabah sambil tunjuk kat saya. Sangat terharu, dia masih ingat. Lepas tu tanya kat mak dia, dia sakit apa sebenarnya. Mak dan ayah dia cakap ada ketumbuhan kat belakang kepala. Terus speechless walaupun dah boleh agak. Lepastu kakak dia cakap senang kata BRAIN TUMOR dengan muka akak tu macam menahan nak nangis. Speechless lagi sekali. Ya Allah, selamatkanlah kawan kami. Doa je mampu bagi kat dia sekarang. Tak sanggup dah nak tulis.

Big note: To all reader please pray for him. Semoga doa-doa kita mampu bagi kekuatan kat dia dan family dia. Amin…

Saturday, January 7, 2012

PSM : Hari-hari terakhir dalam hidupku..sebagai degree student

Bismillahirrahmanirrahim...

PSM lagi. Sila jangan bosan kerana saya rasa macam nak buat satu jurnal tentang PSM sahaja. Hari-hari terakhir dalam hidupku….di UTM. Teringat pula buku hari-hari terakhir dalam hidupku. Silalah cari dan baca kerana buku itu sangat best.

Pagi ni, 6 Januari 2011 bersamaan hari Jumaat yang indah permai seperti jumaat-jumat yang telah berlalu. Pukul 10 am ++, saya dan ayien pergi ke fakulti untuk hantar draft PSM. Masa yang diberikan hanya 1 jam 11 am – 12 pm. Jadi datang awal untuk mengelakkan sebarang masalah. Sampai sahaja d ruang legar jabatan…wah ramainya orang. Student PSM 1 dan PSM 2 pun ada. Jumpa kak Husna. Beliau pun bertanya, dah complete ka semua yang nak dihantar? Tengokla senarai benda yang perlu dihantar. Ya Allah.. tak complete lah pulak. Maka mulalah mengelabah ayam di situ. Panik2..Macam mana ni.

“Ayien, sempat ni nak balik kalau ada transport…”

Dipendekkan cerita, dapat lah sebiji motor kepunyaan Pali. Padahal selama ni hanya beberapa patah je pernah bercakap dengan Pali. Tengok hari ni dia yang tolong. Pali kata,

“Motor aku buruk…”

“Tak pe, kitorang nak balik cepat, nak ambik logbook tertinggal. Ko parking mane??”

“Ade kat bawah. Korang jangan bawak laju tau. Brek tak makan. Hati-hati jalan…”

Ayien dan saya meluru terus turun kat parking motor cari DP 1420 dan jumpa. Terpaku kejap depan motor.

“Ayien, ko boleh bawak tak ni??? …” Aku mula risau..

“Boleh2..”

Ayien pon start motor siap bukak selipar lagi. Haha..

“Ayien aku duduk mengiring ye. Aku pakai kain…” Menggelabah ayam sekali lagi..

Maka dengan tak pakai helmetnya, kami pon naik motor dengan kelajuan yang basikal pon boleh kejar. Motor tu macam tak seimbang sebab saya yang duduk mengiring, mana nak pegang barang2 lagi, nak pegang motor lagi,nak pegang kain yang terbang-terbang lagi.

Tiba-tiba, ada la pulak pak cik polis menunggu dihadapan lingkungan L50 dengan muka yang garang amat. Aduyai.. en pakcik polis suruh ketepi. Berhenti ja motor terus tak boleh start. Kesian pakcik tu tengok kitorang. Dia suruh tolak ketepi sambil dia tahan kereta supaya berhenti bagi kami laluan.

“Pakcik maaf, nak cepat sangat2. Nak hantar PSM pakcik. Masa ada sejam je..”

Merayu-rayu kami minta di kasihani. Pak cik yang mula-mula garang terus jadi tak garang.

“Nak, pakcik cuma jalankan tugas…Ni first time ye kena saman??”

“A ah pakcik..First time, kitorang transport pun tak da . Ni pinjam terpaksa ni…nak ambik barang tertinggal kat bilik..Saya nak grad pakcik. Nak hantar PSM ni”

Dalam hati pakcik nak saman ok je. Saya terima. Saya tahu kami salah. Tapi pakcik tulis lah cepat-cepat. Nanti tak sempat nak hantar. Pakcik pun macam tau-tau je. Beliau pun tulis cepat-cepat siap pesan nanti buat rayuan ye. Ok beres pakcik.

“Dah, pergilah..kalau ada polis tahan cakap pakcik dah saman awak..”

Ayien pon terus pecut. Dengan tergelak-gelak atas motor, dengan bunyi motor macam tu..akhirnya selamat sampai H25. Alhamdulillah. Sempat ambik log book. Sempat tukar seluar, sempat capai helmet kat bilik, naik motor balik nak ke fakulti semula. Tiba-tiba, motor tu tak dapat nak naik bukit. Bantai gelak lagi. Turun dulu, tolak motor sampai atas bukit. Lalu balik ke lingkungan L50 dengan niat nak melambai pakcik polis sebab dah ada helmet. Eh eh.. Pakcik tu dah tak ada. Ha memang lah dah nasib badan nak kena saman. Hari-hari terakhir hidupku sebagai pelajar degree..disaman buat pertama kali.

Sampai fakulti, dalam kelam-kabut nak hantar report sempat lagi snap gambar motor yang sangat banyak jasanya pada kitorang. Walaupun dia tak sesempurna mana, tapi jasa dia sangat besar. Alhamdulillah..akhirnya selamat hantar draft . Tinggal nak present je lagi.

Ha..ni lah dia motor yang sangat banyak jasanya

Dan helmet juga..

Kalau nak diceritakan sebenarnya sangat banyak kebetulan (takdir Allah sebenarnya) yang berlaku yang memudahkan urusan kitorang hari ni.

1) Sampai sahaja fakulti kak Husna ada kat situ bagi tahu apa yang tak cukup
2) Gelabah cari transport, Pali ada kat situ sudi meminjamkan motor
3) Borang tak cukup, call Sarah, sarah memang tengah ada kat kedai printing
4) Borang salah print, pergi naik atas, makcik kedai baru nak tutup kedai. Beliau bukak balik bagi kitorang print
5) Dah habis nak balik, ada bas berhenti, bagi kitorang naik walaupun dah habis masa bertugas
6) Lapar…Bas kebetulan berhenti kat student mall (depan meranti)

Kan? Banyak kan Allah permudahkan urusan kitorang..Alhamdulillah..syukur sangat-sangat..

Small note : SV kate bagi beliau gembira, baru beliau bagi markah best untuk PSM. Kitorang tanye en Prof tak gembira ke sekarang? Beliau kate gembira sikit. Dah boleh lulus, boleh grad dah. Cuma bagi beliau gembira lagi baru dapat A…Alhamdulillah..Nak grad on time. Terima kasih yang mendoakan..=)

Small note lagi : Cerita ni ditulis semalam tapi internet teramat sangat "laju" maka x dapt publish

Friday, January 6, 2012

Lagi berita PSM

Bismillahirrahmanirrahim....

PSM lagi. Mesti tau kan apa itu PSM. Dekat sesetengah IPT lain dorang panggil FYP. Projek Sarjana Muda ataupun Final Year Project. Keduaa-duanya benda yang sama. Selagi tak jilid PSM tu selagi tula cerita ni akan sentiasa menghiasi blog ni. Normal la benda tu kan.

Pagi tadi, konon-kononya nak study dek kerana dah beberapa hari terkandas(bukan terkandas apa pun cuma x study je). Biasala, sebelum study cari mood dulu. Buka facebook. Sekali lagi benda yang tak normal kita jadikan normal. Jadikan rutin. Sehari tak buka facebook tak sah. Tapi sekarang memang keperluan. Semua benda(walaupun x semua) disampaikan melalui FB. Tengah-tengah tengok-tengok apa yang ada, keluar satu notification dekat grup kelas...Dup dap dup dap...

Kenapalah dalam perut ni rasa macam ada rama-rama tengeh terbang(sangat tipu macam la pernah rasa rama-rama masuk perut). "PSM-2-presentation-schedule-for-group-2-and-group-1(major correction)-already-posted" Patutla cuak sangat. Kan? Kalu tak buka FB mana tau benda ni dah keluar. Kenapa cuak sangat? sebab nama saya ada dalam group 2 major correction. Siapa suruh hari tu present tak siap. Kan dah kena present balik.

Sebenarnya sistem itu masih tidak siap. Tapi mungkin dah nampak cahaya harapan sikit-sikit daripada first presentation hari tu yang langsung kelam gelap terus. Tapi agak cuak disitu kerana satu gorup dengan ayien. Sebab kami buat benda yang sama. Nanti examiner tanya apa yang beza ? Nak jawap apa?

"....hurm..saya buat daun buah, dia buat daun bunga..."

Boleh ke jawab macam tu?

"..Output kami memang la sama. tapi coding stucture mana sama..tak percaya? Nak tengok ke?.."

Ke jawab macam ni?

"...Kami kan research based. Bukan buat fully system..memang la kita pilih the best method yang kita jumpa kan. Dah benda tu sama, maka samala..."

Tak kisahlah macam-macam man pun. Satu je saya nak en Dr. Lepaskanlah saya kali ni. Bukan apa, saya nak grad on time je. Tu je..Please en Dr. examiner.

Apa-apapun...semoga dipermudahkan segala urusan. Kepada sahabat-sahabat yang membaca cerita ini..doa-doakanlah saya supaya dapat siap PSM, dapat present dengan baik dan dapat grad sem ni. ok? Sesungguhnya doa dalam senyap seorang teman kepada temannya insyaAllah akan dimakbulkan. Amin...

small note: Hari ni submit draft report untuk presentation. En dr, sekali lagi. Report tu saya print petang semalam. dan malam tadi saya berjaya tambah sesuatu dalam sistem saya. Jadi tak sempat tambah dalam report. Jadi janganlah tanya kenapa tak ada dalam report...huhu

Tuesday, January 3, 2012

(!_!)

Bismillahirrahmanirrahim...

Awal januari..selalu time ni ada kat rumah. Dan kebiasaannya bila kat rumah waktu macam ni mesti demam seminggu..Lepas tu cik puan mama akan bising sebab habis tisu begulung2 sebab selsema yang macam tak nak berenti..

Tapi hari ni ada kat sini, Aura-aura demam dah keluar. Esok ada paper. MDP.. Study tak habis lagi. Semoga sakit yang Allah bagi ni jadi penghapus dosa. Maka mudahla nak study untuk paper esok dan paper2 yang mendatang. Amin...

Semalam dinner course. Tak lama lagi nak habis dah. Bila lagi dapat jumpa sahabat-sahabat yang setia bersama sejak masuk u sampai la dah nak habis ni. Sebelum ni dinner ngan teman-teman seperjuangan.. Feeling like crying...bercampur-campur..dengan nak habis study dah + demam + terbaca pulak pesanan seorang sahabat kepada sahabat dia yang nak kawen dah..

Semoga dipermudahkan segala urusan...
Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Semoga esok lebih baik dari hari ini...