Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday

Bismillahirrahmanirrahim..



Wordless doesn't mean there is no word

Monday, February 20, 2012

Jom Kawen!

Bismillahirrahmannirrahim...

Seorang lagi sahabat bakal menukar status. Sahabat ini saya kenal di matrik. Sangat positif orangnya, sangat suka tersenyum, sangat tegas bila bila buat kerja. Tadi terlihat jemputan walimah beliau. Semoga berbahagia. Semoga semakin mantap dalam perjuangan ini. Kad kawen mereka sangat comel. Saya ambil dan letak sini tanpa kebenaran (InsyaAllah nanti saya beritahu). Tapi kepada yang melihat marilah sama-sama mendoakan rumah tangga mereka diberi keberkatan oleh Allah swt..


JOM KAWEN?
Jom Kawen ni projek mega group Sarah, Aina, Jini, Riz, Irah dan Kak Husna dalam kelas Entrepreneurship.. Saja meminjam tajuk.

Tuesday, February 14, 2012

Cinta Si Rumah Baru

Bismillahirrahmanirrahim..

Kenapakah tajuknya begitu? Tak tahu... Itu lintasan dari hati. Bila sign in je kat blogger.com, itu yang terlintas dan tertulis. Mungkin sebab hari ni semua orang nak berkongsi tentang Valentine Day. Jadi sebab tu tertulis CINTA.

Bila jalan-jalan dialam maya tadi, sangat banyak yang saya jumpa pasal valentine dan dalam pelbagai bentuk. Jadi saya share sahaja dekat sini ye.

Pertama sekali bila Kak Sunah bukak balik post beliau yang setahun yang dulu, saya pun terasa nak menyahut kembali seperti yang DULU. Boleh kan Kak?


Kedua, terjumpa apa yang ditulis oleh sahabat saya semasa dimatrik dulu. Sungguh indah susunan bahasa beliau. Saya tak mampu untuk menulis bgitu. Jadi saya kongsikan disini juga. Saya quote kata-kata dari blog beliau. Selebihnya boleh melawat beliau di SINI.

"Cinta berupa energi, yang membuat sang pencinta memiliki tatapan pinta kepada Rabbnya. Pandangan kasihnya jatuh jua ke retina cinta, takkan berpaling selamanya. Lalu senyumnya pun merekah, mekar dari kuncup cinta. Bahkan di kala tangis, ia menimba luhnya dari mata air cinta.."

"Energi cinta, energi yang meredakan segala resah dan gelisah dengan mengingat Sang Kekasih. Ketenangan di segala suasana, keteduhan di setiap terik. Keteguhan untuk mengucapkan Ahad.. Ahad walau cambukan terus melecut dan pasir panas menjadikan tubuh bak kacang goreng. Cinta ini berbuah dzikir naturi yang menenteramkan.."

Ketiga, terjumpa satu video ayat power yang sangat power. Mungkin bila tulis orang malas nak baca tapi bila tengok video ni terus melekat dalam minda kan.


Keempat, tadi nampak profile picture ni kat facebook coursemate, rasa comel pulak jadi saya kongsikan jugak ye. Beliau ada di SINI.



Dan kenapakan Si Rumah Baru? Sebab kitorang dah dapat rumah baru. Minggu depan nak pindah dah. Allah permudahkan segalanya. Rumah yang harganya tak setanding rupanya. Betul ke ayat ni? Betul kot.. Mak Melah, owner rumah yang sangat baik hati bagi kami sewa rumah tu bayar RM140 seorang sebulan. Rumah sangat lengkap. Ada mesin basuh, ada TV dua, ada Astro, perabot semua lengkap, dapur yang sangat best, corner lot siap ada pokok buah-buahan dan sayur-sayuran. Kan? Seronokkan.. Siap Mak Melah kata nanti free2 beliau masakkan kitorang nasi lemak..Wah..terharu.. semoga rezeki Mak Melah lepas ni melimpah ruah.. Alhamdulillah...
Begitulah ceritanya macam mana tajuk Cinta Si Rumah Baru boleh tercetus\(^0^)/

Small Note:
Jom sebarkan kasih-sayang kepada semua orang dan semua makhluk hari-hari..Doakan buat saudara kita diseluruh dunia khususnya di Syria..

Friday, February 10, 2012

Artis pakai tudung: Saja je tu ikot trend

Bismillahhirrahmanirrahim...

Sebelum baca, pasang dulu lagu ni..sambil baca sambil dengar pun best =)



Tajuk ganas, macam cerita gosip tapi ini sebenarnya bukan cerita gosip tapi hanya sedikit perkongsian. Kalau kita tengok dalam industri hiburan sekarang ramai artis yang sudah melakukan perubahan. Bermula dengan Wardina Safiyah, Sham Kamikaze, Bob Lokman, Irma Hasmie, Catriona Ross, Zizan Raja Lawak, Diana Amir dan yang terbaru sekali Ana Rafali. Ramai lagi yang mungkin tidak ternyatakan disini.

“Ala dorang ni berubah saja-saja je tu. Ikut trend. Orang nak pakai tudung, dorang pun nak pakai tudung. Sekarang kan musim ambik pelakon pakai tudung”

Ada cakap-cakap macam tu yang kita dengar. Betul ke macam apa yang orang cakap? Apa hak kita untuk menghakimi mereka. Biarlah mereka nak berubah. Sepatutnya, sebagai saudara seagama kita patut rasa bersyukur sangat-sangat bila melihat perubahan yang berlaku. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Layakkah kita yang tak memiliki apa-apa ini untuk mempertikaikan hidayah yang Allah berikan.

Allah dah pilih golongan-golongan artis ini untuk berubah. Cuba lihat apa hikmahnya.Mereka-mereka ini mempunyai kumpulan peminat tersendiri. Dengan hidayah yang Allah berikan kepada mereka ini, insyaAllah mampu menarik peminat-peminat mereka untuk berubah.

Cuba lihat berapa ramai yang like page Sham Kamikaze? Berapa ramai yang turut merasa dan terasa dengan post-post mendidik jiwa yang beliau buat? Bandingkan dengan diri kita yang mengaku kononnya baik sejak awal, tidak pernah melakukan kesalahan kononnya. Tapi apa usaha kita untuk menarik orang-orang lain kembali pada agama? Siapa sahaja yang membaca post-post kita yang kebiasaannya hanya luahan perasaan semata-mata?

Tengok pula peminat-peminat Zizan dan Ustaz Azhar Idrus. Nama mereka begitu sinonim bersama. Dakwah jenis apa mereka gunakan? Bukan sekadar duduk-duduk berceramah di Masjid. Pernah terbaca di satu blog(maaf tak ingat blog apa), penulis blog berkenaan mengulas tentang fenomena Ustaz Azhar. Siapa yang mendengar ceramah beliau? Dari semuda-muda usia sehingga yang bergelar atuk, daripada mat rempit sehingga ke orang-orang masjid tutur mendengar. Kalaupun tak pernah menjejak masjid sekalipun melainkan ketika solat hari raya, siapa sangka dalam laptop yang penuh dengan cerita korea tu terselit ceramah-ceramah ustaz Azhar. Paling tidak soal jawab Ustaz Azhar pada malam tahun baru bersama Zizan pasti ada. Tapi kita, memberi tazkirah ringkas dihadapan budak sekolah rendah belum tentu mampu.

Jadi siapa kita untuk mempertikaikan golongan artis yang telah melalui fasa perubahan ini? Ayuh sama-sama kita doakan semoga semakin ramai menerima cahaya hidayah Allah. Tidak kiralah mereka artis atau orang biasa, tidak kisah mereka pemimpin atau rakyat jelata. Apa yang kita harapkan kemanisan Islam dapat kongsikan bersama-sama.









Small note:
Semoga lebih ramai yang kembali kepada fitrah..

Thursday, February 9, 2012

Kembara JB-KL cari Pengantin

Bismillahirrahmanirrahim...

Hujung minggu lepas kami(x-4SCV) mengembara beramai-ramai mencari pengantin. Kawan secourse telah selamat menamatkan zaman bujang beliau. Alhamdulillah.. Pengembaraan kali ini sangat seronok.

Seronok sebab dapat kumpul ramai-ramai pergi kenduri Cik Puan Hidayah. Pak cik jurukamera pun kagum sebab kami sangat ramai datang. Pergi kerumah Cik Puan Hidayah berkonvoi lima kereta.
Kereta 1: Sarah, Heina, Ayien, Zurai.
Kereta 2 &3: Apis, Hazmi, Adhwa, Alan, Naim, Akmal.
Kereta 4: Kak Aina dan Abang Long
Kereta 5: Fiffy, Irah, Fana, Riz dan Saya

Walaupun sesat menyesat tapi akhirnya selamat sampai ke rumah pengantin. Sampai-sampai disambut dengan bunyi kompang macam kami yang pengantin.(sebenarnya pengantin lelaki baru sampai..hehe)

Bila dah sampai sana, lagi ramai yang kami jumpa. Wah..bestnya macam reunion je rasenye..padahal baru je habis siap hantar tesis 31 Januari. Dekat rumah pengantin jumpa Jini, Ijan, Ong, Max, Sim, Lim, Loi dengan bridesmaid Cik Puan Hidayah: Kak Husna, Yaya, Jojo, Ieqa dan Cikwa. Mereka ni pun kawan secourse. Ramai kan.. Sebab tu pakcik jurukamera tu kagum.

Malam tu, kitorang pergi makan sate kajang. Alang-alang dah sampai Kajang kan. Sebelum tu sempat singgah solat kat Masjid Putrajaya. Sedih pulak rasanya malam tu. Last dah bersama-sama dengan kawan-kawan SCV yang sangat awesome. Lepas ni kene tunggu ada pengantin lain baru dapat kumpul ramai-ramai macam ni kot.

pre-graduation budak-budak perempuan je

steamboat @Mutiara Rini lepas hantar tesis

Sebelum ke Kajang @Masjid Putrajaya

Tanda Cinta bak kata Irah

Sebenarnya suma dok tengok sate tu..

Untungla sape yang birthday tu =)

Kek Encik dan Puan pengantin

Sate Kajang @Kajang

Small Note:
Best sangat-sangat dapat kawan macam korang..Lepas ni kita jumpa lagi
Gambar Pengantin tak dapat di upload (Biarlah pengantin je yang tengok ye)
Gambar-gambar adalah sumbangan mereka-mereka yang mempunyai kamera

Thursday, February 2, 2012

PSM: Penghargaan buat mereka

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..syukur sangat-sangat ke hadrat Illahi atas segala nikmat yang telah diberikan..Setelah lama berhempas pulas akhirnya berjaya menghantar tesis yang telah siap dijilid pada 31 Januari 2012.. Alhamdulillah..

Dan ini ialah entri khas yang ditujukan buat mereka-mereka yang sangat bermakna dalam hidup ini. Dalam tesis yang dihantar ada satu ruangan dedikasi dan penghargaan tapi disebabkan ruangan itu tersangatlah terhad untuk menyebut satu-satu nama, maka terwujudlah entri ini. Walau hanya satu entri kosong tapi ini sahaja yang mampu dibuat untuk menghargai kamu-kamu yang sangat bermakna..

Terima kasih setulus-tulusnya buat Cik Puan Mama yang kasih sayangnya tersebar dimana-mana. Terima kasih kerana membesarkan, mendidik, mendoakan diri ini sehingga menjadi saya yang hari ini. Tiada benda yang dapat dibandingkan dengan segala pengorbanan Cik Puan Mama membesarkan 5 orang anak perempuan yang bermacam-macam perangai dengan satu-satunya anak lelaki yang perangainya pun sama je(sob sob..nak balik rumah)..Juga buat encik Ayah.

Buat saudara-saudara seibu seayahku..Kakak, Kekja, Gmah, Abang dan Adik yang tak kedekut membantu menampung kehidupanku yang papa kedana(duit baru masuk dah habis sem)..Waluapun selalu je bagaduh kan222...Biasalah..air dicincang takkan putus(cewah).

Sahabat-sahabatku membesar dengan pengalaman pertama berada di asrama. Lima tahun hidup dengan korang. Seronok sangat-sangat..Kenal korang, kawan, gaduh, baik semula, gaduh lagi, langgar peraturan(langgar ea? Tak kan..hehe)..Maya(yang dah jadi isteri orang), Zaty(cik Doktor yg bakal ikut jejak Maya), Tikah, Kim, Syu, Mizah, Rina..Rindu sangat-sangat dengan korang. Juga buat SMSLians yg lain(batch 2001-2005)

Sahabat-sahabat sematrik..(06/08)..Lama saya di matrik. Orang bertukar saya masih disitu. Tapi sebab itulah berjumpa dengan orang-orang istimewa, Kak Long Azma, Maziah, Amani, Jama yang ayu, Daa..Korang yang banyak mengajar saya erti hidup ni. Juga teristimewa buat Umi dan Ayah Man sekeluarga yang suka menjamu kami makan, En Mishad dan Mak Cik Mas yang seperti ibu sendiri(saya balik nanti saya pg rumah Cik Mas..kena mask sedap2 ye)

Teman-teman sekelas GMM UTM, selalu lepak sama-sama Ayien(terima kasih sangat-sangat sebab bantu PSM ), Fana dan Zurai(Korang pun sangat banyak bantu), Sarah, Aina, Irah, Jini, Riz, Heina (Bilalah dapat main masak-masak dengan korang lagi..sob222)

Budak-budak SCV yang sporting sangat, Kak Husna(x-rumet), Jojo, Yaya, Ieqa, Cikwa, Cikyah(Bakal pengantin baru), Kak Una, Jawahir, Intan, Fatin, Liyana, Miza, Zaid, Akmal, Alan, Khidhir(semoga cepat sembuh), Apis, Hazmi, Naim, Adwa, Ijan(terima kasih pinjamkan laptop untuk burn CD), Pali(terima kasih pinjamkan motor waktu terdesak dah)..Korang-koranglah yang menceriakan hidup sepanjang tiga tahun setengah dekat UTM ni..Jumpa kat kenduri Cikyah nanti ye. Trip last kita ramai-ramai.

Sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak telah kita lalui bersama, Line7, Misteri.dan lain-lain. Korang-koranglah yang jatuh dan bangun bersama saya, juga buat kak Haslina(melaui akak saya menjadi saya yang hari ini)..Alhamdulillah. Ci Paw(x-rumet yang banyak meninggalkan harta benda dia dalam bilik tu).

Buat Cikgu-cikgu sekolah, Pensyarah-pensyarah matrik, Pensyarah-pensyarah di seluruh UTM yang pernah mencurahkan ilmu(secara formal atau tak formal), Terima kasih banyak-banyak..Khas buat Encik Penyelia Prof Dr Ghazali Sulong yang membimbing sehingga terhasilnya buku merah itu..

Buat mereka yang terlibat secara langsung dengan PSM saya, En-en Examiner dan Puan-puan Examiner yang banyak memberi saya peluang memperbaiki semua kesalahan, Dr Habib yang baik hati membantu selesaikan masalah walaupun tak kenal kitorang.

Mereka yang juga terlibat secara langsung dengan PSM saya, Ayien(sangat banyak membantu), Zurai(kereta ko sangat banyak jasanya), Fana dan Dian(Teman jalan-jalan cari daun), Fatihah(Bagi pinjam kamera), Asmaq(teman jalan-jalan cari daun dan bagi pinjam kamera), Pali(Bagi pinjam motor), Ijan(Bagi pinjam Laptop untuk burn CD), Maya(yang kenalkan dengan Dr Habib).

Yang mengenali saya luar dan dalam, yang banyak mendengar cerita saya, yang sentiasa memberi semangat kepada saya, Nanad. Semoga persahabatan ini tiada akhirnya.

Akhir sekali buat yang mungkin tidak tersebut namanya disini..minta maaf sangat-sangat. Ini yang mampu saya lakukan.

Jasa kalian sangat lah banyak tidak termampu saya membalasnya. Semoga Allah membalas segala kebaikan yang telah diberikan.. Juga buat teman-teman yang saya kenali atau tidak yang pernah mendoakan saya secara senyap..semoga segala kebaikan doa kalian pulang kepada kalian semula..

Dan disini pengakhirannya cerita tentang PSM yang pernah saya janjikan. Alhamdulillah..Semoga Allah merahmati kalian semua. InsyaAllah..


Inilah Hasilnya...Alhamdulillah

small note: Anggaplah tulisan ini berada dalam ruangan dedikasi buku merah itu.