Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday

Bismillahirrahmanirrahim...



Tuesday, March 20, 2012

Hidup macam Puzzle

Bismillahirrahmanirraim...

Pesanan terbaik dari seorang sahabat terbaik:

"..Bagi semua hati dekat Allah, insyaAllah Dia bagi kepada yang memiliki setelah Allah dan Rasul.."

Apa yang hadir dalam minda saat menerima seuntai mesej dari insan bergelar sahabat:

Saat aku melupakan sahabat, Allah masih hadirkan diriku dalam hatinya, tatkala rinduku bukan padanya, Allah hadirkan rindu dari dia padaku. Semoga yang terbaik buat sahabat yang sentiasa bersama saat aku rebah dan saat aku ketawa..

Mesej dari dia bergelar sahabat:

"..Tatkala hati teringat sahabat, terfikir diminda adakah aku juga ada dalam hatinya, tatkala hati rindukan sahabat, terfikir diminda adakah aku juga dirindui, tatkala aku teringat sahabat, adakah dia dalam keadaan sihat, mengapa rindu benar aku padanya, moga doaku diterima agar aku takkan kehilangan sahabat sepertinya..sahabat itu pastinya dirimu ukhti..."

Sebaris kata-kata bagi yang memahami:

"Hari tu main puzzle, lepas tu ada part yang hilang. banyak! tapi sekarang dah jumpa semula. Dan puzzle tu dah kembali sempurna. ALhamdulillah.."




Wednesday, March 14, 2012

Kembara Muadzam Shah

Bismillahirrahmanirrahim..

Meneruskan hobi suka berjalan-jalan melihat alam dan seronoknya berkongsi hobi dengan kawan-kawan. Kali ni ke Muadzam Shah dan destinasinya rumah Ayien. Sangat teruja sebab belum pernah sampai ke sana. Selalunya kalau ke Pahang tidak lain dan tidak bukan mesti ke Janda Baik. Atas kebenaran Dr, hari Jumaat tak masuk lab. Ambik tiket pagi dan bergerak ke Muadzam. Minggu lepasnya seharian berjalan di Kota Tinggi.

Sampai sahaja ke rumah Ayien, wah..sangat teruja. Rumah kampung, suasana kampung..sangat seronok. Lama teringin nak samapai ke tempat macam ni. Belakang rumah ada dusun. Petang tu dengan semangat mencakar daun dekat dusun. Siap bakar lagi. Sangat best mengimbau zaman dulu-dulu.

Sabtu berjalan-jalan dekat Muadzam. Walaupun hujan, tapi jalan tetap jalan. Balik ke terminal bas hendak membeli tiket pulang ke JB. Tapi...tiket habis. Tak terfikir cuti sekolah. Macam mana? Mesej Dr, x dapat balik. Tak da tiket. Nak balik Isnin. Dr kate ok yang penting ganti. Jadi beli tiket hari Isnin.

Hari ahad air tak da. Berhenti tiba-tiba. Mungkin paip pecah. Alhamdulillah...Allah tentukan. Tiket habis Ahad tu. Kalau tak mesti balik JB tak mandi. Hehe.. Petang baru air keluar semula.

Isnin pagi sempat belajar buat nasi lemak dengan mak dan along Ayien. Seronok sangat. Sebelum ni ada cuba buat. Tapi tak berapa nak jadi. Pagi tadi berusaha buat nasi lemak yang mereka ajar. Ayien cakap nasi dia kurang rasa sikit. Tapi dah boleh jual..Alhamdulillah...Dapat resepi yang sangat best..Balik rumah boleh masak untuk cik Puan Mama..hehe..

Isnin petang sampai JB. Naik bas macam roller coaster... Laju bukan main. dan berpusing-pusing. Hujan sepanjang jalan ke JB. Sampai JB Cikwa ambil kat Sri Putri. Pergi hari tu pun CikWa hantar. Merasa naik JMD. Terima kasih semua..Sangat best pengenbaraan kali ni. Seterusnya mungkin ke Kelantan insyaAllah... Kak Husna sila tunggu kami datang...=)

Tuesday, March 13, 2012

Jalan-jalan Cari Makan #Briyani

Bismillahirrahmanirrahim...

Khamis minggu lepas saya, Ayien dan Zurai pergi jalan-jalan cari makan. Ni lah salah satu hobi selain berjalan-jalan mengembara melihat alam. Kali ni ke restoran ala-ala Arab di Taman U. Restoran ni kepunyaan orang Turki *mungkin kalau dilihat dari segi pemakaian mereka. Bila masuk tak ada pelanggan tapi hiasan dalamannya sangat cantik. Bahagian luar ada pondok-pondok kecil yang comel khas untuk mereka yang rasa-rasanya teringin nak duduk bersila sambil melihat keindahan alam.

Bahagian dalam ditengah-tengah ada meja-meja macam kedai makan yang lain dan dekat tepi-tepi ada tempat untuk duduk bersila. Kami memilih bahagian tengah dan duduk di meja biasa. Datanglah seorang kakak berbangsa Turki *mungkin membawa menu. Bila bukak menu tengok harga, hurm...ok standardla makan tempat macam tu. Ayien pun tolong orderkan 3 nasi briyani ayam dan 3 ice lemon tea.

Tengah borak-borak menunggu makanan, kakak tadi datang lagi bawak pinggan kecil. Atas pinggan tu ada 3 gelas kecil berisi air warna merah-merah anggur. Dalam otak masing-masing terkenang dengan kopi arab yang sangat berrempah itu. Hehe.. Lepas tu try minum..rasa macam air kurma..nasib baik sejuk..bolehla diterima tekak.. Lepas tu kakak tu datang lagi bawak roti yang sangat besar. Tengah-tengah roti ada kiub kecil macam butter. Masing-masing pandang je roti tu. Dalam otak fikir mesti kiub tu masam kan.

Lepas tu datang pulak ice lemon tea dalam tin dengan gelas besar. Dan akhir sekali datang lah briyani. Nasi dia panjang-panjang. Panjang lagi dari beras basmathi. haha..Sos ayam dia rasa masam. Sambil makan nasi yang panjang, sambil mengimbas kembali masa makan nasi "mandi kambing" dekat Madinah dulu. Kami makan nasi dulu baru habiskan roti yang sangat besar itu. Mesti dorang pelik. haha.. Tapi rasa butter tu manis macam kuih raya kat Malyasia. Secara keseluruhan, tekak boleh terima la makanan dia. Walaupun banyak masam-masam. Memang mereka jenis makan style masak macam tu. Ok la. Harga pon boleh tahan. Waktu bayar kakak tadi bagi chewing gum 3 keping. Sangat unik.



Siapa rasa-rasa nak duduk bersila *bahagian dalam

Air kurma yang masam

Roti besar yang sepatutnya jadi appetizer tapi kami jadikan pencuci mulut

Sape lah semangat betul makan ni

Set appetizer

Tak sempat ambik gambar dah terjah dulu. Teraksalah susun balik nak ambik gambar


Licin kecuali hiasan yang tak reti nak makan macam mana + sos masam

Chewing gum

Small note:
Rezeki yang datang semua dari Allah..
Bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi dekat kita..
Mee rebus kampung baru terbaik..=)

Wednesday, March 7, 2012

Daripada Allah kita Datang...Kepada Allah kita kembali

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..berita ni sepatutnya saya dapat 29 Feb hari tu.. tapi entah macam mana boleh terlepas pandang..nak salahkan notification fb boleh tak sebab dia tak bagi noti pon pasal ni.. Tak lama lagi nak dapat anak buah.. Alhamdulillah..syukur sangat-sangat. One of my best friend dah pregnant. Tahniah Maya..Terharu sangat bila dapat berita ni.

Lagu ni buat Maya and baby


Pesanan buat Puan Umairah aka Maya

"Jaga kesihatan baik-baik, banyak-banyak berdoa semoga dapat anak yang soleh/solehah, banyak2 baca surah Yusuf dan Surah Maryam, Semoga dipermudahkan segala urusan"

Small note:
AL-Fatihah buat dua sahabat Nurul Hidayah dan Fatini Mohamad(UPSI) yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Mati itu pasti hidup insyaAllah..

Monday, March 5, 2012

Oreo

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebab tengok Oreo-3 plus 1 jadilah Oreo..





Khas buat mereka-mereka yang ingin meletakkan diri dalam senarai diatas...

Friday, March 2, 2012

Blogger = Dai'e

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah masih mempunyai masa untuk meng'update' blog hari ini. Dua kali update. Rasanya ini pertama kali. Maklumlah, saya bukan penulis blog yang tegar. Hari ini Jumaat. Jumaat yang sangat sejuk. Jumaat yang banyak dugaan. Jumaat yang banyak memberi peluang untuk memuhasabah diri sendiri. Jumaat yang biasanya saya isi masa dengan berjalan-jalan di alam maya sementara berada dalam lab.

Semalam petang semasa sedang meng'google' tentang TIFF File Format, hati saya digerakkan oleh Allah untuk menaip 'Langit Illahi' pada ruangan carian google. Dan saya tahu Langit Illahi sangat sinonim dengan Hilal Aysraf. Apa yang saya jumpa dan yang ingin saya kongsikan adalah tentang blogger = dai'e. Beliau membuatkan saya menyelak semula helaian-helaian cerita yang pernah saya tuliskan di sini. Kenapa saya menulis blog? Mungkin sesekali pernah terlupa niat asal saya berblog.

Saya terbuka semula satu helaian bertarikh 12 Januari 2011 bertajuk Sepetang Bersama Blog yang membawa saya ke helaian bertarikh 22 November 2008 yang bertajuk Pesanan Buat Diriku. Alhamdulillah..saya rasa saya masih tidak lari dengan niat asal saya menulis blog. Mungkin cara penulisan ada perubahan. Dulu membahasakan diri 'Aku' sekarang menjadi 'Saya'. It's just happen..

Dan saya sangar tertarik dengan apa yang saudara Hilal Asyraf katakan. Tidak salah menulis diari dalam blog tapi haruslah ianya memberi manfaat kepada orang membaca. Kata beliau

"Blogger yang kurang baik, bila cuaca hujan, dia akan cerita di dalam blognya:

“Hari ini hujan. Boring gilerr.”

Blogger yang baik, bila cuaca hujan, dia akan cerita di dalam blognya:

“Hari ini hujan. Sedikit kebosanan kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Tetapi mungkin diri boleh ambil peluang muhasabah. Mengambil ibrah daripada rahmat yang Allah SWT turunkan. Hujan menghalang aku untuk keluar dari rumah, tetapi memberikan pula kehidupan kepada haiwan dan tumbuhan. Untuk aku pula, mungkin dari sekadar bosan ini tinggal bosan, baik aku isi masa dengan sesuatu yang bermanfaat….”

Begitu. Ada beza bukan? Kedua-duanya diari. Tetapi berbeza sama sekali."

Saya masih mencuba menulis kearah yang lebih baik. Semoga ianya memberi manfaat kepada saya dan orang lain.

Silalah Berfikir Panjang Sebelum Bertindak

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya ada habit yang susah hendak dikawal iaitu bertindak sebelum berfikir. Kadang-kadang benda ni membawa kebaikan, kadang-kadang memberi kemudaratan. Keadaan ni biasanya berlaku bila otak dalam keadaan tidak tenang. Tindakan adalah spontan tanpa kawalan fungsi otak yang betul. Bila dah buat, beberapa saat kemudian otak kembali pada keadaan waras terus rasa apa yang dibuat tadi sebenarnya tak patut. Dengan kata lain menyesalnya buat. Ini satu masalah...

Kedua saya mempunyai masalah short term memory. Betul ke istilah yang digunakan ni? Apa yang saya maksudkan ialah memori jangka pendek. Contohnya lepas siap-siap nak keluar bilik, pintu dah kunci dan saya keluar. Sarung kasut dan berjalan beberapa langkah untuk ke lif dan saya akan berpatah semula ke belakang sebab rasa macam belum kunci pintu. Atau handphone dah masuk beg, keluar-kunci pintu-sarung kasut-jalan dan eh2 handphone tertinggal. Berpatah semula ke bilik cari handphone macam apa rupanya handphone tu elok je duduk dalam beg. Ini hanya beberapa contoh. Tapi saya tidak ada masalah ingatan jangka panjang.

Tapi sebenarnya ni benda ni semua ialah apa yang Allah dah kurniakan kepada saya. Saya adalah seorang yang sangat nervous terutamanya bila bercakap depan orang. Jadi kebiasaannya kalau ada presentation atau apa-apa saya akan menjadi orang mula-mula disebabkan tindakan spontan. Waktu tu apa yang saya katakan adalah bukan seratus peratus daripada susunan otak. Dan disebabkan short term memory banyak yang dapat diselamatkan. Allah tak jadikan sesuatu tanpa hikmah disebaliknya.

Small note:
Saya pun tak tahu apa yang saya cuba sampaikan
Terasa sangat berminat untuk belajar tentang fungsi otak, human behavior, psikologi manusia