Friday, April 27, 2012

Tuesday, April 10, 2012

Jalan-jalan Melihat Alam + Makan

Bismillahirrahmanirrahim....

Jalan-jalan melihat alam tak tahu dah siri yang ke berapa. Pergi ke Hutan Bandar masuk kedalam hutan dan berjalan-jalan melihat keindahan alam. Tempat dia agak cantik cuma tak dijaga dengan baik. Macam tempat yang ditinggalkan pun ada. Tapi sangat seronok sebab dia hijau dan masih bersifat alam semulajadi.

Jalan, panjat bukit, jalan atas batu refleksologi, panjant bukit lagi, turun bukit, panjat tangga. Seronok tapi agak semput jugalah. Dah lama sangat tak memanjat(memanjat ke mendaki yang sebenarnya?) bukit. Satu hobi suatu masa dulu yang dah lama ditinggalkan. Kagum melihat pakcik-pakcik yang dah berusia berjogging ke arah atas bukit.

Cuaca sangat mendung. Suasananya sangat seronok. Suram-suram mendung. Hujan mula turun rintik-rintik. Tetap meneruskan perjalanan sehinggalah titisan kecil bertukar menjadi besar barulah payung ditangan dibuka. Orang ramai dah mula hilang mencari tempat berteduh. Kami meneruskan perjalanan sehinggalah jumpa surau. Singgah solat dan menunggu hujan berhenti. Cantik sungguh ciptaan Allah. Tenang lagi menyenangkan.

Sebab hujan masih turun tidak menunjukkan tanda hendak berhenti, kami mencari arah tujuan lain. Pergi The Zon. Pusing-pusing dalam tu melihat barang yang katanya bebas cukai. Hurm...sama macam di tempat saya. Bukan semua barang bebas cukai. Coklat memang murah tapi pilihan tak sebanyak yang ada di Pulau Labuan dan Langkawi mungkin(tak sampai Langkawi lagi). Tengok-tengok pamplet feri kerana memang berhasrat hendak naik feri pusing-pusing atas laut.

Selepas Maghrib, mencari tempat makan. Zurai dah search siap-siap tempat makan. Lalu kami ke SAYAM berhampiran dengan The Zon. Memang ramai orang. Tengok meja semua order makanan laut yang dimasak. Disebabkan kami sekarang berstatus penganggur, hanya mampu memeasan makan biasa. Nasi goreng + tomyam + sup daging. Ok la. Suatu hari nanti boleh datang lagi dan boleh order seafood pula. Perjalanan hari tu sangat mengingatkan saya dengan Pulau Mutiara Laut China Selatan tempat saya dibesarkan. Rindu mahu pulang ke Pulau.




Nota:
Al-Fatihah buat Allayarham En Ismail Wagiyo yang telah meninggal dunia hari ini. Beliau merupakan Timbalan Pendaftar Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat UTM JB. Macam baru je jumpa allayarham minta dikecualikan bayar yuran asrama hari tu dan baru je terima surat yang ditandatangan oleh beliau. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Stress dan Bermain Air + Jodoh

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni baru berkesempatan menulis lagi. Macam banyak pula yang hendak dikongsikan. Minggu lepas, saya stress. Bila stress mula lah rasa macam-macam yang nak dibuat. Cikwa balik, jadi tinggal kami bertiga memenuhkan ruang bilik beliau. Zurai cakap ada water park baru buka. Tapi tak tahu kat mana. Saya kata jom pergi. Nak hilangkan stress. Nak tengok atau nak bawa baju terus? Bawa terus kalau jumpa boleh terus masuk. Saya memang sangat suka bermain air, naluri semula jadi. Mungkin sebab dibesarkan di pulau yang dikelilingi air.

Balik bilik, kemas baju dan buka pintu bilik Cikwa. Budak depan bilik tengah menyapu angkat kepala dan...

"Akak~~~~~~"

"Sai~~~~~"

Saya dan dia serentak berkata. Memang jodoh. Seminggu saya duduk bilik Cikwa tak pernah sekali pun terserempak dengan dia. Tapi saya selalu cakap ada kawan duduk K9. Nak cari dia. Rupanya depan bilik sahaja. Cantik sangat takdir yang Allah tetapkan. Saya keluar bilik betul-betul saat dia sedang menyapu depan pintu bilik. Dia lah sahabat yang pernah sama-sama accident motor dengan saya ketika awal muharam 1432 Hijrah. Dan dia juga sahabat yang pernah sama-sama accident kereta dengan saya.

Bergerak terus ke Kerosel(Kalau tak silap nama dia). Tengok-tengok dulu. Solat di bestmart dan kemudian meneruskan misi bermain air. Disebabkan tempat itu baru buka, dan kami pergi malam maka tidak ramai orang dalam tu. Cuma ada kami dan beberapa orang budak kecil sahaja. Bermain air sepuas hati. Hilang pergi segala stress. Macam kembali ke Pulau. Dapat harga murah sikit sebab masuk malam.

Lepas main air mestilah sangat lapar. Pusing-pusing cari tempat makan lalu mengambil keputusan makan dekat simpang sebelah fly over Skudai. Tanye dekat yang mengambil order makanan ape yang sedap? Dia cuma sengih-sengih je. Jadi orderla menu biasa. Nasi putih sup daging. Ok la. Sedap juga. Sempat ternampak beberapa wajah yang dikenali. Balik malam tu terus ke bilik Sai dan bercerita. Banyak yang ingin dikongsi bersama. Sangat merindui saat-saat bersama mereka.

Small note:
Hilang segala stress dapat bermain air, menghirup oksigen segar dan bertemu sahabat terbaik.

Tuesday, April 3, 2012

Officially Jadi Penganggur

Bsimillahirrahmanirrahim...

Hari ni masuk hari kedua saya menjadi penganggur secara rasminya. Sedang mencari-cari peluang pekerjaan sementara manunggu konvo. Bagi saya sangat susah sebenarnya untuk membuat keputusan. Selama ni flow perjalanan hidup saya sangat senang. Tidak memerlukan saya untuk membuat satu keputusan yang besar.

Habis sekolah rendah, dapat tawaran masuk SBP. Tak perlu memikirkan sekolah mana yang saya perlu masuk. Masuk tingkatan empat memang telah ditetapkan aliran sains tulen, sekali lagi tak perlu bersusah payah berfikir bidang mana perlu saya pilih. Selepas SPM, dapat ke PLKN, tak perlu berfikir untuk mencari kerja sementara keputusan SPM diumumkan. Keluar PLKN, keputusan keluar dan saya terpilih ke Matrikulasi. Habis Matrik, ke UTM sebagai pelajar Grafik dan Multimedia. Habis sahaja PSM sambung menjadi RA. Dan setelah tamat menjadi RA, sekarang saya menganggur sementara menunggu konvo.

Dua hari menganggur yang membuatkan saya berfikir kemana arah tuju saya selepas ini. Pilihan yang perlu saya buat untuk memuaskan hati semua orang. Kalau ikut hati saya dimana-mana boleh bekerja. Rezeki Allah tu ada di mana-mana. Sedangkan ulat dalam batu boleh hidup. Tapi kali ini, sangat susah hendak membuat pilihan.

Hujung minggu lalu saya menyibuk dekat kaunter pendaftaran UTM Icon Apps, dan kerana menyibuk itu saya dan dua orang kawan masuk sekali pitching session untuk memberi kan idea setelah dipengaruh dan diberi semangat oleh pensyarah dan orang hebat dalam industri. Berbekalkan ilmu yang diperolehi semasa ambil subjek game, kami masuk bersama satu idea yang keluar ketika sedang bermain permainan zaman budak-budak dulu. Kalau terpilih, akan masuk ke Boot Camp anjuran IRDA dan akan dilatih oleh mereka-mereka yang pakar dan berpengalaman dalam industri tentang mobile apps. InsyaAllah kalau ada rezeki, adalah. Dan Semoga Allah mempermudahkan urusan kami dan kalau terpilih saya mulai nampak masa depan berada di mana.

Hujung minggu lalu juga dapat satu ilmu yang dikongsi oleh seorang kawan. Berkaitan dengan duit gaji. "Kalau kita kerja ikhlas, waktu kerja buat kerja, insyaAllah duit tu berkat. Tak da la rasa tak cukup je duit. Duit yang kita dapat tu kena bagi dekat parents, dorang tak nak pun duit kita tapi bagila...." Itu kata beliau dan saya setuju. Alhamdulillah setakat ni masih mampu bagi sikit dekat cik Puan Mama walaupun gaji tak banyak mana.

Lepas tu saya baca dalam buku BEDUK DIKETUK oleh Ustaz Pahrol, sama apa dengan apa yang kawan saya cakap tadi.

"...Apabila bekerja ikhlaslah. InsyaAllah rezeki, berkat dan reda Allah pun dapat. Jadilah seperti Nabi Nuh, yang bukan sahaja ada kepakaran tapi juga ada kejujuran. Dialah jurutera sejati yang tidak termakan pujuk rayau dan ejekan manusia"

InsyaAllah akan saya jadikan masa pengangguran saya ini tidak hanya berlalu dengan sia-sia. Banyak ruang sebenarnya Allah bagi untuk saya bermuhasabah, mencari tujuan hidup dan macam-macam perkara lain semasa tengah free ni. Bila sibuk, kita selalu terlupa dengan ALlah. Jadi Allah tegur kita dan memberi peluang kepada kita untuk bermuhasabah dan kembali ke jalan yang betul semula.

small note:
1) Istikharahlah selalu, bukan hanya ketika mencari jodoh. Kerana setiap masa kite perlu membuat keputusan dan ALlah akan membantu kita dalam setiap keputusan yang dibuat.
2) Bacalah kisah Nabi Nuh ketika baginda membuat bahtera. banyak iktibar boleh kita dapat.