Monday, January 7, 2013

Conclusion of 2012

Bismillahirahmanirrahim...

Setelah hampir tujuh bulan tidak mengisi ruangan ini, saya terniat untuk menulis bagi mengakhiri tahun 2012 walaupun hari ini telah menjejak tahun 2013. Sekadar satu konklusi yang dapat dibuat setelah meninggalkan 2012 yang terlalu banyak kenangan pahit manis masam kelat.

Januari 2012
Hari-hari terakhir dalam hidup saya sebagai seorang pelajar degree. Alhamdulillah berjaya melepasi halangan dan cabaran dalam meyiapkan Projek Sarjana Muda dan berjaya menghantar tesis yang membuatkan makan tak kenyang tidur tak lena mandi tetap basah. Bermula juga saya sebagai seorang pekerja walaupun hanya bekerja sementara sebagai pembantu penyelidik.

Febuari 2012
Cikyah Kahwin. Saya bersama rombongan SCV beramai-ramai ke Kajang untuk menghadiri majlis walimah Cikyah dan suaminya. Kesempatan ini juga kami ambil kononnya sebagai reunion pertama sedangkan tidak sampai sebulan pun berpisah selepas masing-masing menamatkan pengajian.

Mac 2012
Mac bulan terakhir saya bekerja. Mac kami pergi air terjun Kota Tinggi, Mac kami buat reunion SCV untuk mereka-mereka yang masih ada sekitar UTM. Mac juga buat pertama kali saya menjejak kaki di Muadzam Shah Pahang, rumah Ayien. Saya memang suka berjalan dan jika diajak berjalan saya akan cuba ikut. Belajar buat nasi lemak dangan mak dan kakak Ayien. Minggu terakhir bekerja saya dihantar 'bekerja luar' oleh Dr.

April 2012
Officially menganggur. Sepanjang April saya menumpang bilik Cikwa sebab dah menganggur dan tak duduk rumah sewa dah. Sebab masih ada sedikit duit simpanan masa kerja dulu bolehla pergi berjalan-jalan. Saya menyibuk juga dekat kaunter pendaftaran Icon Apps dan tak pasal-pasal saya juga menyertai Pitching Session untuk boot camp Icon Apps anjuran IRDA. Satu pengalaman berharga walaupun saya tidak menyertai boot camp tersebut.

Mei 2012
Bulan yang paling sibuk untuk urusan konvokesyen. Sempat jadi sukarelawan untuk Hari Sukan Tadika UTM. Alhamdulillah akhirnya saya konvo pada masa yang ditetapkan. Sempat reunion SCV buat kali ketiga di Seoul Garden.Pertama kali pergi temuduga di Jemari Seni sebagai pereka grafik tapi bukan rezeki saya lagi. Saya bekerja seminggu sebagai pembantu penyelidik di Ibnu Sina tapi saya rasa tidak mampu untuk meneruskan lalu saya meletak jawatan.

Jun 2012
Bertemu buat kali terakhir dengan adik-beradik saya yang ramai. Menyertai Minggu Sains dan Teknologi Negeri Johor bertempat di PERSADA. Aktiviti terakhir saya sebelum meninggalkan bumi Johor.  Mendapat bingkisan nasihat dari mereka-mereka yang berpengalaman. Alhamdulillah..

Julai 2012
Meneruskan misi mencari kerja. Interview demi interview tapi masih belum mendapat rezeki yang ditetapkan. RAMADAHAN!!! dan puasa bermula. Sempat berbuka puasa dengan Sarah, Irah dan Fana di KLCC. Gaya macam lama sangat tidak bertemu.

Ogos 2012
RAYA!!! Malam raya bermalam di LCCT bersama kakak, Jimah dan Abang, bertakbir raya disana. Terjumpa dengan Ustaz Don semasa masuk ke departure hall. Pagi raya terbang pulang ke Labuan.  Sampai Labuan dan beraya.

September 2012
Masih berada di Labuan dan duduk dalam rumah. Keadaan tak berapa stabil sampai beberapa kali kena pergi hospital.

Oktober 2012
Kembali ke KL dengan misi mencari kerja. Sampai-sampai KL bertemu dengan Ustazah Wahibah. Mendapat peluang untuk buat design secara separuh masa.

November 2012
Kembara Perak. Pergi Tapah, masuk Gua Tempurung, Whitewater Rafting Sungai Kampar, Waterfall Abseiling. Seronok melihat alam semulajadi yang sungguh cantik.

Disember 2012
Melawat Maya dan baby Auzaie bersama Cik Mizah. Jumpa Fana di KLCC dan berborak macam setahun tak jumpa. Kembara Sungai Petani bersama Maryam, Faiqah dan Sarinah ke walimah Rini. Sempat singgah Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai. Kembali menjejak Johor untuk uruskan barang-barang peninggalan, Interview, Bengkel Kaffah dan bertemu Halawati dan kakak-kakak comel buat pertama kali. 2012 diakhiri dengan Ambang'13 bersama Asmah, Asmaq dan Julia di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Melihat ribuan manusia membanjiri dataran untuk mendengar soal jawab bersama UStaz Azhar Idrus.

small note: Alhamdulillah..2012 dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik dan insyaAllah berfaedah buat diri saya. Semoga 2013 mendatangkan rezeki dan kehidupan yang lebih baik InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment