Thursday, January 17, 2013

Jubli Perak 25 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim...

Genap usia 25 tahun bermakna sudah 25 tahun melihat dunia mengikut perkiraan masihi. Pertambahan usia membuatkan saya berfikir apa yang telah saya capai sepanjang kehidupan 25 tahun? Semakin menjadi baik atau semakin menjadi kurang baik?

Secara jujur saya dibesarkan dalam keadaan yang tidak mengenal apa itu sambutan ulang tahun kelahiran dan kerana itu saya tidak kisahkannya malahan kadang-kadang terlupa tentang tarikh kelahiran sendiri sehinggakan bila ada ucapan selamat hari lahir baru perasan tentang itu. Menjejak kaki ke asrama seawal usia baru menginjak 13 tahun membuatkan saya mula menngenal sambutan demi sambutan hari kelahiran orang keliling saya. Kebiasan budak asrama yang saling mengenakan bila tiba hari kelahiran. 

Melangkahnya kaki ke Universiti membuatkan saya lebih peka dengan tarikh-tarikh kelahiran orang keliling saya terutama keluarga dan kadang kala agak kekok mengungkapkan kata selamat hari lahir yang jarang-jarang saya ucapkan. Mungkin bagi sesetengah orang ia sekadar tarikh dan apa keperluan mengucapkan seungkap kata "Selamat Hari Lahir", namun bagi saya itu suatu cara kita membina hubungan, suatu cara kita membuatkan orang rasa dihargai dan satu cara mendekatkan silaturrahim.

Tahun 2009 masih diingatan saya mendapat ketulan-ketulan ais dan donut yang comel daripada kawan-kawan satu course, 2010 tiada dalam ingatan, 2011 mendapat cupcake yang comel dan 2012 berjaya menjilid tesis. Sepanjang pengajian di tahun akhir saya dan roomate saya akan memasak setiap kali ada ulang tahun kelahiran kawan-kawan sekelas dan itu sangat manis untuk dikenang. 2013 tidak mendapat apa-apa. Saya hampir berfikir demikian tetapi saya terlupa akan bingkisan-bingkisan doa yang dikirimkan oleh sahabat-sahabat saya, saya terlupa akan nikmat-nikmat kehidupan, Islam dan Iman yang Allah berikan pada saya.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?'

Sesungguhnya banyak nikmat yang diperolehi sepanjang usia 25 tahun ini. Semoga baki-baki usia yang mendatang dapat diisi dengan sesuatu yang bermanfaat dan mempunyai nilai disisi Allah. Aamiin...

Bulan ini juga bakal menyambut hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad saw. Semoga kecintaan dan kerinduan terhadap Rasulullah semakin mendalam di hati kita semua. Sesungguhnya tanpa Baginda maka tiadala nikmat-nikmat yang kita rasai pada hari ini.


Qasidah Ya Hanana

Kasih Padamu-Hafiz Hamidun

Big note: Terima kasih tidak terhingga kepada Cik Puan Mama yang melahirkan dan membesarkan saya

No comments:

Post a Comment