Friday, February 20, 2009

MASA!!!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian…”
[al-Asr:1]

“Kewajipan hidup lebih banyak daripada waktu, oleh itu tolonglah orang lain memanfaatkan waktunya. Jika ada urusan yang lebih penting maka segerakanlah ia”
-As-Shahid Imam Hassan Al Banna-

“Masa itu emas”
-pepatah melayu-

Bicara soal masa,dalam Al-Quran Allah swt telah berfirman demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Begitu juga imam Hassan Al-Banna ada mewasiatkan kepada kita bahawa kewajipan hidup itu lebih banyak daripada masa yang kita ada malahan dalam pepatah melayu sendiri mengatakan bahawa masa itu emas.

Di sini menunjukkan bahawa masa itu sangat-sangat berharga dan apabila kita gagal menguruskan masa maka kita akan gagal menguruskan kehidupan kita. Sejauh mana kita mampu menguruskan masa dalam konteks kita sebagai mahasiswa?

Sebagai mahasiswa, kita tidak hanya menumpukan sepenuh perhatian kita terhadap buku, akademik dan kuliah semata-mata. Jika ini terjadi, maka hilanglah kehidupan kita sebagai seorang mahasiswa yang cakna terhadap isu-isu semasa sama ada dalam peringkat kolej mahupun di peringkat global. Dalam mengasah diri kita untuk menjadi seorang pemimpin, tidak kira pemimpin Negara,pemimpin organisasi, pemimpin kelab,pemimpin keluarga atau setidak-tidaknya pemimpin terhadap diri kita sendiri, kita harus melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan sosial dan masyarakat yang sedia wujud di universiti.

Persoalannya mampukah kita mengurus masa dengan baik? Mampukah kita menyiapkan assignment kita tepat pada masanya? Mampukah kita memberi sepenuh komitmen dalam gerak kerja yang kita lakukan? Mampukah itu dan mampukah ini? Terlalu banyak persoalan yang wujud di minda kita setiap kali membicarakan soal masa.

Jawapannya hanya ada pada diri kita. Sejauh mana kita memanfaatkan setiap saat yang di anugerahkan kepada kita. Bukan setakat setiap saat malahan setiap detik itu begitu berharga buat diri kita dan janganlah biarkan detik itu hanya berlalu dengan sia-sia. Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan hambanya dengan beban yang tidak mampu diterima oleh hambanya. Berdasarkan janji Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286 ini membuktikan bahawa kita mampu untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam menghadapi proses pembelajaran dan pentarbiyahan ini. Kita sendiri yang akan menentukan sama ada kita yang akan mengejar masa atau masa yang akan mengejar kita. Jangan sampai kerana masalah pengurusan masa kita berburuk sangka dengan usaha, gerak kerja dan aktiviti harian kita lantas mencipta alasan untuk mengetepikan yang hak terhadap diri kita. Bukan bermakna kita harus mengabaikan diri kerana diri kita juga mempunyai hak terhadap kita maka disitulah pentingnya pengurusan masa yang efektif dalam kehidupan seharian. Bila mana diri terasa sangat terbeban dan rasa ingin meninggalkan pejuangan kita ini kembali kepada fitrah kita. Mengadulah kepada Tuhan yang Maha Satu,Maha Mendengar nescaya kita akan kembali beroleh ketenangan dan keyakinan.

LA TAHZAN,INNALLAHA MAANA..jangan bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kamu..

No comments:

Post a Comment