Tuesday, April 3, 2012

Officially Jadi Penganggur

Bsimillahirrahmanirrahim...

Hari ni masuk hari kedua saya menjadi penganggur secara rasminya. Sedang mencari-cari peluang pekerjaan sementara manunggu konvo. Bagi saya sangat susah sebenarnya untuk membuat keputusan. Selama ni flow perjalanan hidup saya sangat senang. Tidak memerlukan saya untuk membuat satu keputusan yang besar.

Habis sekolah rendah, dapat tawaran masuk SBP. Tak perlu memikirkan sekolah mana yang saya perlu masuk. Masuk tingkatan empat memang telah ditetapkan aliran sains tulen, sekali lagi tak perlu bersusah payah berfikir bidang mana perlu saya pilih. Selepas SPM, dapat ke PLKN, tak perlu berfikir untuk mencari kerja sementara keputusan SPM diumumkan. Keluar PLKN, keputusan keluar dan saya terpilih ke Matrikulasi. Habis Matrik, ke UTM sebagai pelajar Grafik dan Multimedia. Habis sahaja PSM sambung menjadi RA. Dan setelah tamat menjadi RA, sekarang saya menganggur sementara menunggu konvo.

Dua hari menganggur yang membuatkan saya berfikir kemana arah tuju saya selepas ini. Pilihan yang perlu saya buat untuk memuaskan hati semua orang. Kalau ikut hati saya dimana-mana boleh bekerja. Rezeki Allah tu ada di mana-mana. Sedangkan ulat dalam batu boleh hidup. Tapi kali ini, sangat susah hendak membuat pilihan.

Hujung minggu lalu saya menyibuk dekat kaunter pendaftaran UTM Icon Apps, dan kerana menyibuk itu saya dan dua orang kawan masuk sekali pitching session untuk memberi kan idea setelah dipengaruh dan diberi semangat oleh pensyarah dan orang hebat dalam industri. Berbekalkan ilmu yang diperolehi semasa ambil subjek game, kami masuk bersama satu idea yang keluar ketika sedang bermain permainan zaman budak-budak dulu. Kalau terpilih, akan masuk ke Boot Camp anjuran IRDA dan akan dilatih oleh mereka-mereka yang pakar dan berpengalaman dalam industri tentang mobile apps. InsyaAllah kalau ada rezeki, adalah. Dan Semoga Allah mempermudahkan urusan kami dan kalau terpilih saya mulai nampak masa depan berada di mana.

Hujung minggu lalu juga dapat satu ilmu yang dikongsi oleh seorang kawan. Berkaitan dengan duit gaji. "Kalau kita kerja ikhlas, waktu kerja buat kerja, insyaAllah duit tu berkat. Tak da la rasa tak cukup je duit. Duit yang kita dapat tu kena bagi dekat parents, dorang tak nak pun duit kita tapi bagila...." Itu kata beliau dan saya setuju. Alhamdulillah setakat ni masih mampu bagi sikit dekat cik Puan Mama walaupun gaji tak banyak mana.

Lepas tu saya baca dalam buku BEDUK DIKETUK oleh Ustaz Pahrol, sama apa dengan apa yang kawan saya cakap tadi.

"...Apabila bekerja ikhlaslah. InsyaAllah rezeki, berkat dan reda Allah pun dapat. Jadilah seperti Nabi Nuh, yang bukan sahaja ada kepakaran tapi juga ada kejujuran. Dialah jurutera sejati yang tidak termakan pujuk rayau dan ejekan manusia"

InsyaAllah akan saya jadikan masa pengangguran saya ini tidak hanya berlalu dengan sia-sia. Banyak ruang sebenarnya Allah bagi untuk saya bermuhasabah, mencari tujuan hidup dan macam-macam perkara lain semasa tengah free ni. Bila sibuk, kita selalu terlupa dengan ALlah. Jadi Allah tegur kita dan memberi peluang kepada kita untuk bermuhasabah dan kembali ke jalan yang betul semula.

small note:
1) Istikharahlah selalu, bukan hanya ketika mencari jodoh. Kerana setiap masa kite perlu membuat keputusan dan ALlah akan membantu kita dalam setiap keputusan yang dibuat.
2) Bacalah kisah Nabi Nuh ketika baginda membuat bahtera. banyak iktibar boleh kita dapat.

1 comment:

  1. selamat mengganggur kak..hihi..sy hampir sebulan menganggur..^^

    ReplyDelete