Saturday, November 22, 2008

Pesanan Buat Diriku

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah sekadar untuk memuhasabah diri,meluahkan rasa hati dan berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang ada dalam diri tanpa berniat untuk membincangkan isu-isu semasa yang berat. Bukan kerana tidak mahu tetapi kerana aku rasakan diri ini tidak mampu untuk berbuat demikian. Aku serahkan kepada yang lebih layak.
“sampaikanlah apa yang kamu tahu dan jangan menokok tambah apa yang tidak jelas bagimu”
Apa yang aku harapkan ada hati yang tersentuh, ada jiwa yang terdetik untuk mula berhijrah menjadi yang lebih baik… dan apa yang aku lakukan mungkin menjadi titik mula kepada penghijrahan yang lebih baik. Dan dengan adanya titik mula ini akan lahir para dai’e yang mampu menjadi teras kepada kebangkitan ummah.
p/s: harapan buat diri yang lemah ini jugak.

1 comment:

  1. ooo... bgus2.. teruskan berbakti pada nusa dan bangsa.. w'pun sedikit, tapi bernilai.. hehe.. tapi ayat2 saudari ni mcm pernah dengar.. tapi d mana ya?? hehe...

    ReplyDelete