Thursday, August 19, 2010

Ramadhan, bulan pesta ibadah...

Bismillah Allahamdulillah Allahuakbar...


Sedar x sedar kita telah hampir di penghujung fasa kerahmatan sebelum masuk ke fasa maghfirah. Tetapi sebanyak mana telah kita manfaatkan masa2 yang telah berlalu. Adakah ia hanya berlalu begitu sahaja dengan sia2 atau terisi dengan amalan2 atau terisi dengan perkara2 yang melalaikan? sebanyak mana juz telah kita habiskan?? Sebanyak mana sedekah yang telah kita keluarkan?? Sebanyak mana solat sunat yang kita telah tunaikan?? Sebanyak mana qiamullail yang telah kita hidupkan?? Semuanya jawapannya ada pada diri kita..



Ramadhan awalnya Rahmat, tengahnya Maghfirah, akhirnya pembebasan dari api neraka
Ramadhan semakin lama semakin akan meninggalkan kita. Adakah kita hanya akan biarkan ramadhan berlalu begitu sahaja. Memetik kata seorang sahabat takkan kita biarkan satu pameran cuma ada isinya sahaja tanpa perhiasan??? Maka takkan cantiklah pameran tersebut. Takkan menarik.. begitu lah amalan kita.. adakah kita hanya nak biarkan ibadah kita hanya yang wajib sahaja tanpa dihiasai ibadah2 sunat??



banyakkan bersedekah di bulan Ramadhan

Memetik pengisian yang diberikan semasa solat tarawih semalam...

“Allah swt berfirman kepada Nabi Musa as: Aku berikan dua cahaya kepada Nabi akhir zaman yang mana cahaya itu akan menerangi dua kegelapan. Nabi Musa as bertanya : Apakah dua cahaya itu? Allah swt berfirman : Cahaya Al-Quran dan Cahaya Ramadhan. Nabi Musa as bertanya lagi : Apakah dua kegelapan itu? Allah berfirman: Kegelaapan Kubur dan Kegelapan...(x terdengar)”



Ramdhan dan Al-Quran yang sangat sinonim

Marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan kita di bulan Ramadhan yang berbaki 21 hari sahaja lagi. Semoga dengan sedikit amalan yang kita lakukan menjadi mahar kita di akhirat kelak.

Memberi makan kepada orang berpuasa...





No comments:

Post a Comment