Bismillahirrahmanirrahim...
Selesai tugasan terakhir saya di JB sebelum memulakan hidup baru di Kula Lumpur. Bermula Hari Selasa dan sepatutnya berakhir pada Hari Isnin depan berlangsungnya Minggu Sains dan Teknologi Negeri Johor bertempat di PERSADA JOHOR. Namun saya perlu mengundurkan diri pada esok hari disebabkan ada perkara yang perlu diutamakan.
Berkenalan dengan ramai orang yang berjiwa besar dan berpandangan jauh. Team dari UTM Abang Ku, Kak Mas, Najib, Ibrahim, Kak Awin, Naim, Zurai, Ayien, Nana, Ain, Jen, Luqman dan Iwan. Tidak lupa Syed dari USTICT yang bertanggungjawab menjaga kami, walaupun macam-macam masalah yang timbul, diharapkan semuanya tidak disimpan didalam hati.
Berjalan-jalan disekitar dewan pameran juga menemukan saya dengan ramai orang. Hari pertama semasa perasmian terjumpa dengan tiga orang ex-box semasa latihan industri, juga terjumpa dengan Dr Norma, ex-bos saya semasa di Ibnu Sina. Sempat bekerja dibawah beliau selama seminggu dan juga mereka-mereka yang dibawah bimbingan beliau. Hari terakhir berjalan-jalan terjumpa dengan sekumpulan adik-adik dari fakulti kimia yang sangat cool. Semoga ketemu lagi dengan kamu semua dan kekalkanlah sikap kamu yang sungguh cool itu. Hari terakhir juga bertemu dengan Shafiqah(Kawan yang sedang LM).
Booth kami sangat dipenuhi orang tidak mengira usia. Antara tarikan nya ialah Game Boboiboy, Kihect, X-box dan Guitar Hero sampaikan perlu dkawal dengan penuh diplomasi dan tegas bagi mengelakkan sebarang perebutan dan penguasaan berterusan oleh yang tidak sepatutnya.
Hari terakhir juga saya mendapat nasihat dan pandangan jauh kehadapan yang membuka mata dan minda saya dari seorang yang saya hormati. Hari terakhir juga bertemu dengan orang yang mencipta alasan untuk kesenangan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain(sedikit emosional dengan orang macam ni) dan hari terakhir juga dapat berkenalan dengan adik-adik yang seangkatan.
Semoga semuanya tidak berakhir di sini. Saya sangat menghargai kamu-kamu yang saya kenali di PERSADA ini. Walaupun tak dapat bersama-sama hingga ke akhir program, saya mendoakan agar kesemuanya berjalan lancar. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kesilapan secara sengaja atau tidak sengaja. Semoga kita dipertemukan lagi di lain pertemuan yang lebih baik.
Nota:
Mengharapkan pengurusan sesuatu program supaya lebih tersusun
Jadilah seorang ketua yang menjaga kebajikan nak buah kamu
Bergembiralah dan ikhlaslah dalam setiap apa yang kamu lakukan.
saya x jumpe plak.. apela kak.... jumpe di KL nnt ye
ReplyDeleteInsyaAllah Cik Miza=)
ReplyDelete