Bismillahirrahmanirrahim....
Akhirnya dapat ketemu dengan saudara-saudaraku selepas pelbagai perancangan yang dibuat. Atas kesibukan dan tanggungjawab masing-masing, amat payah untuk mengumpulkan kesemua 98 nama. PSM, Final Exam, Meeting dan pelbagai lagi tanggungjawab lain yang perlu diutamakan daripada bertemu mata dengan sahabat-sahabat ini.
Pada awal pengumpulan nama hanya 20 yang menyatakan kesanggupan untuk hadir namun malamnya, sangat terharu melihat yang hadir lebih daripada yang 20 nama itu. Sesungguhnya Allah mengikat hati-hati kami untuk mencuri sedikit masa yang sangat berharga demi sebuah ikatan ukhuwah yang telah lama terjalin.
Tersentuh hati mendengar bingkisan setiap yang hadir. Bila lagi dapat mendengar suara kamu semua, bila lagi dapat melihat wajah-wajah kamu. Walau dilanda kesibukan, tetap mampu menyediakan sebuah hadiah buat sahabat tercinta. Hadiah paling berharga dari seorang teman buat temannya. Ya Allah sungguh indah. Saya tahu tidak ramai yang membeli hadiah yang baru, tetapi ramai yang memberi koleksi kesayangan peribadi khusus buat seoarang sahabat.
Juga rezeki yang sangat murah malam tersebut. Ada yang membawa air, ada yang membawa keropok, coklat, sate, ayam kfc, dominos pizza dan pelbagai lagi. Saya tertanya-tanya bagaimana pertemuan sesingkat itu mampu diisi dengan sangat bermakna? Semuanya kerana Allah campakkan rasa kasih dan sayang dalam hati kami.
Kata saya buat kamu:
"Terima kasih sahabat2 ku sekalian. Seramai itu kamu hadir. Terima kasih Salmuh atas bingkisan yang menarik. Kepada Diana, jaga dia baik-baik ya. Dia memang ditakdirkan untuk kamu. Bagi kamu yang tidak terdengar tadi - KELEBIHAN ORANG LAIN AKAN MENYEMPURNAKAN KEKURANGAN KITA - Kepada kamu yang tidak hadir jasadnya, hati kamu tetap bersama. Semoga ketemu lagi InsyaAllah"
Semoga ukhuwah ini membawa kita menuju redha Allah. Amin.
uhibbuki fillah kak. :D
ReplyDeletekerna Allah kita bertemu...kerna Dia juga kita dicampak rasa kasih sayang ini, semuanya milikNya...sayang kamu kerna Allah...
ReplyDelete