Saturday, December 25, 2010

Owh Resultku...

Bismillahirrahmanirrahim….

Cek senarai tampal..Ya Allah..tersentap, terkejut, apa lagi? D- untuk subjek Computer Graphics Modeling yang mempunyai 3 jam kredit..Buntu seketika..keesokan harinya semua subjek dah keluar dekat senarai tampal. Dah boleh kira pointer. Masya Allah…bawah 2.5… tak pernah-pernah dapat result macam ni.



Akal warasku mula berfikir. Mungkinkah result itu? Macam tak boleh terima kenyataan. Tambahan melihat status sahabat-sahabat sekelas yang rata-ratanya mendapat keputusan ok. Meningkat!!! Aku YM sahabatku. Tanya dia dapat apa, aku bagi tahu result aku. Dia pun seakan tidak percaya. Dia suruh aku emel dekat En Suhaimi. Aku tak berani. Tapi dia bagi kekuatan..



Setelah berfikir panjang, apa salahnya mencuba? Aku pun emel En Suhaimi menyatakan ketidak puasan hati terhadap resultku. Dan, balasan kuterima.

“Komen dari pensyarah anda (PM Sarudin),TUGASAN 2 & 3 MISING.Tempoh Rayuan Markah 8-13 Disember 2010.”

Seperti yang kujangkakan pasti ada masalah. Lepas tu En Suhaimi suruh aku rujuk PM Sarudin. Dan sekali lagi aku memberanikan diri untuk emel PM yang berada nun jauh di Jeddah. AKu juga merujuk kepada Zaid yang ditugaskan untuk compile assignment kami. Rupanya bukan aku seorang yang bermasalah. Tak apa mungkin kesilapan teknikal di mana-mana.

Aku resah menanti balasan emel PM Sarudin. Tapi resah-resah sempat ikut kursus HPA ad hock kat Pasir Gudang. Balik saja dari kursus, perkara pertama aku buat cek emel. Dan ada balasan dari PM Sarudin.

“Nurul, Tolong hantar assignment 2 dan 3. Saya akan buat yang terbaik untuk kamu. Cepat sedikit. Saya hanya periksa apa yang diberi kepada saya”



Alhamdulillah..Terima kasih kepada dua orang pensyarahku yang sangat ingin membantu pelajar mereka ini. Dan terima kasih buat sahabatku Cik Yah yang bagi aku kekuatan untuk emel mereka. Syukur Ya Allah.. aku menanti keputusan sebenar keluar. Semoga ada perubahan.. 70% markah assignment yang aku hilang diharap dapat mengubah D- yang aku dapat tu.

1 comment:

  1. insyaAllah.. (^__^) result sy pula down.. haha.. tp mmg tak pernah up pun.. asyik dpt 2.6 ja.. sekarang tgh fikir, cmna mo cri keja nnt.. sbb peluang utk dpt 3.0 ke atas amat tipis.. apa keja yg bleh sy buat nnt ni lynn.. any cdgn??

    ReplyDelete