Bismillahirrahmanirrahim…
Hurm.. banyak yang ingin ku ceritakan kali ini. Bagaimana cuti ku selama sebulan terisi. Bermula dengan menjadi ajk satu program yang pernah satu ketika dulu akulah pesertanya. Yang mengubah aku menjadi aku yang hari ini. Habis sahaja paper terakhir tumpuan diberikan sepenuhnya untuk program tersebut. Pertama kali aku berpeluang menjadi ajk program ini kerana sebelum ini ada sahaja halangan bila aku ingin menjadi ajk. Selamat di tarbiyah adik-adikku... Cukup setakat ini.
Ini yang aku ingin aku kisahkan sebenarnya. Aku sememangnya suka budak-budak. Seronok bila jumpa mereka yang bemacam-macam karenah. Sangat susah nak kontrol budak-budak. Tapi waktu macam nilah waktu mereka membesar, waktu mereka aktif, waktu mereka belajar. Teringat pesan Ustaz Hasrizal, jangan sekali-kali kita halang budak-budak yang sedang aktif ni takut-takut nanti bila dah besar mereka menjadi pasif(aku olah ayat ni mengikut bahasa aku). Apa yang perlu kita pandu keaktifan mereka ni supaya mempunyai nilai-nilai Islam dalamnya. Mereka inilah yang bakal menjadi remaja dan bakal menjadi dewasa, bakal menjadi pemimpin satu hari nanti. Kita yang mencorakkan mereka..
Selesai explorace, sekali lagi aku mengambil keputusan untuk stay dengan mereka sehingga habis program keseluruhannya. Seronok sangat-sangat. Aku berfikir sekarang aku menjadi fasi dan budak-budak ni jadi peserta. Beberapa hari lagi aku bakal berada di tempat mereka. Bersediakah aku?? Tak bersedia?? Takut? Cuak?? Macam-macam berada dalam hati ni. Apa-apa pun habiskan dulu program ni. Malam terakhir mereka, ada slot muhasabah. Malam tu jugak hari lahir Kaisah Karmilla. Sahabat-sahabat fasi merancang untuk meraikan hari lahir Kaisah dan beberapa orang peserta lagi. Kesian jugak aku tengok Kaisah yang dikenakan oleh abang-abang dan kakak-kakak fasi ni. Teringat seorang sahabatku pernah terkena begini jugak dalam satu proram satu ketika dulu.
Tangisan akhirnya bertukar menjadi senyuman. Aku suka sangat tengok suasana malam tu bagaimana budak-budak kecil ni memujuk sahabat mereka, bagaimana seorang adik menyuap seorang abang, Nampak kesan ukhuwah itu keatas mereka. Nampak kejujuran di wajah mereka.
Keesokannya, majlis penutup kem Tahfiz. Adik-adik ini terhibur melihat telatah mereka sendiri dalam montaj yang ditayangkan. Mendapat penghargaan hasil usaha mereka. Dan terakhir sekali semasa widak. Hampir tidak dapat menahan air mata melihat mereka bersalaman sesama sendiri, berpelukan dengan sahabat-sahabat mereka, tambahan ada antara mereka yang menangis kerana sedih hendak meninggalkan sahabat mereka yang makan setalam, tidur sebumbung selama seminggu. Bagaimana seorang anak kecil mampu merasa ukhuwah itu bagaimana pula kita? Semoga ukhuwah ini berpanjangan.
Gambar-gambar ini menceritakan segalanya...
Hurm.. banyak yang ingin ku ceritakan kali ini. Bagaimana cuti ku selama sebulan terisi. Bermula dengan menjadi ajk satu program yang pernah satu ketika dulu akulah pesertanya. Yang mengubah aku menjadi aku yang hari ini. Habis sahaja paper terakhir tumpuan diberikan sepenuhnya untuk program tersebut. Pertama kali aku berpeluang menjadi ajk program ini kerana sebelum ini ada sahaja halangan bila aku ingin menjadi ajk. Selamat di tarbiyah adik-adikku... Cukup setakat ini.
***************************************************************************
Sehari selepas program. Di saat keletihan masih lagi menguasai diri, di awal tahun baru hijrah, aku dan sahabatku di timpa musibah. Peringatan dari Allah swt supaya berhati-hati di jalan raya. Alhamdulillah, setakat ini sudah sembuh walaupun kadangkala masih ada rasa sakit sedikit. Dan aku bersyukur kerana aku masih disini. Masih mampu untuk mengubah diriku sebelum usiaku berakhir, sebelum nyawaku ditarik balik bertemu Penciptanya..***************************************************************************
Beberapa hari kemudian, menerima panggilan kak Shida membawaku ke Kursus PBC anjuran HPA. Aku memang tak pernah pergi dan kak Shida memang memerlukan dan aku membuat keputusan untuk pergi. Dua hari di sana, banyak input yang aku dapat. Sebelum balik, kak Shida mengajakku menjadi fasi untuk program Kem Tahfiz dan Smart Solat. Aku ingin pergi, tapi kondisi badanku yang perlukan rehat tambahan selepas accident yang lukaku belum kering, aku menolak. Aku jugak mempunyai perancangan lain, ingin menyambung semula belajar kereta yang tergendala. Mama kat rumah dah berpesan berkai-kali supaya habiskan belajar kereta…hurm..***************************************************************************
Aku merancang dan Allah juga merancang, namun perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Aku tak jadi nak sambung belajar kereta. Dan aku mendapat panggilan sekali lagi daripada kak Shida yang sangat-sangat memerlukan bantuan untuk jadi fasi untuk explorace Kem Tahfiz dan Smart Solat. Kali ini aku bersedia dan aku bersetuju. Keesokan harinya aku pergi ke Hutan Bandar Kulai bersama-sama sahabat-sahabat yang lain untuk berkhidmat..Ini yang aku ingin aku kisahkan sebenarnya. Aku sememangnya suka budak-budak. Seronok bila jumpa mereka yang bemacam-macam karenah. Sangat susah nak kontrol budak-budak. Tapi waktu macam nilah waktu mereka membesar, waktu mereka aktif, waktu mereka belajar. Teringat pesan Ustaz Hasrizal, jangan sekali-kali kita halang budak-budak yang sedang aktif ni takut-takut nanti bila dah besar mereka menjadi pasif(aku olah ayat ni mengikut bahasa aku). Apa yang perlu kita pandu keaktifan mereka ni supaya mempunyai nilai-nilai Islam dalamnya. Mereka inilah yang bakal menjadi remaja dan bakal menjadi dewasa, bakal menjadi pemimpin satu hari nanti. Kita yang mencorakkan mereka..
Selesai explorace, sekali lagi aku mengambil keputusan untuk stay dengan mereka sehingga habis program keseluruhannya. Seronok sangat-sangat. Aku berfikir sekarang aku menjadi fasi dan budak-budak ni jadi peserta. Beberapa hari lagi aku bakal berada di tempat mereka. Bersediakah aku?? Tak bersedia?? Takut? Cuak?? Macam-macam berada dalam hati ni. Apa-apa pun habiskan dulu program ni. Malam terakhir mereka, ada slot muhasabah. Malam tu jugak hari lahir Kaisah Karmilla. Sahabat-sahabat fasi merancang untuk meraikan hari lahir Kaisah dan beberapa orang peserta lagi. Kesian jugak aku tengok Kaisah yang dikenakan oleh abang-abang dan kakak-kakak fasi ni. Teringat seorang sahabatku pernah terkena begini jugak dalam satu proram satu ketika dulu.
Tangisan akhirnya bertukar menjadi senyuman. Aku suka sangat tengok suasana malam tu bagaimana budak-budak kecil ni memujuk sahabat mereka, bagaimana seorang adik menyuap seorang abang, Nampak kesan ukhuwah itu keatas mereka. Nampak kejujuran di wajah mereka.
Keesokannya, majlis penutup kem Tahfiz. Adik-adik ini terhibur melihat telatah mereka sendiri dalam montaj yang ditayangkan. Mendapat penghargaan hasil usaha mereka. Dan terakhir sekali semasa widak. Hampir tidak dapat menahan air mata melihat mereka bersalaman sesama sendiri, berpelukan dengan sahabat-sahabat mereka, tambahan ada antara mereka yang menangis kerana sedih hendak meninggalkan sahabat mereka yang makan setalam, tidur sebumbung selama seminggu. Bagaimana seorang anak kecil mampu merasa ukhuwah itu bagaimana pula kita? Semoga ukhuwah ini berpanjangan.
Gambar-gambar ini menceritakan segalanya...
Slot Muhasabah-aku tidak berada disini ketika ini
merenung masa depan...
selepas explorace di Hutan Bandar Kulai
Abang Najeeb yang garang, siap dengan rotan lagi..
Tengok ape la tu sampai tak pandang keliling..
Makan setalam, tak habis kene denda kak Raehan(hehe..)
Pasangan dua beradik: Alisya dan Edy
Persediaan sebelum pertandingan hafazan
Sepenuh perasaan membawa lagu 1,2,3..4
Birthday girl yang teruk dikenakan fasi-semoga usiamu mendapat keberkatan
Pujuk jangan tak pujuk, kesian Kaisah terkejut
So sweet..Kaisah suap kek kat abang kandung dia Taufiq
Tengok bulan ke kira bintang??
Minta maaf ustaz..janji tak buat lagi
ayo. kembali ke sekolah!!
Bilakah lagi...kita semua satu hati...
Kapal Terbang Air Asia yang tak melepaskan peluang bergambar
bersama pesera kem Tahfiz dan Smart Solat
Satu lagi pasangan adik beradik : Azam dan Husna KCB
Kak Ashra yang femes
Kami anak-anak acuan Al-Quran bakal memimpin negara
membincangkan projek terbaru menternak ikan untuk
membangunkan eknomi negara
Seteguh karang di lautan Ummah..
Sape berani cuba??

Seminggu sebelum ke program seterusnya. Hampir setiap hari aku keluar. Memanjangkan langkahku ke kedai-kedai buku mencari keperluan. Macam-macam pengalaman aku dapat. Secara jujurnya aku memang tak reti naik bas di johor ni. Sebab aku jarang sekali keluar jauh-jauh. Setakat ke Jusco taman U atau ke Umall aku tahulah. Di sebab tahap kepokaian yang tinggi, maka aku memilih bas. Seronok walaupun penat. Keluar bersama-sama sahabat menyebabkan aku lebih mengenali mereka(erk..)..melihat telatah manusia yang pelbagai… dan aku memang suka memerhati keadaan sekeliling. Tidak seperti sahabatku yang lebih suka mendengar(Klik sini). MPH Taman U, BADAN, Popular CS, MPH CS, Johor Snentral(betul ke name tempat ni)..semua aku pergi. Nasib baik tak sampai ke Tebrau...***************************************************************************
Bergerak bersama sahabat-sahabat ke program seterusnya. Perasaan sebelum pergi. Bercampur baur… Bersediakah aku untuk ditarbiyah? Tidak banyak juga yang ingin aku kisahkan disini. Kerana semuanya tak mampu untuk aku ungkapkan dengan kata-kata. Pengalaman dengan merasa sendiri adalah berbeza dengan pengalaman melalui penceritaan. Alhamdulillah, aku mendapat sesuatu disana. Mendapat arah yang mungkin telah kabur dimakan masa. Aku gembira ada sahabat, aku gembira bersama mereka. Aku bersyukur aku sampai kesana.
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati,
Tuk tegakkan kalimah Illahi.
Pancang tekadmu, jangan mudah mengeluh,
Pastikan azammu semakin meninggi,
Kejayaan Islam bukan sekadar mimpi,
Namun janji Allah yang HAQ dan PASTI!!
Jiwai liriknya bukan sekadar meluncur di bibir tanpa sebarang makna….
***************************************************************************
Pulang sahaja, perkara pertama cek result. Alhamdulillah….D- aku dah bertukar. Terima kasih Cik Mie, Terima kasih PM Sarudin, Terima kasih Cikyah, Terima Kasih Zaid, Terima kasih sahabat-sahabat yang tak putus2 memberi semangat, Terima kasih semua… Terima kasih mama yang tak henti-henti mendoakan...syukur Ya Allah..
Mulakan hidup baru, hari baru, pengalaman baru. Selamat ber’Intern’ kepada sahabat-sahabat sefakulti, sahabat-sahabat sekursus, sahabat-sahabat sekelas…PASTIKAN AZAMMU SEMAKIN MENINGGI!!!!
aisyh.. terasa den...
ReplyDeletee eh..miza ke? hehe...
ReplyDeletesalah eja. johor sentral! eh.. ke city square??
ReplyDelete