Friday, February 10, 2012

Artis pakai tudung: Saja je tu ikot trend

Bismillahhirrahmanirrahim...

Sebelum baca, pasang dulu lagu ni..sambil baca sambil dengar pun best =)



Tajuk ganas, macam cerita gosip tapi ini sebenarnya bukan cerita gosip tapi hanya sedikit perkongsian. Kalau kita tengok dalam industri hiburan sekarang ramai artis yang sudah melakukan perubahan. Bermula dengan Wardina Safiyah, Sham Kamikaze, Bob Lokman, Irma Hasmie, Catriona Ross, Zizan Raja Lawak, Diana Amir dan yang terbaru sekali Ana Rafali. Ramai lagi yang mungkin tidak ternyatakan disini.

“Ala dorang ni berubah saja-saja je tu. Ikut trend. Orang nak pakai tudung, dorang pun nak pakai tudung. Sekarang kan musim ambik pelakon pakai tudung”

Ada cakap-cakap macam tu yang kita dengar. Betul ke macam apa yang orang cakap? Apa hak kita untuk menghakimi mereka. Biarlah mereka nak berubah. Sepatutnya, sebagai saudara seagama kita patut rasa bersyukur sangat-sangat bila melihat perubahan yang berlaku. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Layakkah kita yang tak memiliki apa-apa ini untuk mempertikaikan hidayah yang Allah berikan.

Allah dah pilih golongan-golongan artis ini untuk berubah. Cuba lihat apa hikmahnya.Mereka-mereka ini mempunyai kumpulan peminat tersendiri. Dengan hidayah yang Allah berikan kepada mereka ini, insyaAllah mampu menarik peminat-peminat mereka untuk berubah.

Cuba lihat berapa ramai yang like page Sham Kamikaze? Berapa ramai yang turut merasa dan terasa dengan post-post mendidik jiwa yang beliau buat? Bandingkan dengan diri kita yang mengaku kononnya baik sejak awal, tidak pernah melakukan kesalahan kononnya. Tapi apa usaha kita untuk menarik orang-orang lain kembali pada agama? Siapa sahaja yang membaca post-post kita yang kebiasaannya hanya luahan perasaan semata-mata?

Tengok pula peminat-peminat Zizan dan Ustaz Azhar Idrus. Nama mereka begitu sinonim bersama. Dakwah jenis apa mereka gunakan? Bukan sekadar duduk-duduk berceramah di Masjid. Pernah terbaca di satu blog(maaf tak ingat blog apa), penulis blog berkenaan mengulas tentang fenomena Ustaz Azhar. Siapa yang mendengar ceramah beliau? Dari semuda-muda usia sehingga yang bergelar atuk, daripada mat rempit sehingga ke orang-orang masjid tutur mendengar. Kalaupun tak pernah menjejak masjid sekalipun melainkan ketika solat hari raya, siapa sangka dalam laptop yang penuh dengan cerita korea tu terselit ceramah-ceramah ustaz Azhar. Paling tidak soal jawab Ustaz Azhar pada malam tahun baru bersama Zizan pasti ada. Tapi kita, memberi tazkirah ringkas dihadapan budak sekolah rendah belum tentu mampu.

Jadi siapa kita untuk mempertikaikan golongan artis yang telah melalui fasa perubahan ini? Ayuh sama-sama kita doakan semoga semakin ramai menerima cahaya hidayah Allah. Tidak kiralah mereka artis atau orang biasa, tidak kisah mereka pemimpin atau rakyat jelata. Apa yang kita harapkan kemanisan Islam dapat kongsikan bersama-sama.









Small note:
Semoga lebih ramai yang kembali kepada fitrah..

No comments:

Post a Comment