Bismillahirrahmanirrahim..
Kenapakah tajuknya begitu? Tak tahu... Itu lintasan dari hati. Bila sign in je kat blogger.com, itu yang terlintas dan tertulis. Mungkin sebab hari ni semua orang nak berkongsi tentang Valentine Day. Jadi sebab tu tertulis CINTA.
Bila jalan-jalan dialam maya tadi, sangat banyak yang saya jumpa pasal valentine dan dalam pelbagai bentuk. Jadi saya share sahaja dekat sini ye.
Kedua, terjumpa apa yang ditulis oleh sahabat saya semasa dimatrik dulu. Sungguh indah susunan bahasa beliau. Saya tak mampu untuk menulis bgitu. Jadi saya kongsikan disini juga. Saya quote kata-kata dari blog beliau. Selebihnya boleh melawat beliau di SINI.
"Cinta berupa energi, yang membuat sang pencinta memiliki tatapan pinta kepada Rabbnya. Pandangan kasihnya jatuh jua ke retina cinta, takkan berpaling selamanya. Lalu senyumnya pun merekah, mekar dari kuncup cinta. Bahkan di kala tangis, ia menimba luhnya dari mata air cinta.."
"Energi cinta, energi yang meredakan segala resah dan gelisah dengan mengingat Sang Kekasih. Ketenangan di segala suasana, keteduhan di setiap terik. Keteguhan untuk mengucapkan Ahad.. Ahad walau cambukan terus melecut dan pasir panas menjadikan tubuh bak kacang goreng. Cinta ini berbuah dzikir naturi yang menenteramkan.."
Ketiga, terjumpa satu video ayat power yang sangat power. Mungkin bila tulis orang malas nak baca tapi bila tengok video ni terus melekat dalam minda kan.
Keempat, tadi nampak profile picture ni kat facebook coursemate, rasa comel pulak jadi saya kongsikan jugak ye. Beliau ada di SINI.
Dan kenapakan Si Rumah Baru? Sebab kitorang dah dapat rumah baru. Minggu depan nak pindah dah. Allah permudahkan segalanya. Rumah yang harganya tak setanding rupanya. Betul ke ayat ni? Betul kot.. Mak Melah, owner rumah yang sangat baik hati bagi kami sewa rumah tu bayar RM140 seorang sebulan. Rumah sangat lengkap. Ada mesin basuh, ada TV dua, ada Astro, perabot semua lengkap, dapur yang sangat best, corner lot siap ada pokok buah-buahan dan sayur-sayuran. Kan? Seronokkan.. Siap Mak Melah kata nanti free2 beliau masakkan kitorang nasi lemak..Wah..terharu.. semoga rezeki Mak Melah lepas ni melimpah ruah.. Alhamdulillah...
Begitulah ceritanya macam mana tajuk Cinta Si Rumah Baru boleh tercetus\(^0^)/
Small Note:
Jom sebarkan kasih-sayang kepada semua orang dan semua makhluk hari-hari..Doakan buat saudara kita diseluruh dunia khususnya di Syria..
No comments:
Post a Comment