Bismillahirrahmanirrahim...
Memandangkan hari ni hari guru, saya memilih untuk menulis tentang Hari Guru dahulu berbanding cerita-cerita lain. Selamat Hari Guru saya ucapkan buat semua yang pernah mendidik saya sama ada secara formal atau tidak formal. Semua adalah guru-guru yang banyak membantu saya menjadi saya yang hari ini. Berjalan-jalan di alam maya dan terjumpa status seorang yang amat saya hormati. Beliau berkata Rasulullah saw adalah guru yang paling baik sepanjang zaman. Dan ibu bapa ada lah guru personal paling dedikasi buat kita. Ia benar. Saya sangat bersetuju dengan kata-kata beliau.
Mungkin kita terlupa sebenarnya ataupun telah di setkan didalam minda kita guru hanyalah insan yang mengajar kita di sekolah. Tidak sama sekali. Bagi saya guru ialah sesiapun dia yang pernah mendidik kita secara sedar atau tidak sedar. Secara langsung atau tidak langsung. Insan-insan ini yang mempunyai saham dalam membentuk saya menjadi saya pada hari ini.
Membaca blog Ustaz Hasrizal juga membawa saya mengimbau kembali cerita yang pernah saya tonton suatu masa dahulu. Bukan semua cerita hindustan tidak mempunyai nilai moral yang boleh diambil isinya. Bagi saya cerita ini sangat baik jalan ceritanya berkenaan seorang budak lelaki yang menghidapi dilexia dan bagaimana seorang guru dalam erti kata seorang guru yang sabar dan ikhlas untuk membantu pelajar itu. Guru sebegini yang patut menjadi contoh kepada guru-guru lain. Saya tidak ingin menyentuh panjang mengenai cerita ini. Saya mencadangkan sesiapa yang ingin tahu boleh cuba menontonnya. InsyaAllah sangat banyak moral dan pengajaran yang boleh di ambil daripada cerita ini.
Saya mungkin tiada bakat untuk menjadi seorang guru walaupun setelah beberapa kali mendapat peluang tetapi saya tetap menolak. Bagi saya terlalu besar tanggungjawab seorang guru yang tidak mampu saya lakukan. Namun demikian, saya pernah berada dalam kelompok guru-guru. Mendengar permasalahan yang berlaku, pernah menanda kertas peperiksaan, pernah masukkan markah dan diminta untuk mereka backdrop pentas untuk sambutan hari guru. Bagi saya ini satu pengalaman bermakna walaupun saya bukan seorang guru.
Guru paling mudah mendapat pahala kerana ramai anak murid yang bakal mendoakan anda. Guru juga mempunyai saham akhirat kerana selagi mana ilmu yang diajarkan dipanjangkan, selagi tu sahamnya berbalik kepada guru. Jadi, pesanan saya yang bukan seorang guru kepada semua guru ikhlaslah dalam mendidik anak bangsa. Semoga guru-guru dan para pendidik sekalian beroleh keberkatan dalam usaha mendidik anak-anak yang bakal menjadi pemimpin masa depan. Selamat Hari Guru atau lebih tepatnya Selamat Hari Pendidik.
Nota Kecil:
- Selamat hari guru kepada kakak yang juga seoarang guru.
- Selamat Hari Lahir kepada adik yang lahir pada hari guru.
- Selamat menjadi guru kepada kakak2 yang baru posting. Semoga baik-baik saja berada di daerah pergunungan itu.
No comments:
Post a Comment