Alhamdulillah masih mempunyai masa untuk meng'update' blog hari ini. Dua kali update. Rasanya ini pertama kali. Maklumlah, saya bukan penulis blog yang tegar. Hari ini Jumaat. Jumaat yang sangat sejuk. Jumaat yang banyak dugaan. Jumaat yang banyak memberi peluang untuk memuhasabah diri sendiri. Jumaat yang biasanya saya isi masa dengan berjalan-jalan di alam maya sementara berada dalam lab.
Semalam petang semasa sedang meng'google' tentang TIFF File Format, hati saya digerakkan oleh Allah untuk menaip 'Langit Illahi' pada ruangan carian google. Dan saya tahu Langit Illahi sangat sinonim dengan Hilal Aysraf. Apa yang saya jumpa dan yang ingin saya kongsikan adalah tentang blogger = dai'e. Beliau membuatkan saya menyelak semula helaian-helaian cerita yang pernah saya tuliskan di sini. Kenapa saya menulis blog? Mungkin sesekali pernah terlupa niat asal saya berblog.
Saya terbuka semula satu helaian bertarikh 12 Januari 2011 bertajuk Sepetang Bersama Blog yang membawa saya ke helaian bertarikh 22 November 2008 yang bertajuk Pesanan Buat Diriku. Alhamdulillah..saya rasa saya masih tidak lari dengan niat asal saya menulis blog. Mungkin cara penulisan ada perubahan. Dulu membahasakan diri 'Aku' sekarang menjadi 'Saya'. It's just happen..
Dan saya sangar tertarik dengan apa yang saudara Hilal Asyraf katakan. Tidak salah menulis diari dalam blog tapi haruslah ianya memberi manfaat kepada orang membaca. Kata beliau
"Blogger yang kurang baik, bila cuaca hujan, dia akan cerita di dalam blognya:
“Hari ini hujan. Boring gilerr.”
Blogger yang baik, bila cuaca hujan, dia akan cerita di dalam blognya:
“Hari ini hujan. Sedikit kebosanan kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Tetapi mungkin diri boleh ambil peluang muhasabah. Mengambil ibrah daripada rahmat yang Allah SWT turunkan. Hujan menghalang aku untuk keluar dari rumah, tetapi memberikan pula kehidupan kepada haiwan dan tumbuhan. Untuk aku pula, mungkin dari sekadar bosan ini tinggal bosan, baik aku isi masa dengan sesuatu yang bermanfaat….”
Begitu. Ada beza bukan? Kedua-duanya diari. Tetapi berbeza sama sekali."
Saya masih mencuba menulis kearah yang lebih baik. Semoga ianya memberi manfaat kepada saya dan orang lain.
No comments:
Post a Comment