Wednesday, January 26, 2011

Bertemu Kekasih Hati

Bismillahirrahmanirrahim…

Hari ini aku terserempak dengan satu blog semasa tengah blogwalking. Sebenarnya terserempak beberapa hari yang lalu. Cuma tak berkesempatan untuk explore habis blog tersebut maka aku hanya bookmark blog tersebut supaya aku dapat datang lagi lain kali. Dan hari ini aku melangkah sekali lagi meluangkan sedikit masa untuk mencari sesuatu dalam blog INI.

Blog ini kepunyaan arwah Mas Afzal yang telah kembali bertemu Penciptanya pada 18 December 2010… Tersentuh hatiku membaca blog ini. Berkisar tentang penyakitnya..Redha, kuat dan tabahnya beliau menerima ujian Allah keatas dirinya..Berikhtiar… Namun Allah lebih sayangkan arwah dan menjemput beliau kembali bertemuNya.

Terharu aku melihat di saat hujung usia beliau, dengan alat bantuan pernafasan, beliau masih mampu tunduk solat kepada Allah di atas katilnay di Hospital Ampang.. Subhanallah..

Pertama kali aku bertemu dengan saudara ini semasa membaca coretan adik Sharifah Hani Yasmin Syed Abdullah al-Idrus dalam blog Ustaz Hasrizal. Tetapi tidak berkesempatan mengunjungi teratak beliau. Dan kali kedua juga di blog Ustaz Hasrizal sekali lagi bertemu denagn nama ini juga mendapat alamatnya..maka aku memanjangkan langkah kesana… Blog ini akan kubaca satu persatu isinya InsyaAllah..

Diriku, jasadku tidak mengenali beliau tetapi hatiku, jiwaku seakan mengenalinya kerana dia saudaraku, saudara seIslamku..Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah..

nota: sekali lagi terkenangkan sahabat-sahabatku yang telah pergi
  • Mohd Kamal(SMSL)
Mereka semua telah bertemu Kekasih hati. Akan tiba giliran kita...

Perasaan terbaik adalah bila kita menangis keranaNya dan menangis kerana mereka yang mengingatkan kita kepadaNya..

Tuesday, January 25, 2011

Ubat Penawar Duka

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini ingin kukogsikan dengan sahabat-sahabat sekalian ubat penawar duka. Khas kepada yang sedang berduka, kepada yang sedang bersedih, kepada yang sedang menangis...

Sungguh indah ayat-ayat Allah... La Tahzan..Innallaha Ma'ana...











Monday, January 24, 2011

IRONI'11

Bismillahirramanirrahim

“Lin…” seperti ku kenal suara itu. Aku mengecilkan mata untuk melihat siapa. Spec tak pakai..hoho.. Simpan barang dalam bilik dan terus menuju ke arah mereka yang tengah meeting. Betul jangkaanku. Azma yang memanggil. Sahabatku yang telah sekian lama tak jumpa. Bertemu kembali dalam program IRONI.

Cerita tentang kembaraku kali ini. Sekali lagi menjejak KL untuk bertemu sahabat-sahabat seirfaan. Dari UTM berempat dengan Pau, Mun dan Yayat. Kali ini bertempat di Masjid Kampung Tunku. Ada yang kukenal, ada yang baru pertama kali ku jumpa tapi yang berjumpa pertama kali seakan sudah lama kami berkenalan. Tautan Irfaan mengikat kami…Setahun bersama sehayat terasa( Yaka? Aku duduk Irfaan dua tahun)

Ustaz Sayuti

Tidak berkesempatan bertemu Ust Sayuti, seorang pensyarahku di Irfaan dulu. Beliau kini berkhidmat di Kolej Matrikulasi Selangor. Aku sampai lewat. Terlepas satu slot.

@Sri Lanka Buddhist Temple

Jelajah Dakwah. Kami di bahagi dua kumpulan. Grup aku menuju ke Gereja St Joseph. Dan Grup lagi satu ke Sri Lanka Buddhist Temple. Pengalaman pertama bagiku, Sampai di sana bertemu dengan Paderi Gereja St Joseph. Bertanya beliau beberapa soalan mengenai gereja tersebut dan mengenai agama Kristian. Balasan yang baik kami terima. Beliau menceritakan tentang sejarah reformasi, mengenai pendidikan mereka, mengenai Nabi Isa dan beberapa perkara lagi yang dikongsikan.

@St Joseph Catholic Church

Kumpulan yang lagi satu juga mendapat respon yang baik. Tidak salah jika kita ke rumah ibadat agama lain untuk mengetahui tentang agama mereka. Satu perkongsian yang baik. Memang ada mata-mata yang memandang pelik terhadap kami semasa berjalan memasuki kawasan gereja tersebut.

Ustaz Yusuf

Petang tu pembentangan mengenai apa yang kami perolehi. Dan ada slot pencerahan daripada Ustaz Yusuf daripada PERKIM. Beliau merupakan seorang saudara baru. Pengalaman yang tak pernah dirasai.

Ustaz Ikhwan

Pengisian-pengisian seterusnya mengenai peranan kita apabila pulang ke Tanah Borneo nanti. Disampaikan oleh juga seorang saudara baru iaitu ustaz Ikhwan.

Sahabat-sahabat seIrfaan yang bermacam ragam

Alhamdulillah..banyak yang telah aku perolehi dalam kembaraku kali ini. Semoga bertemu lagi pada IRONI akan datang.

Wednesday, January 19, 2011

Cerita Pak Cik Bas-Rakyat didahulukan

Bismillairrahmanirrahim…

Perjalananku bermula 8.30 pm menaiki bas ... daripada sriputri menuju ke Kuala Lumpur. Naik sahaja bas, pakcik kondaktor bas merangkap pemandu kedua mula membawaku berbual. Banyak beliau kongsikan mengenai anaknya seramai 3 orang dan semuanya perempuan. Setengah jam kemudian aku meneruskan pembacaanku bersuluhkan lampu handphone. Badan sangat penat lepas balik kerja terus berkejar ke sri putri tapi mata seakan tidak mahu lelap.

gambar sekadar hiasan, bukan bas ni yang aku naik

Kusangka lampu handphoneku menggangu orang yang duduk disebelahku rupanya dia juga tidak dapat melelapkan mata lalu kami berbual seketika, seusia denganku tapi dia sudah bertunang dan bakal menukar status tidak lama lagi. Dan tunangnya bekerja di Sandakan Sabah. Haha..terjumpa bakal orang Sabah pula.

Semakin hampir ke KL, mataku baru mula terlelap, di Tol…


yang ni pun sekadar hiasan. Gambar from Google

"Dik, betul ke ni?? Adik salah tekan ke??" Aku mula memasang telinga.

"Betul bang. Aik? Mahalnye? RM 30.90?" pak cik bas mula bising-bising bila harga tol naik.

“Tadi pagi baru Rm 15.00 macam mana boleh naik 30 malam ni?” kata pak cik bas yang sorang lagi.

“naik 50 peratus tu!!”, balas pakcik yang memandu.

“Bukan nye 50 peratus, 100% tu…”, yang sorang mencelah.

Aku mencongak. A ah la. 100%.

Perbualan pakcik bas semakin panas.

"Mesti esok ramai yang dah bising. Bla bla bla…. "Pakcik bas mula berbalas-balas komen mengenai kenaikan tol.

"Inilah Rakyat didahulukan….huh..", Kata pakcik yang tengah memandu.

"Semua nak naik. Harga air pon nak naik. Bukannye dorang sebut Kun Fayakun air tu ade nak naikkan harga air. " , Sambungnya kemudian.

Betul. Jawabku dalam hati. Kalau Allah tak bagi air tu mana nak ade air tu kan..

Hurm...pilihan di tangan anda....

Friday, January 14, 2011

Office Story

Bismillahirrahmanirrahim…

Hari ni hari ketiga aku duduk office. Secara full time hari kedua. No facebook, No YM. Blog? Hehe..boss tak cakap pula tak boleh. Jadi aku buat-buat macam boleh. Sebelum ni aku LI dalam bilik aku di KTF. Jadi agak free la boleh je kemana-mana yang aku suka. Baru dua hari ni masuk office dan aku masih cuba membiasakan diri aku duduk dalam office. Orang lain dah dua minggu mungkin dah biasa. Terseksa jiwa dan raga, sebab aku bukanlah seorang yang boleh duduk diam static kat satu tempat. 8.30 pagi sampai 5.30 petang duduk meghadap laptop. Semoga dipermudahkan urusan, semoga di beri kekuatan, semoga diberi keberkatan masa.8 jam jadi 2 jam(hehe..orang selalu minta masa yang kejap jadi lama, tapi aku nak minta masa yang lama jadi sekejap)…Allahumma yassir wala tuassir Ya Kareem..




Petang ni off to KL….

Wednesday, January 12, 2011

Sepetang Bersama Blog

Bismillahirrahmanirrahim..

Petang semalam LPM PMIUTM telah mengadakan bengkel membuat blog. Dan tenaga pengajarnya tak lain dan tak bukan kak Sunah yang telah masak dalam dunia blogger ini. Sambutan daripada sahabat-sahabat agak baik. Ada yang masih baru, ada yang telah arif dan ada yang tak pernah berkecimpung langsung dengan blog.

Bengkel Membuat Blog (Pic credit to Kak Sunah)

Sedar tak sedar hampir 3 tahun aku ada blog. Sejak 2008.Aku masih belajar dan banyak aku masih tidak tahu. Apa tujuan kamu buat blog? Azlin? Soalan bola tanggung yang diberikan oleh kak Sunah kepada aku? Erk..Saja.. meniru jawapan orang sebelumku…Tak sempat nak fikir jawapan tu dah keluar dari mulut. Mulutku lebih pantas dari otak..hurm.. sebenarnya bukanlah saja-saja aku membuat blog. Aku pernah ceritakan sebelum ini kenapa aku buat blog. Satu entri khas untuk itu. Boleh baca di sini.

Aku ingin berkongsi dengan caraku tersendiri. Adalah amat rugi jika hari-hari yang kita lalui tidak kita catatkan perjalanannya, ia akan hilang satu hari nanti ditelan usia tanpa kita mengingatinya. Sekadar terkubur menjadi satu sejarah. Blog adalah salah satu tempat untuk kita catatkan sejarah itu. Tidaklah perlu 'sedetail-detailnya' cukup sekadar kita boleh buka balik satu masa nanti dan kita kenang apa yang pernah kita lalui. Ia boleh menjadi satu sumber inspirasi, satu rujukan, satu pengajaran kepada kita untuk kehidupan mendatang. Ini pendapat aku.

Ni diari Harry potter pinjam kejap

Bukankah menulis diari sudah cukup? Atau sekadar menyimpannya untuk tatapan sendiri? Mungkin..jawapannya sangat subjektif. Aku pernah melihat kakak-kakakku yang menyalin semula hasil tulisan diari seorang ustaz. Beliau ingin bukukan dan berkongsi dengan orang. Aku pernah membaca sebahagian tulisan itu. Sangat menarik. Kata-kata beliau, lebih 20 tahun kamu hidup tapi tak pernah mencatat perjalanan hidup kamu, lupa begitu sahaja. Sangat rugi (Tak berapa nak ingat ayat betul dia. Lebih kurang macam ni agaknya)

Kembali kepada bengkel blog. Banyak ilmu yang aku dapat daripada blogger berpengalaman seperti kak Sunah. Tak pernah pula rasanya aku nak timbang berapa berat blog aku. Lepas kak Sunah cakap aku terus timbang. Siapa-siapa nak timbang boleh cuba dekat sini.

Jawapannya tadaaa…. Tak dela berat mana pun.

Hasil timbangan blog aku

Setakat itu dahulu.
Kehilangan idea nak menulis.
Kak Sunah pesan jangan tulis panjang-panjang(^_^)v

Sunday, January 9, 2011

Berjalan Dan Terus Berjalan

Bismillahirrahmanirrahim...

Seawal 7 pagi aku meninggalkan bilikku. Aku memilih menyahut seruan itu. Berjalan selangkah demi selangkah. Langkah yang laju semakin perlahan. Banyak yang belum selesai. Hampir-hampir mengaku kalah. Syukur ada sahabat disisi membuatkan aku terus melangkah.. dipersendakan seekor burung, membuatkan aku kembali segar disaat-saat kayuhan langkah semakin lemah…




Perjuangan diteruskan. Dengan sisa-sisa tenaga yang masih ada membilang satu nombor ke satu nombor. Nun jauh mata memandang, dalam hati seolah berbisik "Ya Allah panjangnya jalan ini." Di pertengahan perjalanan, terjumpa seorang ibu yang lepas melahirkan. Tersentuh hatiku… Terlahir ketakutan melalui saat itu di mulut sahabatku..hehe.. Itu satu perjuangan..perjuangan melahirkan mujahid mujahidah yang bakal mengubah dunia…

Menapaki langkah-langkah berduri
Menyusuri rawa, lembah dan hutan,

Berjalan diantara tebing curam,
Semua dilalui demi perjuangan,

Letih tubuh didalam perjalanan,
Saat hujan dan badai merasuki badan,
Namun jiwa harus terus bertahan,

Kerna perjalanan masih panjang...

Bait-bait lagu ini terngiang-ngiang di minda lalu terzahir perlahan..

Sahabatku menyambut...

Sabarlah wahai saudaraku,
Tuk menggapai cita,

Jalan yang kau tempuh sangat panjang,
Tak sekadar bongkah batu karang…


Alhamdulillah…selesai segalanya…

Alang-alang penat… tujuan bukannya bilik yang telah lama ditinggalkan.. setelah selesai men'topup' tenaga rohani dan jasmani, langkah dipanjangkan kembali. Angsana..secara tepatnya BADAN CEMERLANG. Tak sedar masa berlalu… sempat mencapai 3 buah buku. ADOBE FLASH CS4 Professional setebal 511 muka surat(akhirnya aku dapat buku ini, maka belajarlah aku flash sepanjang minggu depan dan minggu-minggu seterusnya), Law of Attraction (no idea..nak baca apa yang ada dalamnya) dan Secangkir Teh Pengubat Letih (memang ingin kumiliki buku ini, cuma tak berkesempatan..di saat badan tengah letih buku ini telah menarik perhatianku sekali lagi).. Alhamdulillah..Pelaburan di BADAN CEMERLANG semoga tidak menjadi sia-sia.


Hasil dapatan dari Badan

Pulang....


Kulihat Oren Di mana-mana

Tuesday, January 4, 2011

Cerita Hati-semalam yang telah pergi...

Bismillahirrahmanirrahim…

Hurm.. banyak yang ingin ku ceritakan kali ini. Bagaimana cuti ku selama sebulan terisi. Bermula dengan menjadi ajk satu program yang pernah satu ketika dulu akulah pesertanya. Yang mengubah aku menjadi aku yang hari ini. Habis sahaja paper terakhir tumpuan diberikan sepenuhnya untuk program tersebut. Pertama kali aku berpeluang menjadi ajk program ini kerana sebelum ini ada sahaja halangan bila aku ingin menjadi ajk. Selamat di tarbiyah adik-adikku... Cukup setakat ini.

***************************************************************************
Sehari selepas program. Di saat keletihan masih lagi menguasai diri, di awal tahun baru hijrah, aku dan sahabatku di timpa musibah. Peringatan dari Allah swt supaya berhati-hati di jalan raya. Alhamdulillah, setakat ini sudah sembuh walaupun kadangkala masih ada rasa sakit sedikit. Dan aku bersyukur kerana aku masih disini. Masih mampu untuk mengubah diriku sebelum usiaku berakhir, sebelum nyawaku ditarik balik bertemu Penciptanya..

***************************************************************************
Beberapa hari kemudian, menerima panggilan kak Shida membawaku ke Kursus PBC anjuran HPA. Aku memang tak pernah pergi dan kak Shida memang memerlukan dan aku membuat keputusan untuk pergi. Dua hari di sana, banyak input yang aku dapat. Sebelum balik, kak Shida mengajakku menjadi fasi untuk program Kem Tahfiz dan Smart Solat. Aku ingin pergi, tapi kondisi badanku yang perlukan rehat tambahan selepas accident yang lukaku belum kering, aku menolak. Aku jugak mempunyai perancangan lain, ingin menyambung semula belajar kereta yang tergendala. Mama kat rumah dah berpesan berkai-kali supaya habiskan belajar kereta…hurm..

***************************************************************************
Aku merancang dan Allah juga merancang, namun perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Aku tak jadi nak sambung belajar kereta. Dan aku mendapat panggilan sekali lagi daripada kak Shida yang sangat-sangat memerlukan bantuan untuk jadi fasi untuk explorace Kem Tahfiz dan Smart Solat. Kali ini aku bersedia dan aku bersetuju. Keesokan harinya aku pergi ke Hutan Bandar Kulai bersama-sama sahabat-sahabat yang lain untuk berkhidmat..

Ini yang aku ingin aku kisahkan sebenarnya. Aku sememangnya suka budak-budak. Seronok bila jumpa mereka yang bemacam-macam karenah. Sangat susah nak kontrol budak-budak. Tapi waktu macam nilah waktu mereka membesar, waktu mereka aktif, waktu mereka belajar. Teringat pesan Ustaz Hasrizal, jangan sekali-kali kita halang budak-budak yang sedang aktif ni takut-takut nanti bila dah besar mereka menjadi pasif(aku olah ayat ni mengikut bahasa aku). Apa yang perlu kita pandu keaktifan mereka ni supaya mempunyai nilai-nilai Islam dalamnya. Mereka inilah yang bakal menjadi remaja dan bakal menjadi dewasa, bakal menjadi pemimpin satu hari nanti. Kita yang mencorakkan mereka..

Selesai explorace, sekali lagi aku mengambil keputusan untuk stay dengan mereka sehingga habis program keseluruhannya. Seronok sangat-sangat. Aku berfikir sekarang aku menjadi fasi dan budak-budak ni jadi peserta. Beberapa hari lagi aku bakal berada di tempat mereka. Bersediakah aku?? Tak bersedia?? Takut? Cuak?? Macam-macam berada dalam hati ni. Apa-apa pun habiskan dulu program ni. Malam terakhir mereka, ada slot muhasabah. Malam tu jugak hari lahir Kaisah Karmilla. Sahabat-sahabat fasi merancang untuk meraikan hari lahir Kaisah dan beberapa orang peserta lagi. Kesian jugak aku tengok Kaisah yang dikenakan oleh abang-abang dan kakak-kakak fasi ni. Teringat seorang sahabatku pernah terkena begini jugak dalam satu proram satu ketika dulu.

Tangisan akhirnya bertukar menjadi senyuman. Aku suka sangat tengok suasana malam tu bagaimana budak-budak kecil ni memujuk sahabat mereka, bagaimana seorang adik menyuap seorang abang, Nampak kesan ukhuwah itu keatas mereka. Nampak kejujuran di wajah mereka.

Keesokannya, majlis penutup kem Tahfiz. Adik-adik ini terhibur melihat telatah mereka sendiri dalam montaj yang ditayangkan. Mendapat penghargaan hasil usaha mereka. Dan terakhir sekali semasa widak. Hampir tidak dapat menahan air mata melihat mereka bersalaman sesama sendiri, berpelukan dengan sahabat-sahabat mereka, tambahan ada antara mereka yang menangis kerana sedih hendak meninggalkan sahabat mereka yang makan setalam, tidur sebumbung selama seminggu. Bagaimana seorang anak kecil mampu merasa ukhuwah itu bagaimana pula kita? Semoga ukhuwah ini berpanjangan.

Gambar-gambar ini menceritakan segalanya...

Slot Muhasabah-aku tidak berada disini ketika ini

merenung masa depan...


selepas explorace di Hutan Bandar Kulai


Abang Najeeb yang garang, siap dengan rotan lagi..


Tengok ape la tu sampai tak pandang keliling..


Makan setalam, tak habis kene denda kak Raehan(hehe..)


Pasangan dua beradik: Alisya dan Edy


Persediaan sebelum pertandingan hafazan


Sepenuh perasaan membawa lagu 1,2,3..4


Birthday girl yang teruk dikenakan fasi-semoga usiamu mendapat keberkatan


Pujuk jangan tak pujuk, kesian Kaisah terkejut


So sweet..Kaisah suap kek kat abang kandung dia Taufiq


Tengok bulan ke kira bintang??


Minta maaf ustaz..janji tak buat lagi


ayo. kembali ke sekolah!!


Bilakah lagi...kita semua satu hati...


Kapal Terbang Air Asia yang tak melepaskan peluang bergambar
bersama pesera kem Tahfiz dan Smart Solat


Satu lagi pasangan adik beradik : Azam dan Husna KCB


Kak Ashra yang femes


Kami anak-anak acuan Al-Quran bakal memimpin negara

membincangkan projek terbaru menternak ikan untuk
membangunkan eknomi negara


Seteguh karang di lautan Ummah..
Sape berani cuba??

***************************************************************************
Seminggu sebelum ke program seterusnya. Hampir setiap hari aku keluar. Memanjangkan langkahku ke kedai-kedai buku mencari keperluan. Macam-macam pengalaman aku dapat. Secara jujurnya aku memang tak reti naik bas di johor ni. Sebab aku jarang sekali keluar jauh-jauh. Setakat ke Jusco taman U atau ke Umall aku tahulah. Di sebab tahap kepokaian yang tinggi, maka aku memilih bas. Seronok walaupun penat. Keluar bersama-sama sahabat menyebabkan aku lebih mengenali mereka(erk..)..melihat telatah manusia yang pelbagai… dan aku memang suka memerhati keadaan sekeliling. Tidak seperti sahabatku yang lebih suka mendengar(Klik sini). MPH Taman U, BADAN, Popular CS, MPH CS, Johor Snentral(betul ke name tempat ni)..semua aku pergi. Nasib baik tak sampai ke Tebrau...

***************************************************************************

Bergerak bersama sahabat-sahabat ke program seterusnya. Perasaan sebelum pergi. Bercampur baur… Bersediakah aku untuk ditarbiyah? Tidak banyak juga yang ingin aku kisahkan disini. Kerana semuanya tak mampu untuk aku ungkapkan dengan kata-kata. Pengalaman dengan merasa sendiri adalah berbeza dengan pengalaman melalui penceritaan. Alhamdulillah, aku mendapat sesuatu disana. Mendapat arah yang mungkin telah kabur dimakan masa. Aku gembira ada sahabat, aku gembira bersama mereka. Aku bersyukur aku sampai kesana.

Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati,
Tuk tegakkan kalimah Illahi.
Pancang tekadmu, jangan mudah mengeluh,
Pastikan azammu semakin meninggi,
Kejayaan Islam bukan sekadar mimpi,
Namun janji Allah yang HAQ dan PASTI!!

Jiwai liriknya bukan sekadar meluncur di bibir tanpa sebarang makna….

***************************************************************************

Pulang sahaja, perkara pertama cek result. Alhamdulillah….D- aku dah bertukar. Terima kasih Cik Mie, Terima kasih PM Sarudin, Terima kasih Cikyah, Terima Kasih Zaid, Terima kasih sahabat-sahabat yang tak putus2 memberi semangat, Terima kasih semua… Terima kasih mama yang tak henti-henti mendoakan...syukur Ya Allah..

Mulakan hidup baru, hari baru, pengalaman baru. Selamat ber’Intern’ kepada sahabat-sahabat sefakulti, sahabat-sahabat sekursus, sahabat-sahabat sekelas…PASTIKAN AZAMMU SEMAKIN MENINGGI!!!!