Friday, February 11, 2011

"Sejarah" Kota Melaka Bukan Mengikut Silibus Buku Teks

Bismillahirrahmanirrahim..

Berlegar-legar di sekitar Bandar Hilir sebelum kembali semula ke Melaka Sentral, kemudian aku dan sahabat-sahabat menuju ke Pasar Besar Melaka. Kami berpecah untuk mencari sedikit rezeki buat juadah berbuka puasa petang nanti. Langkah dihayun menuju ke kedai menjual beraneka jenis keropok ikan. Berulang-alik di luar kedai tersebut pasti menimbulkan kehairanan di minda pakcik penjaga kedai. Tidak ada keberanian sebenarnya. Setelah berfikir masak-masak, akhirnya kami mengambil keputusan untuk menapak ke kedai tersebut.

“Pak cik, kami dari kem..bla…bla..bla…” lancar mulutku menuturkan keadaan kami yang sebenar. Kemudian sahbat-sahabat disisi juga sempat memyampuk sana-sini ayatku yang tunggang langgang. Pakcik yang mendengar hanya tersengih.

“Anak-anak.. untuk menjadi manusia yang baik kita kena jaga solat. Solat ni umpama kepala kita. Kalau tak de kaki, boleh hidup tak? “ Tanya pakcik kepada kami.

“Bolehh…” aku menjawab perlahan sambil mengangguk-angguk kepala. Reaksi yang sama juga dari sahabat-sahabat di sebelahku.

“kalau tak de tangan boleh hidup tak?” Tanya pakcik sekali lagi.

“Boleeehhh…”

“Kalau tak da kepala boleh hidup tak?”

“Erk…tak boleh pak cik” Jawab sahabatku. AKu masih berfikir tak boleh ea? Lambat sikit otak nak proses kali ni.

“Macam tu jugak dengan solat. Kalau tak solat tak hidup la kita.” Pakcik membuat rumusan.

“Selain tu kita kena jaga amanah yang diberi. Dan lagi satu jaga ukhuwah. Kalau kita jaga tiga benda ni, insyaAllah kita jadi manusia yang baik” Tambah pakcik.

“Kalau kita belajar, buat yang ni. Bersugi, Baca al-Quran, Bangun malam solat dan baca al-Quran, dan makan limau manis. InsyaAllah mudahlah urusan kita belajar” Nasihat pak cik lagi. Aku dan sahabat-sahabat menggangguk-angguk kepala.

“Tu je yang pak cik mampu beri dekat kamu” Akhiri pakcik dengan senyuman yang masih tak lekang dari tadi. Makcik kat sebelah juga mengukir senyuman.

“Terima kasih pakcik… InsyaAllah akan kami sampaikan pesanan pak cik ini.” Jawab kami lalu berniat untuk mengatur langkah kembali.

“Anak masuk ambikkan pakcik keropok yang besar tu” Kata pakcik sebelum kami sempat beredar sambil menundingkan jari ke dalam kedai.

“Yang ni pakcik?” Tanya sahabatku. Pak cik mengiyakan sambil menganggukkan kepala.

“Pak cik bagi ni. Ni bukan sedekah, ni hadiah dari pakcik..” Kata pakcik sambil menghulurkan bungkusan keropok tersebut. Kami menerima dengan mata yang bersinar-sinar.

“Terima kasih banyak-banyak pakcik…”

Pak cik dan mak cik menghantar kami dengan pandangan serta senyuman yang masih tak lekang. Alhamdulillah. Murah rezeki kami. Bukan sahaja dapat keropok malah dapat ilmu yang tak terjangkakan yang akan kami perolehi dalam keadaan yang demikian. Benarlah rezeki dan ilmu Allah itu berada di mana-mana. Petang itu, keropok ikan tersebut menjdi juadah berbuka buat kami dan sahabat-sahabat yang lain.

‘Sejarah’ itu yang ingin ku jejak kembali semasa menjejakkan kaki sekali lagi di bumi Melaka ini. Ajakan teman-teman sekelas dan teman-teman yang berpraktikal bersama untuk menghabiskan cuti Tahun Baru Cina tidak kutolak. Menapak dari satu tempat ke satu tempat di Bandar Hilir mengingatkan aku dengan ‘sejarah’ itu. Walaupun hanya sebahagian ia tetap menjadi sejarah yang tak mungkin kulupakan insyaAllah..

Berkongsi sedikit kenangan dalam pencarianku menjejak ‘sejarah’ di Bumi Melaka baru-baru ini. Hampir seluruh Melaka kami jejak(erk..) Bermalam di Batu Berendam. Nasib baik ada Pak cik Salman(Pak cik Kak Sal) sekeluarga yang sudi meminjamkan rumah lengkap dengan kereta sekali sepanjang berada di sana. Terima kasih tidak terhingga. Berpusing di seluruh Bandar Hilir, menjejak ikan bakar di Umbai, menjejak laut di Pantai Tanjung Bidara sebelum pulang semula ke Johor. Dan terima kasih kepada Wan(classmate kak Sal yang intern kat Melaka) dan Baihaqi(UTEM) yang menjadi driver merangkap tourist guides sepanjang berada di sana.

Di Replika Menara Berkembar dalam Taman Buaya sebelum disergah
pengawal sebab tak boleh masuk kawasan ni sebenarnya^_^

Muziaum Samudera

Semasa naik River Cruise bawah jambatan Hang Tuah tak silap


Sempat-sempat menyinggah RFC sementara tunggu
'Tourist Guides' n co Solat Jumaat

Pandangan atas Taming Sari

Pandangan atas Taming Sari

Parameswara Terbaik

Menu pilihan...

@Pantai Tanjung Bidara. Destinasi terakhir sebelum balik

Nota: Barulah rasa diri ni macam orang Melaka. Sempat terserempak dengan Razman dan Fareed dekat Mydin. Kalau nak cerita tentang ni kena buat satu entri khas… Hehe..

No comments:

Post a Comment