Tuesday, March 1, 2011

Masa Yang 'Busy' + Presentation

Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah..syukur kepada Allah. Setelah beberapa minggu ke’tension’an dengan system yang nak kena buat untuk company, berjaya juga akhirnya. Belum lagi berjaya buat system pun, baru berjaya melepasi presentation pertama dengan en. Boss. Huhu…cuak sebenarnya sebab hari tu dah kena tegur Sebab progress yang agak teruk. Masakan tidak, semasa cuti Tahun Baru Cina, pergi bermusafir ke Melaka dan kerja ditinggalkan. Memang cuti sakanla waktu tu. Kemudian minggu seterusnya ke Kuala Lumpur pula dengan sahabat-sahabat menyertai Kem kepimpinan Beliawanis, jumpa figure-figure hebat. Balik malam memang dah penat esoknya terus masuk office. Minggu seterusnya PRK. Memang tak boleh nak tumpukan untuk buat kerja. Bukan tak nak buat. Buat tapi tak ada progress sebab tak mampu nak tumpukan perhatian. Buka je kerja tu menghadap berjam-jam tapi tak jalan. Pergi ambil angin sekejap-sekejap dengan mengikuti konvoi dan turun rapat umum. Refresh sedikit sebab dapat menyedut udara segar daripada duduk terperuk dalam bilik menghadap laptop. Bila masuk kerja hari Isnin kepala pusing-pusing. Maka sehari di office diisi dengan tidur. Dan dijadikan cerita hanya beberpa minit sebelum balik, en Boss masuk tanya progress. Kepala tengah pusing-pusing maka jawapan yang keluar dari mulut pun entah apa-apa. Nasibla badan.


Minggu ni pula KCM. Sabtu pergi Mersing, jalan jam dan sangat penat. Tak mampu dah nak tengok laptop dah. Nasib baik ada Ahad dapat juga nak prepare untuk presentation hari Isnin. Ingat nak turun KCM main Netball. Lama sangat dah tak main ketagih nak main ni. Tapi memandangkan kerja ni lagi awla, maka tak turun pun main Netball. Sedih..sedih..sedih Tak dapat nak buat juga sebenarnya. Aku tengok laptop, laptop tengok aku akhirnya satu benda pun tak terbuat. Kadar ke’stress’an semakin meninggi. Pukul 3.00 pagi barulah aku mampu bermula. Buat slide, explore system akhirnya selesai..

Alhamdulillah, en. Boss puas hati. Maka, kenalah aku study system itu untuk presentation seterusnya..minggu depan..hoho.. Hujung minggu bulan ni semua dah terisi dengan siri-siri permusafiran seterusnya... Praktikal dah masuk minggu kesembilan. Ada 11 minggu lagi yang bakal kulalui sebelum pulang ke Labuan. Lamanya tak balik.. Lamanya tak menghirup udara Pulau Labuan..Lepas Raya Aidilfitri tahun lepas tak jejak lagi Labuan tu. Itupun nasib baik balik waktu raya. Selalu raya tak pernah nak balik. Owh, cantiknya percaturan Allah…



Tapi betul ka busy sangat sampai nampak macam tak ada masa?? Rasanya ruang-ruang yang kosong tu banyak sebenarnya. Tapi tak di isi dengan benda-benda yang bermanfaat. Maka sebab tu lah rasa macam tak cukup masa. Keberkatan masa tu tak ada kata orang, jadi kita pun rasa kerja bertimbun-timbun tak mampu nak siapkan. Semua orang dapat 24jam tujuh hari jadi tak boleh la nak cakap dia banyak masa, aku tak cukup masa. Cerita pasal masa ada dekat SINI. Jemput baca ya.

Ok cukup setakat tu.

Nota:
1) Minta maaf LSK sebab tak dapat join KCM tahun ni
2) Minta maaf LPM sebab tak dapat jadi reporter untuk KCM kali ni.

No comments:

Post a Comment