Wednesday, September 16, 2009

maafkanku teman...

hatiku terusik...

saat sedang asyik bersiar-siar di alam maya, aku diketemukan dengan sesuatu yang menarik minatku untuk memanjangkan lagkah ke sana.

http://alotlikemefxa.blogspot.com

seorang sahabat yang amat aku hargai, pernah satu ketika aku hampir lupa akan kehadirannya dek macam-macam perkara yang terlebih dulu mengisi ruang memoriku..
Namun saat, aku hampir-hampir lupa,dia datang kepadaku...nyata aku tidak sebaik dia mungkin tidak seikhlas dia dalam bersahabat..

dirinya yang sentiasa mencari kebaikan dalam kesamaran, aku alpa..membiarkan dirinya sedangkan diri ini tidak sebaik mana malah lebih tepat terlalu banyak kurangnya...

kemaafan ku pinta darimu teman.. semoga kau masih sudi menjadi teman,menjadi sahabat kepada insan yang tidak layak ini. semoga persahabatan kita berpanjangan dan dapat menjadi naungan di akhirat kelak..

cetusan rasa seorang teman yang alpa...

Monday, September 14, 2009

BEST OF THE BEST

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Monday, September 7, 2009

Melihat Positif Dalam Negatif

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, BERSYUKUR kerana beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain.
2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKUR kerana itu bermaknakita masih mempunyai pekerjaan.
4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKUR kerana itu bermakna kitacukup makan.
5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yangperlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR kerana itubermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

BELAJARLAH UNTUK BERSYUKUR
sourse: ukhwahteam(khaulahalazwar)

Wednesday, August 26, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdullillah..bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan semula aku dengan ramadhan...rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa buat semua umat Islam di muka bumi ni..


Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari keempat kita berpuasa dan esok akan berlalu lima hari keRAHMATAN yang Allah janjikan... fasa pertama ramadhan hampir berakhir..adakah kita masih di takuk lama??


Marilah sama-sama kita memperbanyakkan amalan...Ingatlah jangan sekadar memperbanyakkan amalan sendiri. Ajaklah sahabat-sahabat dan saudara-saudara kita untuk turut sama meningkatkan amalan.. semoga apa yang kita lakukan ini mempunyai nilai disisi Allah swt..


Kad ni aku tujukan khas kepada sesiapa yang melawat blog ni.. kad ni mempunyai nilai tersendiri kat aku.. selama lebih kurang 2 minggu merancang untuk menghasilkan kad ni..

akhirnya, malam tadi bersengkang mata tak tidur sampai sahur sambung ke subuh aku berjaya jugak hasilkan kad ni..

mungkin pada yang memandang cakap biasa-biasa ja.. tapi kad ni dihasilkan sepenuhnya menggunakan "c++" + "directx10"...bagiku yang baru bertatih dalam ilmu programming ni merupakan satu kejayaan buat diriku walau tak sesempurna mana...

syukur kepada Tuhan...

Saturday, August 1, 2009

Keberanianku belum ada..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ingin ku kongsikan satu pengalaman diriku yang mungkin boleh menjadi pengajaran buat diri dan sahabat sekalian...

Minggu lalu aku pergi satu program.. kem yang berbentuk islamic.. Sampai di tempat kejadian agak lewat jadi tak sempat untuk melawat keadaan sekeliling. keesokan hari, program bermula. rupanya bukan kami sahaja yang kem di sana. Ada dalam lima atau enam "rombongan" lagi. Program berjalan seperti yang dirancang..

Apa yang ingin aku ceritakan...aku bergerak ke bahagian ajk makanan dan "mengganggu" kerja ajk makanan. Tiba2 ada sesuatu yang menarik perhatian dan tumpuan ku..astagfirullah.. peserta2 dari "rombongan" yang tidak aku ketahui baru selesai aktiviti rempuh halangan yang kemuncaknya mandi dalam tasik. Tasik tu betul2 sebelah ajk makanan. yang jadi masalahnya bercampur semua lelaki dan perempuan.

Aku??? hanya mampu melihat, memandang dan menengok...takda kekuatan dan keberanian dalam diri ni nak pergi tegur.. atau paling tidak cakap kat orang yang handle dorang.. semua tu cuma berlegar-legar dalam fikiran sebab aku tak mampu nak terjemahkan dengan perbuatan..

Layakkah gelar diri ni dai'e sedangkan perkara macam tu terang-terangan berlaku depan mata pun aku tak mampu buat apa2.. sekadar ingatan buat diri... semoga perkara macam ni tak berlaku lagi..

Ya Allah berilah aku kekuatan, keberanian dalam menegakkan yang hak..Ameen...

Tuesday, July 14, 2009

Kahwin cepat-Yang berkat jadi mudarat??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?”.

Saya lantas bertanya,“Tuk dulu kahwin cepat?" "Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..” Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang. Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.

“Bahagia Tuk?” “Tak bahagia apa anak Tuk 12 orang!” Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka. “Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar”, adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi. “Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!”

“Betulkah saya tak sabar Tuk?”, tanya saya semacam mengusik. “Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat. Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar, umur 17 tahun dah kahwin. Heh, heh, heh..." “Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?”. “Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu...” tajam Tuk membalas.

“Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?” “Soal ni tak boleh agak-agak. Mesti tepat.” Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang. “Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur. Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi yang penting kematangan diri. Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang.”

Saya termenung panjang. Tertikam di sudut hati pertanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mula berkahwin dahulu? “Jangan menung. Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul, nanti tak kahwin pula!” usik Tuk seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading. “Macam mana nak matang?” tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat! “Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan, umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggungjawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga.”

“Itu sahaja? Ilmu lain?” soal saya pendek. “Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan. Ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik. Kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah. Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni.” “Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji”. “Tak senang. Tapi mudah-mudahan tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang”. “Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?” cuit saya, kembali ke tajuk asal. “Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar. Tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali”. Terbayang kekesalan di wajahnya.

Dia menyambung, “Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja”. “Kalau macam tu macam mana?” “Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang kata, Parenting Skill”. “Tuk pun tahu Parenting Skill?”

“Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam”. “Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga. Nanti terjebak dengan maksiat”, kilas saya. “Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia. Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada”.

“Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?” “Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama, sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada...”

“Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?” terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari. “Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab”. “Antara dua keadaan ni, yang mana patut kita pilih?” “Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk, pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!” Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!

Thursday, July 9, 2009

BUKU!!!


berita baik buat semua penggemar buku...

Ghazwul Fikr

Denagan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan
sesuatu kepada murid-muridnya. Dia duduk
menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si
guru berkata, "Saya ada permainan...Caranya
begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada pemadam.

Jika saya angkat kapur ini, maka
berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam
ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya
pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-
gantian mengangkat antara kanan dan kiri
tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian sang guru kembali
berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya
angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika
saya angkat pemadam, maka
katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-
murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar
untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka
sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang
beberapa saat, permainan berhenti. Si guru
tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak,
begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu
haq, yang bathil itu bathil
. Kita begitu jelas
membedakannya.

Namun kemudian, musuh musuh kita
memaksakan kepada kita melalui pelbagai cara,
untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi
bathil, dan sebaliknya
."" Pertama-tama mungkin
akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi
karena terus disosialisasikan dengan cara-cara
menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian
terbiasa dengan hal itu.

Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-
musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan
menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan,
berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,
zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi
menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah
menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini
menjadi suatu gaya hidup dan lain
lain.""Semuanya sudah terbalik.

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-
muridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan
kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada
Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet.
Sekarang anda berdiri di luar karpet.
Permainannya adalah, bagaimana caranya
mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa
memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada
yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-
lain.

Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar,
digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia
memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-
murid, begitulah ummat Islam dan musuh-
musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-
terang...Kerana tentu anda akan menolaknya
mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela
kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi
mereka akan menggulung anda perlahan-lahan
dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika
seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka
dibina tapak yang kuat.

Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah
aqidah yang kuat
."" Sebaliknya, jika ingin
membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya
dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan
dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari
dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam
menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam
terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan
meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara
hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun
anda muslim, tapi anda telah meninggalkan
ajaran
Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan
itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikr
(perang pemikiran).
Dan inilah yang dijalankan
oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak
berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya
mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-
terang menyerang, misalnya Perang Salib,
Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak
lagi..
apa lagi yg tercengang tu??
ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!

Thursday, May 28, 2009

Monday, March 30, 2009

"BAHASA" JIWA BANGSA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Saat dan ketika ini hangat orang memperdebatkan isu PPSMI. Dan coretanku kali ini juga ingin membicarakan soal bahasa tetapi bukan bahasa inggeris yang sangat diagung-agungkan oleh segelintir manusia.


Bagiku yang sedang mendalami satu bahasa yang amat payah untuk didalami dan diselami melainkan dengan kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Bila keluar sahaja dari kelas “bahasa” tersebut, kepala akan rasa berdenyut-denyut dan rasa macam tak nak masuk dah kelas seterusnya. Namun berpantang maut sebelum ajal. Tak kan sesekali aku menoleh ke belakang kerana itu pilihanku. Pilihan yang aku perolehi dengan susah payah dan penuh dugaan..


Memang mudah untuk mempelajari bahasa manusia(mudahkah??? Sampai sekarang tak pandai2 cakap bi walaupun dah belajar dari darjah satu) tapi apa yang aku pelajari sekarang sangat berbeza dengan apa yang pernah aku pelajari sebelum ini. Itulah bahasa computer.. C++..sakit kepala bila belajar. Mungkin bagi sesetengah orang yang faham cakap mudah,tapi bahasa ni belum sabati dengan jiwaku maka amat payah untuk dicerna dan dihadamkan oleh mindaku..


Macam cikguku katakan “masuk course ni mula-mula nampak gelap masa depan..bila nak grade nanti baru nampak sedikit sinar cahaya”. Rasa nak tergelak bila dengar tapi bila fikir balik betul. Sekarang aku dapat rasakan “wah, susahnya sangat-sangat,kritikal,kritikal”


Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian….macam tulah yang aku rasa sekarang.. memang sangat susah sekarang. Tapi insyaAllah cerah masa depan sebab setahu aku course aku ni cuma ada kat UTM. Memang UTM satu-satunya yang produce budak-budak grafik ni. “Yakah???” timbul rasa tak puas hati pada sesetengah pihak bila aku katakan demikian. Habis tu yang UNITAR,UNIKL,MUCH tu course apa pulak??


Ni lah baru nak explain ni. Kalau UNITAR,UNIKL,MUCH memang ada course grafik dan multimedia. Tapi dorang belajar art. Dorang tu budak-budak kreatif. Tapi yang kat UTM ni lain sikit. Kitorang ni tak kreatif langsung(akula) sebab kitorang kan belajar bahasa. Jadi cuma tahu berfalsafah jelah. PERISIAN GRAFIK DAN MULTIMEDIA. Tulah couse aku yang satu-satunya ada kat UTM ni… lebih kurang dengan software engineering cuma dorang engineer. Kami ni bukan..


Berbalik soal bahasa, rasa-rasanya boleh tak aku belajar bahasa computer ni?? Kadang-kadang keluar tulisan cacing-cacing yang aku panggil tulisan alien. Macam tau-tau jak tulisan alien tu macam mana.huhu.. yang cacing-cacing tulah yang kita tak paham tapi computer paham.. entahlah macam mana nak survive kalau macam ni. Tapi orang lain boleh tak kan aku tak boleh?? Huu..pening-pening.. bila buat program tak pernah nak keluar output. Kadang-kadang dalam kelas dah copy sebijik-sebijik coding yang cikgu buat tapi bila compile, waaaa banyaknya error. Tekanan-tekanan… apa-apapun hidup mesti diteruskan. Ada 5 sem lagi. Lepas ni insyaAllah boleh jadi “pakar bahasa”. Amin..


"BAHASA JIWA BANGSA"

Tuesday, March 17, 2009

hari kanak-kanak Islam sedunia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Waktu ni aku dalam bas dalam perjalanan balik dari kem first year experience untuk 1SCV. Tiba-tiba handset ku berbunyi.. rupanya mesej bawa pergi program hari kanak-kanak Islam sedunia bersama-sama anak yatim sempena dengan Maulidur Rasul. Aku rasa nak pergi tapi fikir-fikir masih banyak kerja yang belum selesai, macam nak tolak jak. Lalu aku mesej Asmah.. “Salam, Asmah dapat mesej x? Mo pg Ka?” Asmah pun cakap macam nak pergi. Pastu aku mesej lagi tanya nak pergi ke x? Asmah reply.

“kak, suda aku hantar nama kakak n kak Pau”.. owh..ok aku terima jak sebab memang aku tengah pertimbangkan nak pergi ka tak. Di tambah dengan keadaan mamai sebab tengah tidur dalam bas, aku rasa sukar sekali nak buat keputusan. Bila Asmah cakap macam tu, aku pun ok jak.. sebab aku tahu tu semua keputusan dari Allah cuma melalui Asmah. Pastu aku tanya Pau..
Pau pun cakap ok.. pastu dapat mesej lagi.”malam ni ada perjumpaan kat BOMI..”
Aku pun pergi perjumpaan dengan Pau dan Asmah.. dalam keadaan minda separa sedar(mamai2 sebab penat) aku gagahkan kaki melangkah ke BOMI. Waktu sampai tu majlis dah mula.. beberapa kali aku menguap menahan ngantuk.. Alhamdulillah setiap butir bicara yang penting dapat kuterima dan dihadamkan dalam minda yang separa sedar ni…

Pagi 9 mac 09 bermulanya perjalanan kami ke Masjid Ar-Rahman Tampoi.. walaupu n terlewat sedikit sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan… sampai sahaja disana kami bersedia menunggu adik-adik.. tak sabar rasanya nak jumpa budak-budak ni(aku memang suka budak kecik sebab pernah tolong makcik jaga budak-budak).. tak lama kemudian datang 1 van budak-budak ni.. comel-comelnya.. ingatkan sekolah rendah.. sekali tanya sekolah menengah rupanya… huhu..

Tak lama kemudian majlis pun bermula.. rasa macam nak tergelak jak tengok telatah budak-budak ni.. yang dah besar-besar ni pun keluar jugak perangai budak-budaknya.. hehe.. waktu slot ujian minda ni, macam-macam telatah nampak. Ada yang malu-malu nak jawab, yang tak sabar-sabar dan macam-macam lagi.. aku di amanahkan untuk buat soalan tentang cerita mengenai Rasul. Jadi kena tunggu cerita tu sampai dululah.. jadi aku cover bahagian hadiah sebab adik-adik yang sepatutnya jaga hadiah dijadikan peserta jugak.

Lepas tu ada slot melukis dan mewarna. Waktu ni la nampak macam-macam kreativiti adik-adik ni. Semua nak tunjuk bakat masing-masing. Aku dan Gee sibuk uruskan hadiah.. sebelum tu ada break sekejap. Kitorang dihidangkan dengan susu yang boleh meningkatkan IQ.. begitulah yang aku dengar..

Waktu ni sempat berbual-bual dengan dua orang peserta muslimah. Fadila dan Amiratul.. dorang dua orang ni peramah dan mudah mesra.. tak lama lepas keputusan keluar, kitorang ada majlis perasmian dan penyampaian hadiah. Tergambar kegembiraan kat wajah adik-adik ni sebab masing-masing dapat hadiah. Fasi-fasi pun dapat hadiah sama jugak.. lepastu makan tengah hari. Bertukar-tukar nombor telefon dengan adik-adik ni.. semoga ukhwah sentiasa berpanjangan..

Rasa sedih pulak waktu nak balik.. bila lagi dapat jumpa adik-adik ni.. nampak keriangan di wajah mereka.. mungkin dalam diri mereka mengharapkan kasih sayang yang lebih daripada insan-insan yang bergelar kakak dan abang.. aku mengharapkan ada lagi program sebegini yang boleh mendekatkan diri kita dengan masyarakat yang memerlukan perhatian. Kiranya kepenatan yang ku hadapi sangat berbaloi dengan nikmat ukhwah yang Allah berikan..
SALAM SAYANG BUAT ADIK-ADIK…

Thursday, March 12, 2009

First Year Experience 1SCV

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


“Korang kena pergi camping untuk first year experience 6 sampai 8 mac. Wajib!!!” Dr Shafri bagi tahu kat kami waktu pejumpaan aritu. Macam-macam suara kedengaran dalam bilik kuliah 5 fsksm. Aku mula mencongak-congak dalam kepala timbunan kerja yang banyak lagi tak selesai. Ramai yang semangat nak pergi tapi bila fikir pasal assignment jadi tak semanagt pulak. Dengan kerja HCI,TITAS,COA yang kena hantar sebelum camping, soalan programming lagi ada dua belum buat, final projek dan macam-macam lagi yang yang belum settle.


Aku pergi jugak dalam keadaan dua hati. Memang semangat nak pergi tapi memandangkan banyak program rasa macam berat hati nak pergi.


Tengah hari jumaat tu, sampai jugak kami kat tapak kem. Kena briefing sikit pastu terus buat khemah. Lepas buat khemah, buat lawatan ke toilet. Masha Allah, toiletnya. Tak tahu nak cakap apa. Masing-masing da komplen itu ini, membebel tak berhenti. Mana tidaknya dah la kotor, campur lelaki dan perempuan. Macam tak consider jak ada perempuan dalam program tu. Tapi membebel pun bukan boleh buat apa. Memang sangat-sangat tak puas hati. Tapi Alhamdulillah.. budak-budak lelaki tak kira melayu atau chinese sangat memahami.. kalau dorang nampak ada budak perempuan kat bawah, dorang tunggu sampai kitorang naik.. jadi tak ada masalah timbul pasal toilet.Habis cerita bab toilet.

Petang tu kitorang kena panggil mengejut. Kelam kabut lari. Lupa nak cakap, kem kitorang ni bawah pengakap kelana. Fasi GMM cuma datang pantau jak. Sambung kisah kena panggil mengejut. Sampai-sampai jak terus kena denda. Huhu… pastu kitorang kena letak atas kanvas. Suma lelaki dan perempuan atas tu. Nasi baik kanvas besar. Pastu dorang suruh dalam masa sepuluh saat ambik 10 helai daun. Berlarianlah kanak-kanak riang nak kutip daun. Bila balik kat kanvas, kanvas tu dah jadik kecik. Mula keluar suara-suara kuarng senang dari mulut peserta. Pastu, banyak lagi arahan yang keluar. Kena suruh merangkak la dan macam-macam lagi. Yang pastinya setiap kali balik atas kanvas, kanvas tu makin mengecil. Memang tak puas hati gila. Habis suma lelaki dan perempuan berlanggar-langgar. Ramai jugak yang sengaja mengalahkan diri kerana tak sanggup nak buat semua tu.

Abis aktiviti tu, semua kena denda. Kena make up pakai kicap. Makin ramai yang tak puas hati. Pastu da lagi 3 aktiviti. Habis jak aktiviti tu, kitorang kena kumpul. Dorang minta kitorang bagi tahu apa yang kami dapat dari aktiviti-aktiviti tersebut. Maka bermulalah sesi pedebatan antara peserta dan fasi. Ada beberapa orang sahabat yang cakap tak puas hati pasal tu, pasal ni. Entah macam mana muncul keberanian dalam diriku ini lalu aku komen pasal percampuran lelaki dan perempuan sampai semua orang tak boleh nak perform. Sempat jugak berlawan cakap dengan abang pengakap tu tapi ternyata dia sangat pandai berkata-kata. Lagipun kitorang belum solat asar waktu tu. Jadi, semua pun malas nak memanjangkan perdebatan.



Tapi rasa tak puas hati masih wujud dalam diri. Lantas aku dan kawan-kawan pergi jumpa dengan abang dan kakak fasi. Bukan kami budak-budak melayu jak yang tak puas hati malahan budak-budak Chinese pun sama rasa tak puas hati. Waktu tu ada kak ain, abang joe, abang epi, abang azhar dan beberapa orang abang dan kakak lagi. Kitorang komplenla macam-macam. Nasib baikla dorang ni mamahami kami. Pastu dorang cakapla aktiviti tadi memang sengaja nak provoke kami supaya kami bercakap dan berani suarakan apa yang kami tak puas hati. Aku terima semua penjelasan dorang cuma apa yang aku dan kawan-kawan fikir janganlah sampai langgar hukum semata-mata nak nak suruh kami cakap. Tapi Alhamdulillah sebab lepas-lepas tu tak da lagi aktiviti yang macam tu.

Aktiviti-aktiviti lepas tu memang best sangat-sangat. First time la aku pergi camping yang tak banyak ceramah dan ldk. Ada satu ceramah jak tu pun tak boleh dikatakan ceramah sebab kami just perjumpaan dengan PM Daut dan Dr Shafri serta beberapa orang pelajar master GMM. Lebih kepada interaksi dua hala, perbincangan macam mana nak naikkan dan kekalkan pointer.


Aktiviti yang paling seronok sekali dan yang paling ditunggu-tunggu… PAINTBALL dan FLYING FOX.. best sangat. Hilang semua keayuan.. kitorang pecah dua group. Yang satu main paintball. Lagi satu flying fox. Kitorang main paintball dulu.. rasa macam nak pergi perang pulak. Waktu main paintball ni frust sikit. Game belum start aku dah kena peluru sesat. Tak pasal-pasal diisytiharkan mati. Huhu.. tapi lepas tu aku dapat main satu game lagi dan group aku menang. Lepastu kitorang lawan dengan fasi. Dua game kitorang menang.. seronok bukan main lagi dorang sebab dapat kalahkan abang-abang dan kakak-kakak fasi. Yang flying fox pun macam-macam hal. Ada yang jerit-jerit sebab takutla. Yang buat macam-macam aksi waktu main lah.. tak pa la. Yang penting gembira.


Kitorang dah buktikan kat sini yang tak da masalah antara pelajar melayu dan Chinese. Dorang tak percaya.. cakap yang kitorang ni tak bercampur.. padahal tak da masalah pun.. hehe.. malam tu persembahan kumpulan. Waktu rasa nak ketawa tergolek-golek pun ada. Persembahan ntah apa-apa.. ada yang buat power rangers la, pasal ayam goreng la..siap ada versi upin ipin lagi.. group aku buat boria tak jadi.. boleh-boleh lupa lirik tengah jalan..habis hancur persembahan .. gelak-gelak jugak tapi jangan sampai terleka pulak.. lepas jak persembahan, kami dapat berita sedih yang tak disangka.. kak ain pergi depan cakap ayah abang joe baru kembali ke rahmatullah.. innalillah… terus kitorang buat halaqah baca yasin dan tahlil…

Esoknya, kitorang kembara lasak. Masuk hutan bawa amanah dan macam-macam task kena bagi.. seronok la.. macam-macam pokok kami jumpa. Boleh pulak kat puncak bukit ada kebun. Ada pokok durian belanda lagi tu.. keluar jak hutan buat refleksi sikit.. pastu kemas khemah, makan.. dan kitorang berangkat balik.. sempat bergambar kenangan dengan fasi dan warga pengakap kelana..


Terima kasih dan tahniah buat PM Daut, Dr Shafri, Kak Ain selaku ketua faci, abang joe, abang azhar, abang epi, kak saadah, abang-abang dan kakak-kakak yang tak tersebut namanya.. dan buat abang-abang dan kakak-kakak pengakap yang best2.. Memang camping ni satu pengalaman yang berguna dan menarik bagi aku…

Friday, February 20, 2009

MASA!!!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian…”
[al-Asr:1]

“Kewajipan hidup lebih banyak daripada waktu, oleh itu tolonglah orang lain memanfaatkan waktunya. Jika ada urusan yang lebih penting maka segerakanlah ia”
-As-Shahid Imam Hassan Al Banna-

“Masa itu emas”
-pepatah melayu-

Bicara soal masa,dalam Al-Quran Allah swt telah berfirman demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Begitu juga imam Hassan Al-Banna ada mewasiatkan kepada kita bahawa kewajipan hidup itu lebih banyak daripada masa yang kita ada malahan dalam pepatah melayu sendiri mengatakan bahawa masa itu emas.

Di sini menunjukkan bahawa masa itu sangat-sangat berharga dan apabila kita gagal menguruskan masa maka kita akan gagal menguruskan kehidupan kita. Sejauh mana kita mampu menguruskan masa dalam konteks kita sebagai mahasiswa?

Sebagai mahasiswa, kita tidak hanya menumpukan sepenuh perhatian kita terhadap buku, akademik dan kuliah semata-mata. Jika ini terjadi, maka hilanglah kehidupan kita sebagai seorang mahasiswa yang cakna terhadap isu-isu semasa sama ada dalam peringkat kolej mahupun di peringkat global. Dalam mengasah diri kita untuk menjadi seorang pemimpin, tidak kira pemimpin Negara,pemimpin organisasi, pemimpin kelab,pemimpin keluarga atau setidak-tidaknya pemimpin terhadap diri kita sendiri, kita harus melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan sosial dan masyarakat yang sedia wujud di universiti.

Persoalannya mampukah kita mengurus masa dengan baik? Mampukah kita menyiapkan assignment kita tepat pada masanya? Mampukah kita memberi sepenuh komitmen dalam gerak kerja yang kita lakukan? Mampukah itu dan mampukah ini? Terlalu banyak persoalan yang wujud di minda kita setiap kali membicarakan soal masa.

Jawapannya hanya ada pada diri kita. Sejauh mana kita memanfaatkan setiap saat yang di anugerahkan kepada kita. Bukan setakat setiap saat malahan setiap detik itu begitu berharga buat diri kita dan janganlah biarkan detik itu hanya berlalu dengan sia-sia. Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan hambanya dengan beban yang tidak mampu diterima oleh hambanya. Berdasarkan janji Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286 ini membuktikan bahawa kita mampu untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam menghadapi proses pembelajaran dan pentarbiyahan ini. Kita sendiri yang akan menentukan sama ada kita yang akan mengejar masa atau masa yang akan mengejar kita. Jangan sampai kerana masalah pengurusan masa kita berburuk sangka dengan usaha, gerak kerja dan aktiviti harian kita lantas mencipta alasan untuk mengetepikan yang hak terhadap diri kita. Bukan bermakna kita harus mengabaikan diri kerana diri kita juga mempunyai hak terhadap kita maka disitulah pentingnya pengurusan masa yang efektif dalam kehidupan seharian. Bila mana diri terasa sangat terbeban dan rasa ingin meninggalkan pejuangan kita ini kembali kepada fitrah kita. Mengadulah kepada Tuhan yang Maha Satu,Maha Mendengar nescaya kita akan kembali beroleh ketenangan dan keyakinan.

LA TAHZAN,INNALLAHA MAANA..jangan bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kamu..

Thursday, February 19, 2009

Mengapa Mereka Boleh Kita Tidak...???

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...

...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?
Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...

...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,

dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...

...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...

...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...

...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan...

...tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!

Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...

...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang
pengganas?

Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...

...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!

Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...

...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?

Friday, February 13, 2009

SERANGAN PEMIKIRAN!!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ingin ku kongsikan sedikit ilmu hasil diskusi antara aku dan beberapa orang sahabat pada petang Isnin yang lalu. Di saat saudara-saudara kita menikmati hari cuti dengan pelbagai aktiviti, kami sempat membentuk halaqah membincangkan mengenai satu isu iaitu SERANGAN PEMIKIRAN TERHADAP UMAT ISLAM.
Serangan pemikiran ini tidak boleh dilihat sercara fizikal tetapi melalui akal di mana akal yang menggerakkan tubuh dan perilaku seseorang.
RANCANGAN KOMUNIS
1. Memberi galakan dan kebebasan kepada penulis-penulis untuk menghentam Islam
2. Memutuskan ikatan agama di antara bangsa-bangsa Islam(suburkan perkauman)
3. Menggunakan Islam untuk hancurkan islam
4. Menyebarkan fahaman Darwinisme-manusia berasal daripada beruk
5. Menyebarkan fahaman Frued-tumpuan semua kehidupan manusia adalah seks
6. Agama candu masyarakat

RANCANGAN SALIBIAH(GERAKAN HANCURKAN ISLAM)
1. Cuti hari Jumaat ditukarkan kepada hari Ahad
2. Turki-laungan azan wajib dalam bahasa Turki
3. Menyuburkan slogan hak kebebasa wanita,persamaan taraf antara lelaki dan wanita dan menentang pemakaian menutup aurat
4. Mendidik anak-anak dengan budaya Barat
5. Menanamkan keyakinan bahawa Bahasa Arab itu susah,akhirnya umat Islam benci dan tidak faham Al-Quran
6. Menyebarkan propaganda bahawa Islam itu penceroboh dan pengganas
7. Menonjolkan wanita Barat moden dan wanita Islam mundur
8. Menonjolkan kebaikan Kristian melalui bantuan kemanusiaan di negara-negara Islam
9. Gladstone – “selagimana Al-Quran dihayati oleh Islam,maka Eropah tidak akan Berjaya selama-lamanya”
10. Zeumer –“tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka”

RANCANGAN YAHUDI LAKNATULLAH
1. Pecahbelahkan dunia Islam, cetuskan peperangan
2. Rosakkan aqidah dan runtuhkan akhlak
3. Membina dan melebarkan Negara Israel(ISRAELRAYA)
4. Bina kekuatan ekonomi Yahudi sedunia (1% daripada hasil rokok dunia disumbangkan kepada Israel. Dengan itu Israel akan terima 1 billion-mungkin secara bulanan)
5. Menawarkan bantuan kewangan dan pangakat kepada anak-anak Islam untuk merosakkan remaja Islam-melalui konsert, filem dan sebagainya
6. Menggalakkan pesta-pesta hiburan tanpa sempadam antara lelaki dan perempuan
7. Suburkan pergaulan bebas-awalnya “RAKAN STUDY”,akhirnya…
8. Tubuhkan sesuatu yang berkonsepkan “BEBAS DARI IKATAN KETAUHIDAN”-(skin head dan sebagainya)
9. Serang budaya Islam dengan budaya Barat

Antara yang diperbincangkan lagi ialah IDEOLOGI BARAT yang semakin menguasai dunia Islam:
1. Sekularisme-memisahkan agama dari kehidupan
2. Hedonisme-hiburan berlebihan tanpa batasan
3. Nasionalisme-semangat kebangsaan melebihi semangat keIslaman
4. Liberalisme-persamaan taraf lelaki dan perempuan
5. Dan banyak lagi ideologi-ideologi barat sama ada kita sedar atau tidak

PERANAN yang wajib dimainkan oleh remaja Islam:
1. Penguasaan ilmu(fardhu ‘ain dan fardhu kifayah)
2. Bina kekuatan fikiran dengan membaca
3. Kuasai bahasa Al-Quran dan mentadabburnya
4. Bina keharmonian dan kemurnian akhlak
5. Sibukkan diri dengan gerakan dan persatuan Islam
6. Kembali cintakan ibadah
7. Dampingi golongan alim
8. Sentiasa mendirikan solat jama’ah
9. Jernihkan aqidah daipada perkara khurafat

Segala nasihat mahupun teguran terdaya dilakukan, namun ikhtiar dan mujahadah dalam melaksanakannya adalah bergantung kepada sejauhmana kesedaran kita dalam memainkan peranan sebagai remaja Islam. Muhasbahlah..kajilah semula amalan kita terdahulu. Adakah kita menyumbang kepada kebangkitan Islam? Seraplah kembali ilmu disekeliling selagi masih bersinar untuk dipusatkan di system pemusatan idea untuk diterjemahkan. Dengan itu, berlakulah suatu aliran pemusingan minda dalam diri seorang mukmin untuk menyumbangkan sumbangan yang amt berguna dalam pembangunan kegemilangan Islam.
Wallahualam…
sumber:Muhammad Fakhruddin Ar-Razi Ibnu Misni
:Diskusi bersama kak Haslina, Asmah, Pausiah dan Najah

Thursday, February 12, 2009

Talk Show NIsa


TALK SHOW NISA'…

"Aku Dibius Cinta" oleh 2 panelis yang tidak asing lagi;
1) Ustaz Hasrizal Abdul Jamil(Pakar Motivasi-www.saifulislam.com dan Pengarang buku "Aku Terima Nikahnya"
2) Ustaz Mohd Uda Kasim (Eksekutif Penerangan dan Dakwah Lembaga Zakat Selangor)

Tarikh :14 Februari 2009 (Sabtu)
Masa : 9:30pg-1:30tgh
Tempat : Pentas Utama Kompleks PKNS Shah Alam.

Pendaftaran adalah PERCUMA dan cenderahati istimewa untuk 100 pesersta awal! Jom datang beramai-ramai untuk mendapatkan penerangan jelas tentang sambutan 'Hari Kekasih' yang disambut di seluruh dunia sambil berhibur dengan artis nasyid jemputan; Mestica.
Mohon disebarkan kepada rakan-rakan dan saudara-mara ye

Monday, January 12, 2009

STUDENT POWER!!!