Saturday, January 26, 2013

Kelas Roti

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni saya dan kakak saya pergi ke kelas membuat roti (hahaha..perasaannya seperti menulis karangan aktiviti semasa cuti semasa sekolah rendah dulu). Saya memang berminat dalam aktivi buat-membuat roti atau ringkasnya segala aktiviti memasak. Setelah mencari-cari kursus yang sesuai di internet saya terjumpa dengan kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti. Pelbagai course ditawarkan di semua cawangan Kolej Komuniti yang terdapat di seluruh Malaysia dengan harga yang amat rendah. Kelas yang saya pergi hari ni hanya perlu membayar RM15 seorang tanpa ada hidden charge.

Berbalik kepada kelas membuat roti, saya berminat untuk pergi kerana teringin sangat untuk mengetahui apa masalah dengan adunan yang selama ini saya buat. Saya sangat tidak berjaya dengan benda yang bernama tepung kecuali membuat cucur. Donut, Cakoi, Pizza, Sosej Bun, Kek Pisang dan bermacam jenis lagi makanan menggunakan tepung pernah saya cuba tetapi kesemuanya gagal tetapi saya berjaya membuat Cheesecake sebab tepung bukan watak utama.

Seawal 9 pagi kami sampai ke Kolej Komuniti dan hanya terdapat 2 orang sahaja iaitu Cikgu dan Pembantu Cikgu. Akhirnya sampailah semua peserta seramai 12 orang lagi. Seronoknya kelas ini kerana diajar secara face to face dan secara praktikal. Resepi hari ini ialah Flat Cheese Bread (orang kita panggil roti pita), Cinnamon Roll dan Bread Egg Tart. Maka belajarlah kami cara membancuh adunan, menguli, merolling(betul ke ni), menumbuk, menghempas dan pelbagai action lagi dikenalan ke atas adunan tepung. Semua berpeluang menguli bahagian-bahagian kecil adunan. Tengok makcik-makcik ni uli sekejap je. Haha...

Akhirnya siaplah adunan dan roti dibakar setelah direhatkan beberapa minit untuk dia mengembang. Pelbagai tips diberikan oleh cikgu. Antara kata Cikgu yang saya ingat ialah Kismis jenama Ligo dan California tidak baik untuk otak. Jadi belilah kismis jenama lain ye.

Berikut adalah resepi untuk ketiga-tiga roti yang kami buat. (Resepi berdasarkan pemerhatian saya)

Bread Egg Tart

Bahan-bahan :
*Roti putih 1 bungkus - potong dadu
*Chicken Ham 1 paket - potong dadu
Cream cheese 50g
Telur 3 biji
Susu Cair 20ml
Garam
Cheddar Cheese

1) Roti dan Chicken Ham digaul rata. Letak dalam loyang pembakar dan ketepikan.
2) Campur bahan-bahan lain kecuali Cheddar Cheese dan kacau. Nak senang blend. Nampak cikgu ada campur air dan fresh milk juga.
3) Tuang bahan 2 kedalam loyang berisi roti dan chicken ham. Tekan-tekan bagi tenggelam dan sedai untuk dibakar.
3) Bakar suhu 190c selama 20 minit. Taburkan Cheddar Cheese dan bakar lagi 20 minit.
4) Tunggu sejuk, siap boleh potong dan makan.

Sampai disini sahaja dulu. Rasa tak larat nak teruskan menaip. Nanti dua resepi lagi saya publish kemudian ya. Gambar tak ambil sebab tak da kamera. Hp pun 3310 je. Semoga resepi senang ini bermanfaat untuk semua. Siapa dah kehilangan idea untuk buat sarapan anak boleh cuba resepi ini.

 

Thursday, January 17, 2013

Jubli Perak 25 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim...

Genap usia 25 tahun bermakna sudah 25 tahun melihat dunia mengikut perkiraan masihi. Pertambahan usia membuatkan saya berfikir apa yang telah saya capai sepanjang kehidupan 25 tahun? Semakin menjadi baik atau semakin menjadi kurang baik?

Secara jujur saya dibesarkan dalam keadaan yang tidak mengenal apa itu sambutan ulang tahun kelahiran dan kerana itu saya tidak kisahkannya malahan kadang-kadang terlupa tentang tarikh kelahiran sendiri sehinggakan bila ada ucapan selamat hari lahir baru perasan tentang itu. Menjejak kaki ke asrama seawal usia baru menginjak 13 tahun membuatkan saya mula menngenal sambutan demi sambutan hari kelahiran orang keliling saya. Kebiasan budak asrama yang saling mengenakan bila tiba hari kelahiran. 

Melangkahnya kaki ke Universiti membuatkan saya lebih peka dengan tarikh-tarikh kelahiran orang keliling saya terutama keluarga dan kadang kala agak kekok mengungkapkan kata selamat hari lahir yang jarang-jarang saya ucapkan. Mungkin bagi sesetengah orang ia sekadar tarikh dan apa keperluan mengucapkan seungkap kata "Selamat Hari Lahir", namun bagi saya itu suatu cara kita membina hubungan, suatu cara kita membuatkan orang rasa dihargai dan satu cara mendekatkan silaturrahim.

Tahun 2009 masih diingatan saya mendapat ketulan-ketulan ais dan donut yang comel daripada kawan-kawan satu course, 2010 tiada dalam ingatan, 2011 mendapat cupcake yang comel dan 2012 berjaya menjilid tesis. Sepanjang pengajian di tahun akhir saya dan roomate saya akan memasak setiap kali ada ulang tahun kelahiran kawan-kawan sekelas dan itu sangat manis untuk dikenang. 2013 tidak mendapat apa-apa. Saya hampir berfikir demikian tetapi saya terlupa akan bingkisan-bingkisan doa yang dikirimkan oleh sahabat-sahabat saya, saya terlupa akan nikmat-nikmat kehidupan, Islam dan Iman yang Allah berikan pada saya.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?'

Sesungguhnya banyak nikmat yang diperolehi sepanjang usia 25 tahun ini. Semoga baki-baki usia yang mendatang dapat diisi dengan sesuatu yang bermanfaat dan mempunyai nilai disisi Allah. Aamiin...

Bulan ini juga bakal menyambut hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad saw. Semoga kecintaan dan kerinduan terhadap Rasulullah semakin mendalam di hati kita semua. Sesungguhnya tanpa Baginda maka tiadala nikmat-nikmat yang kita rasai pada hari ini.


Qasidah Ya Hanana

Kasih Padamu-Hafiz Hamidun

Big note: Terima kasih tidak terhingga kepada Cik Puan Mama yang melahirkan dan membesarkan saya

Monday, January 7, 2013

Conclusion of 2012

Bismillahirahmanirrahim...

Setelah hampir tujuh bulan tidak mengisi ruangan ini, saya terniat untuk menulis bagi mengakhiri tahun 2012 walaupun hari ini telah menjejak tahun 2013. Sekadar satu konklusi yang dapat dibuat setelah meninggalkan 2012 yang terlalu banyak kenangan pahit manis masam kelat.

Januari 2012
Hari-hari terakhir dalam hidup saya sebagai seorang pelajar degree. Alhamdulillah berjaya melepasi halangan dan cabaran dalam meyiapkan Projek Sarjana Muda dan berjaya menghantar tesis yang membuatkan makan tak kenyang tidur tak lena mandi tetap basah. Bermula juga saya sebagai seorang pekerja walaupun hanya bekerja sementara sebagai pembantu penyelidik.

Febuari 2012
Cikyah Kahwin. Saya bersama rombongan SCV beramai-ramai ke Kajang untuk menghadiri majlis walimah Cikyah dan suaminya. Kesempatan ini juga kami ambil kononnya sebagai reunion pertama sedangkan tidak sampai sebulan pun berpisah selepas masing-masing menamatkan pengajian.

Mac 2012
Mac bulan terakhir saya bekerja. Mac kami pergi air terjun Kota Tinggi, Mac kami buat reunion SCV untuk mereka-mereka yang masih ada sekitar UTM. Mac juga buat pertama kali saya menjejak kaki di Muadzam Shah Pahang, rumah Ayien. Saya memang suka berjalan dan jika diajak berjalan saya akan cuba ikut. Belajar buat nasi lemak dangan mak dan kakak Ayien. Minggu terakhir bekerja saya dihantar 'bekerja luar' oleh Dr.

April 2012
Officially menganggur. Sepanjang April saya menumpang bilik Cikwa sebab dah menganggur dan tak duduk rumah sewa dah. Sebab masih ada sedikit duit simpanan masa kerja dulu bolehla pergi berjalan-jalan. Saya menyibuk juga dekat kaunter pendaftaran Icon Apps dan tak pasal-pasal saya juga menyertai Pitching Session untuk boot camp Icon Apps anjuran IRDA. Satu pengalaman berharga walaupun saya tidak menyertai boot camp tersebut.

Mei 2012
Bulan yang paling sibuk untuk urusan konvokesyen. Sempat jadi sukarelawan untuk Hari Sukan Tadika UTM. Alhamdulillah akhirnya saya konvo pada masa yang ditetapkan. Sempat reunion SCV buat kali ketiga di Seoul Garden.Pertama kali pergi temuduga di Jemari Seni sebagai pereka grafik tapi bukan rezeki saya lagi. Saya bekerja seminggu sebagai pembantu penyelidik di Ibnu Sina tapi saya rasa tidak mampu untuk meneruskan lalu saya meletak jawatan.

Jun 2012
Bertemu buat kali terakhir dengan adik-beradik saya yang ramai. Menyertai Minggu Sains dan Teknologi Negeri Johor bertempat di PERSADA. Aktiviti terakhir saya sebelum meninggalkan bumi Johor.  Mendapat bingkisan nasihat dari mereka-mereka yang berpengalaman. Alhamdulillah..

Julai 2012
Meneruskan misi mencari kerja. Interview demi interview tapi masih belum mendapat rezeki yang ditetapkan. RAMADAHAN!!! dan puasa bermula. Sempat berbuka puasa dengan Sarah, Irah dan Fana di KLCC. Gaya macam lama sangat tidak bertemu.

Ogos 2012
RAYA!!! Malam raya bermalam di LCCT bersama kakak, Jimah dan Abang, bertakbir raya disana. Terjumpa dengan Ustaz Don semasa masuk ke departure hall. Pagi raya terbang pulang ke Labuan.  Sampai Labuan dan beraya.

September 2012
Masih berada di Labuan dan duduk dalam rumah. Keadaan tak berapa stabil sampai beberapa kali kena pergi hospital.

Oktober 2012
Kembali ke KL dengan misi mencari kerja. Sampai-sampai KL bertemu dengan Ustazah Wahibah. Mendapat peluang untuk buat design secara separuh masa.

November 2012
Kembara Perak. Pergi Tapah, masuk Gua Tempurung, Whitewater Rafting Sungai Kampar, Waterfall Abseiling. Seronok melihat alam semulajadi yang sungguh cantik.

Disember 2012
Melawat Maya dan baby Auzaie bersama Cik Mizah. Jumpa Fana di KLCC dan berborak macam setahun tak jumpa. Kembara Sungai Petani bersama Maryam, Faiqah dan Sarinah ke walimah Rini. Sempat singgah Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai. Kembali menjejak Johor untuk uruskan barang-barang peninggalan, Interview, Bengkel Kaffah dan bertemu Halawati dan kakak-kakak comel buat pertama kali. 2012 diakhiri dengan Ambang'13 bersama Asmah, Asmaq dan Julia di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Melihat ribuan manusia membanjiri dataran untuk mendengar soal jawab bersama UStaz Azhar Idrus.

small note: Alhamdulillah..2012 dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik dan insyaAllah berfaedah buat diri saya. Semoga 2013 mendatangkan rezeki dan kehidupan yang lebih baik InsyaAllah.