Tuesday, April 10, 2012

Stress dan Bermain Air + Jodoh

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni baru berkesempatan menulis lagi. Macam banyak pula yang hendak dikongsikan. Minggu lepas, saya stress. Bila stress mula lah rasa macam-macam yang nak dibuat. Cikwa balik, jadi tinggal kami bertiga memenuhkan ruang bilik beliau. Zurai cakap ada water park baru buka. Tapi tak tahu kat mana. Saya kata jom pergi. Nak hilangkan stress. Nak tengok atau nak bawa baju terus? Bawa terus kalau jumpa boleh terus masuk. Saya memang sangat suka bermain air, naluri semula jadi. Mungkin sebab dibesarkan di pulau yang dikelilingi air.

Balik bilik, kemas baju dan buka pintu bilik Cikwa. Budak depan bilik tengah menyapu angkat kepala dan...

"Akak~~~~~~"

"Sai~~~~~"

Saya dan dia serentak berkata. Memang jodoh. Seminggu saya duduk bilik Cikwa tak pernah sekali pun terserempak dengan dia. Tapi saya selalu cakap ada kawan duduk K9. Nak cari dia. Rupanya depan bilik sahaja. Cantik sangat takdir yang Allah tetapkan. Saya keluar bilik betul-betul saat dia sedang menyapu depan pintu bilik. Dia lah sahabat yang pernah sama-sama accident motor dengan saya ketika awal muharam 1432 Hijrah. Dan dia juga sahabat yang pernah sama-sama accident kereta dengan saya.

Bergerak terus ke Kerosel(Kalau tak silap nama dia). Tengok-tengok dulu. Solat di bestmart dan kemudian meneruskan misi bermain air. Disebabkan tempat itu baru buka, dan kami pergi malam maka tidak ramai orang dalam tu. Cuma ada kami dan beberapa orang budak kecil sahaja. Bermain air sepuas hati. Hilang pergi segala stress. Macam kembali ke Pulau. Dapat harga murah sikit sebab masuk malam.

Lepas main air mestilah sangat lapar. Pusing-pusing cari tempat makan lalu mengambil keputusan makan dekat simpang sebelah fly over Skudai. Tanye dekat yang mengambil order makanan ape yang sedap? Dia cuma sengih-sengih je. Jadi orderla menu biasa. Nasi putih sup daging. Ok la. Sedap juga. Sempat ternampak beberapa wajah yang dikenali. Balik malam tu terus ke bilik Sai dan bercerita. Banyak yang ingin dikongsi bersama. Sangat merindui saat-saat bersama mereka.

Small note:
Hilang segala stress dapat bermain air, menghirup oksigen segar dan bertemu sahabat terbaik.

No comments:

Post a Comment